MTHR | 22

5.4K 232 10
                                    

CINCIN tunang yang masih tersemat rapi di jari manis itu ditenung lama sambil berbaring di atas katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CINCIN tunang yang masih tersemat rapi di jari manis itu ditenung lama sambil berbaring di atas katil. Satu tangan mengenggam erat sebentuk cincin yang saiznya lebih kecil berbanding miliknya. Sepatutnya Adelia mengenakan cincin ini tetapi kerana keadaan, Puan Zarina mengembalikan semula.

Namun, Haziq masing berpegang bahawa ketika saatnya tiba, cincin itu pasti dipulangkan semula kepada pemilik asal. Ya, dia akan menunggu sehingga detik itu tiba.

Tuk!

Tuk!

Puas Haziq berseorangan di dalam bilik, tiba-tiba bunyi ketukan pintu yang kedengaran mengejutkannya. Lantas, kepala menoleh ke arah muka pintu. Melihat figura Haffaz, dia pantas bangkit daripada terus berbaring.

"Dah nak tidur ke?" soal si abang. Langkah diayun memasuki segenap ruangan bilik itu. Punggung dilabuhkan di atas kerusi bersama wajah Haziq yang ditenung lama.

"Awal lagi kut," balas Haziq santai. Pandai sungguh Haziq menyembunyikan kesedihannya. Selamba saja lelaki itu mengukirkan senyuman. Kalau orang lain, mungkin sudah mencari dan bercinta dengan mana-mana gadis.

Tetapi tidak dengan adiknya. Haziq berbeza dengan lelaki lain di luar sana.

"Ada tak apa-apa pasal Adelia?"

"Sama je." Haziq membalas acuh tak acuh. Tidak mahu kelihatan lemah kerana dia tahu Adelia selalu menjadi kelemahannya.

Seringkali juga ada persoalan yang bermain dalam fikiran. Apabila dia sering menunggu dan menunggu... bilakah masanya akan tiba?

"Kau tak terfikir ke nak mulakan hidup baru dengan perempuan lain?"

Haziq menggelengkan kepalanya. Nak bercinta dengan perempuan lain? Baik kuburkan saja semua itu, tidak terfikir sama sekali mahu melupakan Adelia. Walau apapun jadi, dia tidak akan mengkhianati janji arwah Azriel.

"Aku dah janji dengan Riel, ni amanah terakhir arwah. Lagipun kau sendiri tahu macam mana aku sayangkan Adel..." Haffaz hanya memerhati seraut wajah adiknya. Tidak faham mengapa Haziq boleh setia dengan gadis itu.

"Sampai bila? Kau nak bertahan dengan perempuan yang dah lupakan kau? Kau nak jadi lelaki yang terkejar-kejar dan menagih kasih perempuan yang langsung tak ada ingatan pasal kau? Kau tak malu ke?" selar Haffaz. Kasar.

"Buat apa malu untuk pertahankan apa yang aku nak. Lagipun Adelia sepatutnya jadi milik aku, Azriel sendiri serahkan adik dia untuk aku jaga dan sayang. Salah ke aku pertahankan semua tu?"

"Tapi tak payah nak seksa diri. Lebih baik putuskan pertunangan kau dengan Adelia. Cari perempuan yang jauh lebih baik daripada dia," arah Haffaz. Senang saja Haffaz mengujarkan ayat itu tanpa memikirkan hatinya. Bolehkah hati diubah dengan begitu mudah?

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 Where stories live. Discover now