MTHR | 17

6K 287 22
                                    

"KAMU mesti penat, masuk lah bilik tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAMU mesti penat, masuk lah bilik tu. Bilik Haziq ada kat bawah aje, sebelum ni kat atas, tapi disebabkan keadaan Adel sekarang... Umi suruh Haziq pindah bilik kat bawah," ujar Tengku Nina kepada menantunya. Bagi memudahkan Adelia, lebih baik bilik berada di tingkat bawah.

"Okey, terima kasih..." Adelia ukir senyuman manis di depan Tengku Nina. Bersyukur kerana Tengku Nina masih menerima keadaannya walaupun macam ni.

"Eh, tak ada lah. Tak payah nak berterima kasih, Adel layak dilayan dengan baik bukannya dihina atau dipandang rendah sebab keadaan macam ni," kata wanita itu. Lantas, tangannya naik mengusap bahu Adelia.

"Adel cuma tak sangka je ada orang nakkan Adel walaupun Adel tak cukup sempurna. Nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri untuk anak umi pun, Adel tahu tak semudah yang dijangkakan."

"Umi faham, setiap orang ada kekurangan. Umi tak kesah menantu umi kurang macam mana pun, sekurang-kurang menantu umi tahu tanggungjawab... Selagi Haziq tak kata apa-apa, umi tak ada hak nak masuk campur dalam urusan rumahtangga Adel dan Haziq. Yes, nobody is perfect."

Adelia angguk kepala sekali lagi dengan perlahan. Nafas dihembus panjang. Betul. Semua orang ada kekurangan, tapi kekurangan mereka tidaklah seperti Adelia yang sudah kehilangan segala nikmat untuk berjalan seperti biasa.

"Erm, umi..."

"Ya?"

"Adel masuk bilik dulu ya," pamitnya lembut.

"Oh pergilah. Hati-hati tau..."

Adelia hanya balas dengan senyuman. Tanpa sepatah perkataan yang keluar dari mulut, Adelia langsung mengawal kerusi rodanya menuju ke ruangan bilik yang tidak jauh jaraknya dengan tempat itu.

Begitu saja pintu dibuka dari luar, keadaan sunyi sepi seperti tidak ada orang. Tetapi rekaan dalaman bilik itu benar kelihatan cantik, nampak sangat Haziq sememangnya lelaki yang suka benda yang simple.

Macam dia, suka simple.

"Mana dia?" Adelia menyoal diri sendiri. Sesekali mata melilau memandang setiap sudut di bilik itu, anehnya tak ada satu pun kelibat suaminya.

"Mungkin dia keluar sekejap kut..." duganya.

Malas hendak mencari Haziq, Adelia mengelilingi pula bilik besar itu bersama kerusi roda. Jelas terpampang gambar yang begitu besar di dalam bilik tersebut. Gambar perkahwinannya dengan Haziq.

Sungguh rasa malu bila tengok diri sendiri.

Tapi aksinya belum berhenti di situ. Ada sebuah rak yang menempatkan banyak sekali bingkai gambar menarik Adelia untuk mendekat. Satu persatu ekor matanya merenung setiap wajah yang ada dalam gambar itu.

Hinggalah matanya menangkap salah satu wajah yang ada dalam gambar tersebut. Lantas, Adelia mula mengerutkan dahi.

"Macam pernah nampak," Adelia berbisik halus. Tanpa ragu-ragu, tangan naik mengambil gambar itu lalu diperhatikan wajah orang tersebut dengan begitu teliti.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 Where stories live. Discover now