Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
SETELAH hampir seminggu mengalami demam panas, akhirnya keadaannya kembali seperti biasa. Tak ada lagi dia terperuk di dalam bilik. Sudahlah bosan, yang hanya menemaninya pun cuma media sosial. Itupun tetap bosan, asyik benda sama yang dilihat. Berulang-ulang kali membuka aplikasi yang sama. Mata pun sudah layu akibat melihat benda yang sama berulang-ulang kali.
"Assalamualaikum!" suara memberi salam menyentakkannya. Lantang!
"Waalaikumsalam," sahut Puan Zarina. Laju dia berbangkit daripada tempat duduk. Cuba melihat gerangan yang hadir mengunjungi kediamannya.
"Ya Allah, Kak Long!'
Bulat mata dua beradik tatkala mendengar kedatang Mak Long mereka. Berkali-kali Adelia menelan air liur. Ah sudah!
"Haza datang tak?" soal Adelia kepada Amalina yang sibuk mengintai luar rumah.
"Ada...ada..." Amalina mengangguk. Melihat saja susuk tubuh sepupunya yang mmakai baju lengan pendek sekali dengan seluar jeans ketat. Amalina sudah meneka. Haza.
Tak tinggal juga rambut keperangan gadis itu, Amalina dan Adelia menghela nafas berat. Terutama sekali Adelia, dia paling tak suka dengan kehadiran Haza. Dari dulu sampailah sekarang, dia dan Haza memang tak sesuai untuk bersama.
Tentu ada saja isu yang nak digaduhkan. Nasib saja semasa majlis pertunangannya, Haza tak ada. Kalau tak, habis rosak majlis orang disebabkan gadis itu.
Tak lama itu, Mak Long nya, Puan Azharina mendekati Adelia. Pantas, tangan Mak Long dicapai lalu dikucup begitu lembut.
"Dah nampak seri pengantin kat Adel," puji wanita itu. sungguh perbezaan antara Haza dan ibunya, Puan Azharina begitu jauh.
Adelia sendiri hairan. Mak bertutup, pakaian labuh dan tak nampak ketat. Tapi anak, dedah sana sini. Tak cukup itu, rambut pun kadang berwarna pelangi dilihat. Tindik sini, tindik situ. Tak sakit ke muka?
"Terima kasih mak long," ucap Adelia penuh sopan. Sesekali matanya melirik ke arah Haza. Tatapan tajam diberikan oleh Adelia. Nak gaduh dengan aku? Gaduh lah!
"Haza, kamu ni tercegat buat apa? Salam Mak Ngah cepat!' Puan Azharina bersama suara lantangnya tak mampu dikalahkan. Seronok sungguh Adelia dan Amalina menahan tawa melihat reaksi Haza. Kasihan dah kena marah.
"Kamu ni Haza, cubalah ikut Adel. Pakai tudung, tutup aurat. Bukannya nak tunjukkan rambut pelangi macam ni. Sakit mata mommy tengok tau tak," bebel Puan Azharina.
Haza apalagi, merajuk. Malu sebab kena marah depan musuh sendiri. Sementara, Adelia cuma diam dan mendengar. Perlahan-lahan senyuman datar terpamer. Saja mengejek nak cari pasal sikit. Boleh kan?
"Hesy!" Haza mendengus geram. Kerusi roda Adelia sengaja dilanggar. Hampir Adelia terjatuh daripada kerusi tapi mujur Amalina pantas menahan menggunakan kedua tangannya.