MTHR | 33

6.7K 283 6
                                    

"TERIMA kasih

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"TERIMA kasih..." ucap Adelia kepada Taufiq. Tidak disangka Taufiq juga balik ke kampung minggu ini, mungkin sahaja kerana keluarga Adelia bakal mengadakan kenduri doa selamat. Memang itulah yang dilakukan Encik Tajuddin dan Puan Zarina selepas sahaja kemalangan lima tahun yang lepas. Bagi menenteramkan keharmonian keluarga mereka, dengan cara melakukan kenduri ini, Insha Allah keluarga ini berada dibawah perlindungan Allah SWT.

"Okay tak dengan suami?" soal lelaki itu dengan nada mendatar.

"Alhamdulilah, okay..."

"Kau bahagia dengan dia?"

"Erm.." Kepalanya dianggukkan mengiakan. Mendengarkan itu, Taufiq pamer senyuman penuh senang. Penuh gembira. Dia tahu selama ini Adelia merupakan tunang orang, selama lima tahun bergelar sebagai tunang orang.

Segan untuk dikatakan, pernah dia sendiri cuba masuk meminang Adelia untuk dijadikan isteri. Tetapi mendengar sahaja penjelasan Encik Tajuddin, Taufiq terpaksa membatalkan hasratnya. Tidak disangka lelaki yang sudah selamat menjadi suami gadis di hadapannya itu sanggup menunggu Adelia.

Jujur, Taufiq tidak mahu menganggu. Adelia memang tidak ditakdirkan dengannya.

"Keropok lekor tu memang terkenal kat tempat aku kerja. Mana lah tau rasa sedap kalau kau yang makan. Jadi aku belikan la sekali untuk kau," ucap Taufiq. Keropok lekor beku itu diberikan kepada Adelia. Memang jarang sekali Taufiq tidak memberikan apa-apa kepada Adelia. Setiap kali balik ke kampung, ada sahaja yang diberikan.

"Kau memang kawan aku yang setia." Gadis itu tersenyum. Sumpah dia langsung tidak menyesal dapat kawan baik seperti Taufiq.

Tidak lama kemudian, anak mata lelaki itu beralih ke arah kaki Adelia. Mungkin hairan kerana sebelum ini, Adelia berkerusi roda. Berbeza saat ini, Adelia sudah boleh menggerakkan kaki walaupun mengambil masa.

"Kaki kau dah okay?" soal Taufiq. Tidak pernah Taufiq meninggikan suara kepada Adelia. Lembut sahaja, untung jika ada gadis yang dijadikan isteri oleh lelaki itu.

"Syukur Alhamdulilah, lepasdah jumpa pakar. Kaki aku dah makin baik, penat juga kena kerap datang terapi, ubat-ubat kena makan non stop, suntik sana sini untuk kuatkan balik otot."

"Tak apalah, demi kesihatan kau." Taufiq menunjukkan rasa gembira dapat melihat Adelia berjalan seperti sediakala.

"Itupun berkat sokongan Haziq. Kalau dia tak ada, mungkin tak adalah aku boleh sembuh sampai macam ni," ucap Adelia. Setiap kali terapi, Haziq kerap menemaninya walaupun adakalanya Haziq terpaksa berlawan dengan masa. Ada masa-masa dimana dia tidak dapat keluar, dan ada masa-masa dimana dia dapat bebas kemana sahaja.

"Untung kau dapat suami macam tu. Lelaki macam tu bukan senang nak dapat," balas Taufiq.

"Habistu kau? Kau pun tergolong lelaki baik. Limited edition kut, belum ada calon lagi ke?" Adelia laju membalas. Keperibadian Taufiq cukup baik, cukup memenuhi ciri-ciri suami idaman. Tidak jauh beza pun Taufiq dengan Haziq. Dua-dua tinggi, dua-dua baik, dua-dua kelihatan kacak.

"Kau tunggu je lah berita dari mak aku. Nanti ada la tu"

Mendengarkan itu, Adelia membulatkan matanya. Bibir tiba-tiba menarik senyuman penuh lebar.

"Jap, maksudnya ada berita baik lah ni?"

"Sebenarnya aku pun tak nakkahwin, belum ada niat nak kahwin. Calon pun tak ada, tapi tiba-tiba mak pula beria sangat nak aku kahwin dengan anak kawan dia."

"Wah, pandai Mak Kiah carikan eh.." Tersengih-sengih Adelia mendengar. Siapa boleh sangka?

"Apapun Del, doakan urusan aku dipermudahkan."

"Insha Allah, akan dipermudahkan."

Kini Taufiq memang patut melepaskan Adelia, dia ingin belajar mencintai wanita yang bakal dijadikan sebagai isterinya. Walau agak sukar, namun segala apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Allah lebih tahu bagaimana hambanya, dan Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya.

"Kalau begitu aku balik dulu, kirim salam kat makcik, pakcik, Lina dan Haziq." Sebelum meninggalkan Adelia, Taufiq terlebih dahulu meninggalkan pesanan. Bukan selalu dia berkunjung, sekali-sekala.

"Okey. Take care Fiq!" laung Adelia sambil melambai-lambaikan tangannya penuh teruja. Tanpa ia sedari, sepasang anak mata tajam memerhati tindakan itu.

"Amboi, dah lupa laki ke?" Haziq angkat sebelah keningnya seraya menyusun langkah mendekati batang tubuh isterinya. Nampak sungguh Haziq cemburu dengan kemesraan Adelia dan Taufiq.

"Awak ni kenapa--"

"Panggil abang." Raut wajah tegang dan nada suara kedengaran agak tegas itu membuatkan Adelia terdiam buat seketika.

"Okey, abang." dia cuba memperbetulkan semula ayatnya. Yelah, hairan juga. Sudah menjadi pasangan suami isteri, tapi panggilan masih tak ubah-ubah.

"Siapa lelaki tu?" soal suaminya penuh serius. Belakang tubuh Taufiq yang sudah menjauh ditatap penuh tajam. Seperti memancarkan laser.

"Takkan awak dah lupa? Taufiq, kawan saya."

"Kawan? Kenapa sampai take care... Take care..." Perli suaminya sambil mengerutkan dahi. Tangan mula berpeluk-tubuh. Sejujurnya, dia merasa terancam saat lelaki lain mendekati Adelia tanpa keizinannya.

"Abang ni pun, dia cuma kawan saya waktu sekolah lagi. Best friend.... Forever..."

Haziq mencebik, "Best friend forever konon."

"Kata je la abang cemburu kan?" Nada suara Adelia meleret manja. Pipi suaminya dicucuk-cucuk menggunakan jari telunjuk. Gadis itu tersengih-sengih memandang reaksi suaminya.

"Adelia, suami mana tak cemburu tengok bini dengan lelaki lain? Kalau abang dengan perempuan lain? Tak cemburu ke?"

"Kenapa cakap pasal tu, mestilah saya cemburu! Abang tu milik saya! Milik saya se... o...rang!" Tiba-tiba Adelia meninggikan suaranya. Dada suaminya ditolak tolak kasar. Terkebil-kebil mata lelaki itu. Adelia menjuihkan bibir merahnya kehadapan, bola mata kini mula berkaca-kaca. Terpinga-pinga Haziq saat melihat isterinya.

"Eh.. Kenapa nangis pula ni?" Haziq pantas menarik Adelia mendekati tubuhnya. Menyeka kelopak mata yang hampir dibasahi dengan air mata.

"Janganlah cakap macam tu, tak suka la..."

"Abang tahu Adel tak suka. Abang pun tak suka ada lelaki dekat dengan isteri abang," ucap lelaki itu. Tubuh isterinya dimasukkan ke dalam pelukannya. Ubun-ubun kepala itu dikucup berkali-kali cuba menenangkan Adelia.

"Janji dengan saya, jangan dekat dengan perempuan lain.. Faham?!" Tanpa memikirkan apa-apa, Adelia memberikan amaran keras kepada suaminya. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana Haziq bersama perempuan lain. Tak. Suka. Tak suka.

"Ya, abang janji." Lelaki itu sudah melafazkan janji. Adelia ketap bibir merahnya dengan begitu rapat. Tidak akan ada perempuan boleh merebut Haziq daripadanya. Takkan! Dia takkan sekali-sekali benarkan.

Selagi nyawa dikandung badan. Tiada yang boleh menghalangnya. 

BERSAMBUNG

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang