MTHR | 34

5.1K 222 11
                                    

SUASANA rumah kampung itu kini penuh meriah dengan kehadiran saudara-mara daripada keluarga ibu dan ayahnya datang berkumpul kerana kenduri yang bakal dilaksanakan pada malam nanti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUASANA rumah kampung itu kini penuh meriah dengan kehadiran saudara-mara daripada keluarga ibu dan ayahnya datang berkumpul kerana kenduri yang bakal dilaksanakan pada malam nanti. Disebabkan itu, kebanyakan wanita mulai sibuk memasak di dapur, sedangkan yang lelaki pula sibuk mengemas.

"Eh Adelia, dah nampak sihat kaki tu. Gembira mak su dapat tengok kamu dapat jalan macam biasa," ujar Mak Su sebelah keluarga ayahnya.

Saat mendengar ujaran itu, Adelia melakar senyuman manis. Satu persatu wajah orang tua yang ada di rumah dipandang penuh ramah.

"Alhamdulilah, okey dah mak su," balasnya.

"Adel! Dah ada isi ke?!"

Laungan suara yang begitu lantang membuatkan Adelia menghinjutkan kedua bahunya. Sekali dipandang, dah boleh agak siapa lagi kalau bukan Sorfina.

"Ya Allah Fina. Yang kamu sibuk nak soal orang lain, apahal? Sibuk dengan diri sendiri. Tak kahwin-kahwin," sampuk Puan Azharina. Paha anak dara seorang itu ditepuk kuat. Adab itu jaga sikit wahai anak dara.

"Kalau ada rezeki, Insha Allah ada lah tu.." balas Adelia lembut. Rezeki Allah tiada siapa yang tahu bila akan tiba. Memang pada awalnya, Adelia mahu merancang memiliki anak setelah kakinya sembuh sepenuhnya.

Namun, jika Allah ingin menganugerahkan anak kecil buat mereka lebih awal. Dia tidak kesah, dia akan menerima dengan hati terbuka.

"Tak apa, mak long doakan Adelia dengan suami dapat anak cepat-cepat."

Ketika itu, Adelia hanya mampu mengaminkan doa Puan Azharina. Benda baik, buat apa nak ditolak. Lagipun bukan senang nak dapat anak. Ada orang bertahun-tahun kahwin, belum ada rezeki dikurniakan anak. Ada orang sebulan dua bulan sudah mengandung. Setiap orang ada rezeki masing-masing.

"Adelia, boleh tak tolong ibu ambilkan tempat letak tisu kat bilik!" Laung Puan Zarina. Memohon bantuan daripada anak perempuannya itu.

"Bilik mana?"

"Bilik ibu dengan ayah.."

Tanpa membuang masa, Adelia segera mengatur langkah menuju ke bilik ibu dan ayahnya. Lantas, daun pintu itu dikuak sedikit, lalu memasuki segenap ruangan itu. Seumur hidup Adelia, dia tidak pernah memasuki bilik itu. Pernah, mungkin waktu masih kecil.

Tapi sejak berganjak dewasa, dia tidak lagi pernah memasuki bilik itu. Sejak dari kecil lagi, Encik Tajuddin melarang mereka untuk memasuki bilik orang tua. Biasalah, adab kena jaga. Tentang adab, Encik Tajuddin sentiasa tegas dalam mendidik mereka adik-beradik. Silap sikit saja, suara bapa-bapa bukan main kuat lagi.

Sebaik saja masuk ke dalam ruangan, mata mulai melilau melihat sekeliling sambil mencari tempat tisu tadi. Katanya ada dalam bilik, tapi satu pun tak nak nampak langsung.

"Mana ibu simpan ni?" soal Adelia dengan wajah berkerut. Mata tidak henti-henti melihat setiap sudut bilik utu. Habis ditoleh ke kiri, kemudian ditoleh lagi ke kanan sehinggalah dia melihat ada bekas letak tisu di atas almari kecil itu.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 Where stories live. Discover now