MTHR | 37

5.4K 206 2
                                    

"ASSALAMUALAIKUM

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ASSALAMUALAIKUM.." setibanya di villa keluarga Haziq, Adelia memberikan salam terlebih dahulu. Gadis itu melangkah penuh teruja menghampiri tubuh ibu mertuanya yang sedang duduk diatas sofa ruang tamu.

"Waalaikumsalam, dah balik? Apa yang kamu bawa tu Adelia?" Soalan demi soalan diberikan. Wajah separuh usia itu berkerut-kerut saat melihat Adelia membawa satu beg plastik jernih di dalam genggamannya.

"Sate ayam," beritahu Adelia selamba. Seusai sahaja menyapa ibu mertuanya, Adelia atur langkah kembali menuju ke dapur.

"Mood apa tiba-tiba nak makan sate ayam pula ni?" bisik Tengku Nina perlahan. Punggungnya pantas diangkat, dia berdiri menatap tingkah Adelia. Tidak pernah-pernah dia melihat menantunya gembira seperti ini.

Disaat Haziq baru menapakkan kaki di atas lantai marmar itu. Tengku Nina terlebih dahulu menarik lengan sasa anak lelakinya.

"Kenapa isteri kamu tu?" Soal Tengku Nina berbisik-bisik seperti seorang pengintai. Aksi si ibu itu membuatkan Haziq berkerut dahi.

"Kenapa dengan dia? Okay je, sihat walafiat je Haziq tengok dia," ucap Haziq. Tenang. Waktu hiking beberapa hari lepas pun, Adelia nampak sihat. Langsung tidak menunjukkan apa-apa tingkah yang pelik.

"Tak.. Bukan macam tu, umi rasa lah kan...." Tengku Nina menggantungkan ayatnya.

"Umi rasa apa?"

"Hmm..."

"Ya Allah, apa umi ni. Cuba bagitahu." Tanya Haziq. Dia sudahlah penat melayan karenah isterinya. Takkan nak melayan perangai ibunya pula kali ini.

"Adelia mengandung ke?" Sebaris ayat yang tidak disangka keluar daripada hujung bibir wanita tua itu.

"Taklah. Mana ada," nafi Haziq sekali dengan gelak kecilnya. Kalau Adelia mengandung, mungkin sudah lama isterinya memberitahu. Ini langsung tidak ada khabar berita.

Mendengarkan jawapan Haziq, Tengku Nina menunjukkan sedikit kekecewaan.

"Oh, umi ingat Adelia dah ada isi. Mana lah tahu, hari tukata loy. Penat, tak bermaya. Ni tiba-tiba ada hati nak makan sate ayam yang jarang sangat dibeli tu. Haziq tak suruh dia check ke?"

"Biarlah, kalau ada rezeki adalah tu," balas lelaki itu. Bukan dia tidak mahu memeriksa, cuma takut jikalau keputusan tidak sesuai dengan harapan.

"Cuba periksa. Mana tahu." Si ibu terus-menerus memujuk.

"Bukan Haziq tak nak check, macam mana kalau result negative? Nanti Adel yang stres, umi."

"Haziq, dengar cakap umi. Cuba dulu, keputusan okey ke tak okey belakang cerita. Yang penting cuba, umi tak kesah result negative or positive... Sekurang-kurangnya boleh tahu." Wanita itu sekali lagi memujuk Haziq sambil berbisik-bisik. Kononlah tak nak orang lain mendengar.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 Where stories live. Discover now