MTHR | 35

5.8K 226 5
                                    

"BISMILLAHHIRRAHMAN NIR RAHIM

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BISMILLAHHIRRAHMAN NIR RAHIM.."

"Yassin.. Walqur'an Nil Haqqim.. Innakalaminal Mursalin... A'la Sirotim Mustaqim.. Tanzilal Azizil Rohim.. "

"Litu'n Ziroqomamma.. Unziru A'ba Uhum Fahum Gafilun..."

Bacaan Yassin didengari di segenap ruang bilik wad itu. Haziq membacakan sepotong demi sepotong ayat itu bersebelahan isterinya manakala Adelia juga turut mengikuti bacaan itu.

Adelia cuba belajar untuk menerima kenyataan walaupun susah. Nyawa manusia semuanya berada di tangan Allah SWT, jangka hayat manusia dan jodoh manusia semuanya ditentukan oleh Nya. Dalam masa yang sama, sejak tadi Haziq langsung tidak melepaskan genggaman tangan Adelia.

Setengah jam berlalu, bacaan Yassin yang dibacakan oleh Haziq berakhir. Yassin yang berada di tangan lelaki itu diletakkan di atas meja kecil bersebelahan dengan katilnya. Kemudian, barulah Haziq merenung semula wajah itu sambil mengelus kepala si isteri yang dilitupi dan dibaluti dengan shawl satin berwarna hitam.

"A-Abang..." panggil Adelia dengan nada perlahan. Lengan suaminya ditarik agar lelaki itu merapat.

"Peluk saya..." ucap gadis itu. Tubuhnya ditepikan sedikit untuk memberikan ruang lagi di atas katil itu. Haziq pamer senyuman datar, dia tidak membantah.

Tanpa berlengah, katil itu dipanjat. Tubuh tinggi serta tegap itu berbaring bersebelahan dengan Adelia. Lengan kekar itu dijadikan sebagai bantal, lalu sebelah lengannya lagi melingkar pada pinggang langsing si isteri sebelum ditarik agar melekat dengan tubuhnya.

Adelia pula menyembamkan kepalanya di atas dada lelaki itu. Menghidu wangian parfum yang melekat pada tubuh Haziq membuatkannya memejam mata. Menenangkan fikiran, mengusir sangkaan buruk sepertimana Doktot Ahmad pernah berpesan.

Inikah lelaki yang Azriel kirimkan untuk dia? Inikah lelaki yang abangnya kirimkan untuk jaga dan melindunginya?

"Adel rindu abang. Adel minta maaf sebab biarkan abang rasa semua sakit tu. Adel minta maaf. Adel cuai. Adel bodoh. Adel patut dengar cakap abang masatu. Adel betul-betul minta maaf." Adelia berbisik di dalam hati. Bibir merahnya diketap rapat. Baju suaminya digenggam erat. Dia hanya mampu menangis semahunya di dalam dakapan Haziq.

Berharap hanya Tuhan yang mendengar segala isi hatinya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 Where stories live. Discover now