HAZIQ menatap isterinya dengan penuh hairan. Dahi berkerut melihat Adelia duduk bersandar membaca buku novel sambil tersengih-sengih. Tak cukup dengan sengihan, wanita itu juga turut tertawa.
"Ada apa dalam buku tu?" soal Haziq seraya melangkah mendekati Adelia.
"Erm, tak adalah," balas Adelia, mata masih lagi menatap buku itu. Bibir masih lagi ukir senyuman. Masih terkenang dengan berita yang didengari awal pagi tadi. Selepas saja bertemu dengan doktor pakar tadi, berita baik membuatkannya tersenyum. Rasa tak percaya... sungguh...
"Awak nak tahu?" Adelia pandang Haziq dengan mata berbinar-binar.
"Nak tahu apa?" Giliran Haziq kerut dahi.
"Tadi saya keluar dengan umi. Umi kata dia ada jumpa seorang pakar, lepastu saya gembira... saya gembira sebab doktor tu kata saya boleh jalan semula. Saya boleh sembuh semula," ujarnya bersungguh bersama segaris senyuman. Tak payah nak cakap pasal teruja, dia dah lama teruja selepas keluar dari hospital.
Haziq yang mendengar langsung tertawa.
"Alhamdulilah." Satu ucapan keluar dari buah mulut Haziq. Apabila melihat senyuman yang terukir di wajah isterinya, secara automatik ada senyuman juga terukir di wajah itu. Lagi pun itulah yang Adelia inginkan sejak dulu, kenapa dia perlu menghalang keinginan Adeliayang sudah lama disimpan.
"Awak tak suka?" Kali ini giliran Adelia bertanya. Melihat reaksi Haziq yang bersahaja serba sedikit membuatkan dia sedikit hampa.
"Suka. Kenapa abang tak suka?"
"Mana lah tahu awak tak suka saya jalan semula."
Haziq menggeleng. Tak lama kemudian, tangannya naik mengusap kepala si isteri menyebabkan pergerakan Adelia terhenti sejenak.
"Abang suka. Kenapa abang tak suka sedangkan itu yang terbaik untuk isteri abang. Walaupun orang kata bukan-bukan tentang isteri abang, abang takkan ambil kesah sebab abang tahu Adel macam mana. Dalam keadaan Adel macam ni, Adel cuba jadi yang terbaik untuk abang, bukan?"
Adelia mengangguk pula. Tanpa dia sedar, Haziq lebih peka dengan setiap tindak-tanduknya. Meski pun Allah SWT telah menarik segala nikmat yang ada padanya sebelum ini, bukanlah jadi penghalang untuk dia menjalankan tugas sebagai seorang isteri.
Ya. Selagi mampu, dia akan buat.
"Saya tak susahkan awak?"
"Tidak."
Lelaki itu sekali lagi menggelengkan kepalanya. Segala soalan yang keluar dari mulut Adelia segera dinafikan. Selepas saja mendengar ayat itu, dia terus mengangguk kepala. Kerusi roda cuba dikawal menjauh dari Haziq tetapi tindakannya terbantut tika Haziq lebih pantas menarik kasar kerusi roda itu agar berhadapan dengan tubuh lelaki itu.
"Mana nak lari?" Suara garau itu kedengaran.
"Saya bukan nak lari, saya nak letak benda ni," ujar Adelia sambil mengangkat buku novel yang dibacanya tadi. Takkan tidur pun dia nak bawa sekali novel itu.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Known as His Perfect Wife Tengku Haziq Rafael | Adelia Amanda "Dia gadis sempurna untuk Tengku Haziq Rafael." Start : 2022 End : 2022 ➾ Cringe storyline ➾ Mental Health ➾ Mature ⚠️ No Plagiarism Allowed