MTHR | 8

6.3K 325 7
                                    

"HESY! Geramnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HESY! Geramnya..."

Adelia menampakkan dahi berkerut itu tatkala membaca salah satu buku novel yang baru saja dibeli olehnya. Sejak tadi, muka menunjukkan raut tak puas hati. Sakit hati bila membaca jalan cerita buku tersebut. Rasa nak humban buku pun ada. Geram dengan watak penyondol!

Ting! Ting! Ting!

Bunyi notifikasi mesej tidak henti-henti kedengaran. Adelia mengeluh. Buku novel itu ditutup menggunakan penanda buku lalu diletakkan di atas meja kecil. Telefon bimbit terletak rapi di samping cuba digapai.

Skrin telefon bimbit dipandang.

'Message from Tengku Haziq'

Melihat saja nama Haziq, Adelia pantas membuka isi mesej yang dihantar oleh lelaki itu. Bibirnya menarik senyuman. Pantang!

Assalamualaikum...
Dah tidur ke?
Ke sedang fikirkan saya?

Membaca isi teks itu, Adelia tersengih sendiri. Jari jemarinya laju menaip di atas skrin telefon bimbit tersebut.

Waalaikumsalam.
Belum.
Buat apa saya nak terfikir pasal awak.

Adelia gigit jari. Berdebar-debar jantung bila menunggu Haziq membalas mesej daripadanya. Sehinggalah...

Typing...

Alamak! Adelia semakin tak tenteram. Jantung semakin berdegup tidak mengikut rentak. Tak cukup itu, wajahnya panas membahang. Otot-otot muka ditahan daripada bekerja. Nak senyum tapi kena tahan. Gugup!

Habistu buat apa?
Fikir lelaki lain?
Tak baik Adel, awak dah ada tunang.

Saya baca novel lah.
Tak ada masa saya nak fikir pasal lelaki.

Adelia membalas mesej itu dengan laju.

Yeke. Hm, novel apa?

Awak sibuk kenapa?

Bagi tahu je awak nak novel apa. I'll brought for you.

"Macam banyak duit," Adelia berbisik perlahan tika membaca mesej baru Haziq. Tahulah Tengku, tapi kalau setakat buku novel pun dia boleh beli sendiri.

Tak payah, saya ada duit sendiri. Saya taknak habiskan duit awak.

Adel, duit saya, duit awak juga.
Awak lupa ke kita tak lama lagi nak kahwin?

Adelia mengetap bibir merahnya. Boleh-boleh pula dia terlupa yang dia sudah jadi tunang orang. Padahal jelas cincin tunangnya tersemat rapi pada jari manis itu.

Sorry, saya lupa.

Jangan macam tu, Adel.
Ingat status awak setiap masa.

Adelia hembus nafas berat. Tak pasal-pasal terkena tempias tunang sendiri.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 Where stories live. Discover now