MTHR | 20

5.7K 244 2
                                    

"UMI!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"UMI!"

Dari kejauhan, Haziq sudah berlari sambil termengah-mengah menghampiri tubuh uminya. Riak wajah penuh resah membuatkan lelaki itu tidak tentu arah apabila mendengar Adelia pengsan.

"Haziq..." Daripada duduk di atas kerusi, Tengku Nina berdiri menyambut kehadiran Haziq. Bibir dikemam rapat bersama hati yang gusar menunggu keputusan pemeriksaan.

"Apa yang jadi sebenarnya?" soal Haziq sekali dengan kerutan. Tatapan tajam itu dipamerkan kepada si ibu.

"U-Umi tak tahu, u-umi..." Tengku Nina terbata-bata saat melontarkan ayatnya. Jelas dia masih terkejut dengan apa yang baru saja terjadi di depan matanya.

Di saat bersamaan, seorang doktor keluar dari ruangan bilik wad Adelia. Doktor tersebut memerhati satu persatu wajah yang ada di hadapannya bersama seorang jururawat yang berdiri tegak di belakang doktor itu.

"Maaf, apa hubungan awak dengan pesakit ya?" soal doktor itu dengan sopan.

"Saya suami dia," Haziq pantas menjawab. Langsung tak berdalih. Ternanti-nanti lelaki itu mendengar ayat yang bakal keluar dari mulut doktor yang bertanggungjawab ke atas isterinya.

"Baiklah..." Doktor tersebut mengangguk. Nafas ditarik kemudiannya dihembus perlahan. Buku catatan dipegang oleh jururawat di belakangnya diambil lalu dibuka.

Haziq berdebar-debar, semakin hebat debaran di dadanya tatkala melihat doktor tersebut menunjukkan riak serius.

"Kenapa dengan menantu saya, doktor?" Tengku Nina berani bersuara.

"Selama ni isteri Tuan pernah alami depression ke?" tiba-tiba soalan yang agak pelik terpacu keluar. Dengar saja soalan itu, Haziq teguk air liur sedikit berpasir.

Sesekali wajah si ibu turut dipandang. Setelah menganalisis air muka dua insan di depannya, doktor itu mengangguk faham. Sekali lagi dia mendiamkan diri.

"Dah lama berhenti makan ubat ke?"

"Ya..." Haziq mengangguk mengiakan. Benar, Adelia pernah menghidap penyakit kemurungan. Semuanya angkara lima tahun yang lepas.

"Trauma?" Hanya dengan satu perkataan tapi Haziq dapat memahaminya dengan baik. Laju saja dia membalas dengan anggukkan kepala.

"Baiklah, saya tak tahu apa yang jadi. Tapi mungkin ada sesuatu yang mengingatkan kepadanya sehingga emosi tiba-tiba tidak stabil, rasa takut, rasa sedih. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Isteri Tuan pernah accident ke?"

"Ya..." Sedari tadi Haziq cuma mengiakan. Dia tidak dapat menafikan kerana ini soal kesihatan Adelia.

Pada masa yang sama, doktor itu sudah menduga apa yang terjadi. Trauma Adelia muncul akibat daripada kemalangan tersebut. Kaki Adelia yang lumpuh itu juga menjadi salah satu punca terbesar mengapa Adelia trauma dan pernah bertarung dengan penyakit mental itu.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 Where stories live. Discover now