BUAT pertama kalinya, Adelia pandang Haziq seperti orang yang berbeza. Serius saja riak wajah lelaki itu sambil menatap skrin laptop dan juga kertas kerja yang terletak elok di atas meja. Tak di pejabat, di kampung juga masih nak bekerja. Nampak sangat Haziq seorang yang sentiasa sibuk. Apatah lagi, tika mendengar keluarga suaminya memiliki beberapa anak buah syarikat yang diwariskan kepada adik-beradik Haziq.
"Sibuk ke?" Adelia beranikan diri untuk menyoal. Perlahan-lahan kakinya melangkah menghampiri tubuh itu.
"Kenapa? Nak bermanja dengan abang?" sebelah keningnya terangkat. Wajah yang tampak serius tadi bertukar dengan senyuman lebar.
"Saya tak ada masa nak ber abang-abang dengan awak, Tengku Haziq," balas Adelia. Malas. Kepalanya cuba digeleng berulang-ulang kali. Jangan sampai nama penuh suaminya juga dia ikut sebut.
"Susah sangat ke nak sebut abang?" kerusi roda isterinya tiba-tiba ditarik kasar mendekat. Adelia terkejut.
"Apahal tarik-tarik ni?!" dahi licin itu tunjukkan kerutan. Marah.
"I want you to keep close to me..."
Suara serak basah menerpa kuat di dalam cuping telinganya hinggakan Adelia menelan air liur sedikit berpasir. Bukan sekali dua, tapi berkali-kali. Sungguh imannya naik turun angkara rayuan si lelaki.
"I'm your wife, saya kena ada dengan awak selalu. As long as I'm your wife, I follow you whenever you are."
"Baru nak mengaku isteri?"
"Jadi, nak mengaku apa? Janda?" Nada suaranya berubah kasar. Dah elok-elok orang mengaku isteri, Haziq pula nak meragui kenyataan yang keluar dari mulutnya.
"Janda? Abang takkan biarkan isteri abang jadi janda, sebab abang takkan lepaskan Adel," jawab Haziq. Tidak terlintas dalam fikiran lelaki itu untuk melepaskan Adelia.
Ya, takkan.
"Macam mana kalau awak dah bosan hidup dengan saya, lepastu awak campak saya dan jumpa pula perempuan lain?"
Soalan Adelia mengubah riak wajah Haziq.
"Have you forgotten my promises?" soal lelaki itu. Serius.
"I said I will take care of you until the end of my life, right?" Adelia kebam bibir merahnya. Janji itu masih dingat, tapi pada masa yang sama Adelia belum menaruh sepenuhnya kepercayaan kepada Haziq.
"I know you don't trust me completely because I'm someone you haven't known all along. Suddengly, I came to propose you as my wife but the situation is different now. I'm your husband and you're my wife. We have to put trust each other."
"Awak percayakan saya?" Adelia merenung tajam mata Haziq. Menginginkan jawapan.
Sementara Haziq yang mendengar soalan isterinya lantas menganggukkan kepala itu sebagai tanda iya.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Known as His Perfect Wife Tengku Haziq Rafael | Adelia Amanda "Dia gadis sempurna untuk Tengku Haziq Rafael." Start : 2022 End : 2022 ➾ Cringe storyline ➾ Mental Health ➾ Mature ⚠️ No Plagiarism Allowed