MTHR | 28

4.5K 217 5
                                    

PAK! Bunyi hempukan yang begitu kuat mula kedengaran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAK! Bunyi hempukan yang begitu kuat mula kedengaran. Tak pasal-pasal tangan itu pantas memukul lengan suaminya. Orang suruh buat benda betul-betul, lelaki itu pula bermain-main dengan pinggang orang. Nampak sangat cari kesempatan dalam kesempitan!

"Eh, saya tak nak main-main lah! Pegang betul-betul boleh tak!" Marah Adelia. Dahi berkerut menunjukkan betapa geramnya dia dengan sikap Haziq. Awal pagi macam ni pun, lelaki itu masih nak bermain-main dengannya. Esok lusa kalau kena kaki ini dekat muka, padan muka.

Ya Allah berdosa kau, Adel!

"Ya sayang, abang buat betul betul ni. Jangan marah-marah," balas Haziq. Sempat lelaki itu tertawa kecil dengan gigi putih tersusun rapi mula kelihatan. Perlahan-lahan tubuh Adelia dipapah. Satu tangan merangkul erat pinggang ramping si isteri. Sementara lengan Adelia diletakkan di atas bahunya.

Beberapa langkah kecil Adelia menyentuh permukaan tanah di halaman villa keluarganya menjadi fokus.

"Amboi, comelnya," tegur Tengku Nina saat itu, sebelah tubuhnya bersandar pada pintu yang menampakkan aksi anak dan menantunya sedang bermesra mesraan di halaman villa yang penuh dengan tumbuhan hijau. Tersenyum wanita tua itu, gembira.

"Wah, rasanya saya makin jomblo loh, nyonya.." sergah Dewi, kebetulan pula dia melihat majikannya sedang mengintai aksi suami isteri itu.

"Kenapa tak cari calon lagi Dewi? Dewi masih muda, cuba lah cari," balas Tengku Nina bersahaja. Wajah pembantu rumah ditatap dengan senyuman nipis. Tengku Nina orang yang selalu tersenyum, jarang sekali melihat wanita itu bersedih.

"Gak ah nyonya... saya lagi suka sendirian kayak gini, aman nyonya, gak usah gaduh-gaduh, gak usah repot-repot," jelas Dewi. Sejujurnya, dia lebih suka bersendirian berbanding berdua. Entahlah, setiap orang pasti ada yang mereka suka dan ada yang mereka tidak sukai.

"Kalau jodoh Dewi dah datang macam mana?"

"Ya, kalau emang jodoh Dewi udah nyampe. Ya kahwin terus la, lagian Allah udah menghantar jodoh buat saya, ngapain saya tolak."

Jawapan Dewi mengundang Tengku Nina hingga wanita itu tergelak besar. Terhibur dengan cara Dewi membalas setiap butir ayatnya dengan jawapan spontan.

"Oh ya, mbak Adel bisa jalan lagi, nyonya?" soal Dewi. Disebabkan kebelakangan ini, dia melihat Adelia tidak lagi menggunakan kerusi roda. Serba-sedikit mengundang rasa ingin tahu di dalam hati.

"Ya, syukurlah. Doktor kata dia boleh sembuh," balas Tengku Nina bersama senyuman. Gembira.

Lantas, Dewi menganggukkan kepalanya sebagai tanda faham. Setahunya Adelia pernah mengalami kemalangan beberapa tahun yang lepas sehingga gadis itu lumpuh. Sebelum ini juga, dia malas mahu bertanya banyak. Iyalah, setiap orang pasti ada hal peribadi sendiri. Lebih baik tak payah sibuk dan tak payah nak jadi penyibuk.

"Nampak banget Mbak Adel pengen sekali berjalan kayak orang normal. Gak henti-henti lo Mbak Adel lakuin segala-galanya agar bisa sembuh kembali." Dewi berkata-kata berdasarkan pemerhatiannya. Bak kata orang, apa yang diinginkan kena banyak usaha. Dan, sekarang dia nampak semua itu pada Adelia.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 Where stories live. Discover now