Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"KAU suka Adelia?" laju soalan meluncur keluar dari mulut Haziq ketika bertatapan mata dengan Taufiq. Sedari tadi, interaksi Taufiq dan Adelia membuatkannya terganggu. Bukan sekadar ramah, tapi Adelia juga sering menunjukkan senyuman kepada lelaki itu.
Bohonglah kalau dia tak cemburu.
"What if I says yes?"
Haziq kemam bibir itu.
"Please let her go." Tutur Haziq seakan-akan merayu kepada Taufiq untuk melepaskan Adelia.
"Kenapa aku perlu lepaskan dia? Aku sukakan dia, aku sayangkan dia."
"She will be my wife. She's mine." Tekan Haziq. Sekali lagi. Sesungguhnya Adelia Amanda hanya miliknya seorang dan untuk beberapa hari saja lagi, dia akan menghalalkan gadis itu sebagai bidadari dunia dan syurganya.
"Aku tahu. Tapi kau boleh bahagiakan dia?" Taufiq pandang Haziq. Entah siapa lelaki yang datang dan merisik cinta pertamanya, dia juga tidak tahu. Mungkin saja bukan rezekinya untuk mengukuhkan takdir bersama Adelia.
"Aku tahu apa yang aku boleh buat untuk dia. That's why I want to marry with her."
Taufiq mengangguk. Melihat semua yang ada pada Haziq, sudah jelas lelaki itu lebih layak untuk mendampingi Adelia. Tampan, bekerjaya, memiliki segala-galanya yang mampu membahagiakan gadis itu.
"So, marry. Kalau kau rasa kau boleh bahagiakan dia, teruskan. Aku takkan halang sebab aku tahu lelaki yang baik akan berusaha untuk menjaga Adelia dengan ikatan yang sah."
"Kau tak marah?"
Tertawa. Taufiq tertawa kecil.
"Kenapa perlu marah? Setiap manusia sudah ditakdirkan dengan pasangan masing-masing. Aku tak boleh salahkan takdir kalau dia memang bukan untuk aku. Kau tanya aku sama ada aku sukakan Adel? Yes, I totally fall in love with her but I know my limit. Dia tunang orang dan sekarang nak jadi bini orang dah pun." Taufiq cuma berkata-kata meskipun hatinya terasa begitu sakit.
Menyimpan perasaan selama bertahun-tahun dan akhirnya dimiliki oleh orang lain. Benar, takdir tidak merestui perasaannya.
"That's only my point. Bahagiakan Adel. Mungkin kau lelaki yang baik untuk dia," bisik Taufiq. Serius.
Haziq yang mendengarkan itu hanya mampu diam. Entah sedalam mana perasaan lelaki itu sehinggakan Taufiq sanggup berkorban perasaan.
"Aku kawan Adelia dari kecil lagi. Kami banyak luangkan masa sama-sama. Aku pesan awal-awal, banyakkan bersabar. Adelia memang jenis degil... Tapi kedegilan dia tu lah yang buat orang suka." lelaki itu tersenyum.
"Don't smile if you talk about my girl." Haziq memberi sedikit amaran.
"Sorry. Aku tak ada niat tapi itulah kenyataan."
Sekali lagi Haziq diam. Berdepan dengan Taufiq, dia tahu perasaan Taufiq kepada Adelia sememangnya tulus. Tapi untuk melepaskan Adelia kepada lelaki itu, maaf.
Dia belum cukup mampu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
MATA Adelia sedari tadi bergerak-gerak melihat sekelilingnya. Orang ramai mulai kehulur kehilir sambil membawa barang. Pejam celik, pejam celik. Tanpa sedar, esok adalah hari dia bakal disatukan dengan tunangnya, Tengku Haziq Rafael. Perasaan berdebar mulai dirasakan, ditambah lagi ketika melihat saudara-maranya berkumpul di rumah itu.
"Adelia..." satu suara menerpa tepat di cuping telinganya menyebabkan ekor mata mulai beralih ke arah suara itu.
"Sorfina..." senyuman serta merta terukir di wajah itu. Sorfina tidak lain, tidak bukan salah seorang sepupunya. Lebih tepatnya lagi, adik kepada Haza. Tapi berbezanya, sikap Sorfina agak jauh jika nak dibandingkan dengan Haza. Sorfina lembut dan memiliki sifat seperti Puan Azharina. Penampilan juga terjaga, tak seperti Haza.
"Tak sangka kau nak kahwin," ujar Sorfina lembut. Sekali sekala bahu Adelia dipaut. Rasa tak percaya salah seorang sepupunya bakal mendirikan rumah tangga.
"Apa boleh buat, jodoh sampai dulu," seloroh Adelia berselang dengan tawanya.
"Takpe, kira okey lah ada lelaki masuk meminang kau. Yang aku ni, entah sampai bila nak kena pinang. Mungkin bila umur aku 40 tahun, baru aku kena pinang. Kalau tak pun, aku jadi anak dara tua."
"Tak payah lah cakap macam tu, lambat laun datang juga jodoh tu nanti. Sabar aje."
Sorfina mengangguk mengiakan. Jodoh di tangan Tuhan, bila tiba masanya. Lambat laun akan datang jua.
"By the way, lepas kahwin. Kau pindah kat KL?"
"Pindah KL, mana suami aku pergi. Nak tak nak kena ikut" beritahu Adelia. Bila dah bergelar isteri nanti, ke mana saja suaminya pergi, dia kena ikut.
"Woo, tak sangka Adel ni seorang isteri yang taat perintah suami."
Memerah muka Adelia. Nasib saja tak ada yang mendengar perbualan mereka.
"Dahlah." Adelia menggeleng. Mulai merasa malu. Tinggal beberapa jam saja dia menjadi isteri orang, tapi entah mengapa hatinya sukar untuk berjauhan dengan orang tuanya.
Bertahun-tahun bersama, tanpa disedari dia yang akan pergi meninggalkan mereka.
"Sorfina! Asyik tercegat kat situ, baik tolong Mak Ngah kamu angkat barang kat stor tu!" laungan suara Puan Azharina mulai kedengaran. Tak semena-mena Sorfina jadi menggelabah.
Tak tentu arah jadinya.
"Ya Allah, Adel. Aku pergi dulu eh, mommy dah bising tu," pamit Sorfina tergesa-gesa. Sebelum ternampak dengan mommy nya, dia kena laju-laju pula meninggalkan Adelia.
"O-Okey..." Adelia cuma mengangguk. Melihat Sorfina terburu-buru mengundang tawanya. Sudah lama mereka tak berkumpul seperti ini, kalau ada pun hanya ketika majlis keluarga.