MTHR | 16

5.5K 267 4
                                    

"KAMI balik dulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAMI balik dulu..."

Sebelum memulakan perjalanan menuju ke Kuala Lumpur, sempat mereka berpamitan setelah dua minggu duduk di kampung. Meskipun berat hati, Adelia mahu tidak mahu terpaksa melepaskan kedua orang tuanya. Selama lima tahun terakhir, dia tak pernah berpisah dengan mereka. Sungguh terasa sebak di dada ketika berjauhan.

"Kakak!" jerit Amalina. Laju langkahnya berlari dan memeluk tubuh si kakak. Pecah tangisan Amalina di dalam dakapan Adelia.

"Ya Allah, tak payahlah nangis." Adelia memujuk. Belakang tubuh adiknya diusap lembut. Tak hairan mengapa Amalina sanggup mengalirkan air mata bila Adelia berjauhan.

Semuanya kerana sebelum ini susah senang mereka tetap bersama. Sebagai teman gaduh, teman borak dan juga teman meluahkan rasa sedih dan marah.

"Nanti akak balik lagi, kan?" tersedu-sedan Amalina dibuatnya.

"Ya. Akak balik lagi. Tak payah lah nangis, buruk buat muka nangis macam tu." Pelukan segera dileraikan. Air mata yang bercucuran jatuh di atas pipi mulus adiknya diseka menggunakan ibu jari.

Lantas, Amalina anggukkan kepala. Masih lagi dia tersedu-sedan walaupun tangisan sudah kian mereda. Tangan dilambai-lambai ke arah Adelia. Sedih terpaksa berpisah dengan Adelia.

"Bye! Nanti jumpa lagi!" Laung Amalina kuat. Senyuman manisnya dipamerkan walau jauh di dalam hatinya ada sedikit rasa hiba.

Dengan bantuan Haziq, Adelia memasuki perut kereta. Tangan sekali lagi sempat dilambaikan ke arah keluarga kecilnya.

Pada masa itu juga, perlahan-lahan kereta Audi R8 milik Haziq meluncur pergi daripada perkarangan rumah itu. Adelia hanya tersenyum merenung setiap wajah ibu, ayah dan Amalina. Tapi hanya seketika mereka menjauh, senyuman Adelia makin pudar.

Kepala mulai dilentokkan pada jendela kereta itu.

"Saya nak tidur sekejap," ujar Adelia. Mata perlahan-lahan cuba dipejam.

"Baru jalan, takkan nak tidur?" Haziq mengerutkan dahinya. Spontan kepala itu menoleh ke arah wajah isterinya yang sudah memejamkan mata.

"Bosan."

"Belum apa-apa, dah bosan?"

"Kalau awak nyanyi, mungkin saya tak bosan. Cuba nyanyi sikit." Adelia mula bergurau. Senyuman senget jelas terhias di wajah itu.

Tak semena-mena Haziq terus terdiam. Mata yang merenung sisi wajah isterinya laju beralih ke arah jalan raya yang terbentang luas di depannya. Mengelak.

"Eh, nak mengelak ke?" soal Adelia. Pantas, tubuhnya dihadapkan ke arah Haziq.

"Cakap lah, apasal diam? Awak sengaja nak mengelak, kan?" Adelia cucuk pipi Haziq. Entah kenapa tiba-tiba dia suka sangat nak ganggu Haziq. Selalunya Haziq yang beria nak kacau dia.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 Where stories live. Discover now