MTHR | 24

5.3K 252 5
                                    

SETELAH beberapa hari ditahan di hospital, akhirnya Adelia daripada hospital kerana keadaannya semakin stabil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETELAH beberapa hari ditahan di hospital, akhirnya Adelia daripada hospital kerana keadaannya semakin stabil. Semua itupun berkat sokongan dan bantuan daripada Haziq. Lelaki itu sanggup berjaga siang dan malam hanya untuk menemaninya dan menjaganya setiap waktu. Siapa saja tidak cair diperlakukan seperti itu.

"Awak..." lembut Adelia memanggil Haziq yang sedang duduk di atas sofa sambil membelek-belek Ipad di tangan. Masa itu juga, Haziq tetap sibuk dengan pekerjaannya. Nak kata workholic, tak juga.

Dengar saja suara isterinya, Haziq pantas meletakkan Ipad di atas meja. Tubuh tinggi tegap itu berdiri dari tempat duduk lalu menyusun langkah mendekati si isteri.

"Hm, kenapa?"

"Awak sibuk ke? Jom kita keluar jalan-jalan," ajak Adelia sekali dengan senyuman datar di wajahnya. Beberapa hari ini dia asyik terperuk di dalam bilik, udara segar langsung tidak dihirup. Lebih-lebih lagi dengan keadaannya seperti ini.

"Nak keluar?"

Adelia mengangguk. Terasa bosan sekarang walaupun tinggal beberapa jam lagi dia akan keluar daripada tempat itu. Tanpa berlengah, Haziq mencempung tubuh isterinya, sambil Adelia lilitkan lengannya pada batang leher tersebut.

Perlahan lahan, gadis itu didudukkan di atas kerusi roda tersebut. Sempat Haziq memperbetulkan posisi kaki Adelia.

"Thank you..."

Haziq hanya diam. Tidak bersuara. Entah saat itu juga, rasa bersalah mula menumpuk di dalam hati. Kenapa harus dia? Lebih banyak perempuan yang cantik, sihat dan boleh berikan apa saja. Tapi kenapa Haziq harus memilih dirinya?

"Saya patut berterima kasih, awak dah banyak tolong saya."

Senyap. Tidak menyahut tetapi ada senyuman yang terukir sambil si lelaki menolak kerusi roda itu keluar daripada ruangan bilik wad tersebut.

Mata menatap lurus ke hadapan. Mahu bersuara tapi tak tahu apa yang ingin dibualkan. Lama mereka mengunci mulut itu, suasana semakin lama semakin terasa janggal seperti awal pertemuan mereka.

Mungkin awal pertemuan bagi Adelia, tapi tidak bagi Haziq.

"Haziq..." Haziq berhenti menolak kerusi saat namanya diseru. Kepala tertunduk sedikit ke bawah.

"Saya menyusahkan awak ke?" soal gadis itu. Bibir sempat digigit lembut, jari jemarinya bermain-main dengan cincin indah yang disarungkan pada jari manisnya.

Keadaan lumpuh seperti ini tentunya hanya menyusahkan orang. Lebih-lebih lagi Haziq yang berada disampingnya setiap masa.

"Tak..."

Haziq menggeleng.

"Maaf sebab saya tak dapat jadi isteri yang baik untuk awak."

Mendengar sebutir ayat yang keluar daripada mulut isterinya, Haziq memutarkan kerusi roda tersebut agar menghadapnya. Terlihat wajah tegang saat memandang wajah jelita si isteri.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 Where stories live. Discover now