Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"ASSALAMUALAIKUM pakcik..."
Hadirnya seorang lelaki berpakaian t-shirt hitam bersama seluar slack hitam mendekati kedua orang tuanya. Laju kekura tangan Encik Tajuddin dan Puan Zarina dikucup lembut. Sedari tadi, dia hanya merenung aksi si tunang. Walaupun pertama kali mereka bertemu, tapi entah mengapa dia seakan-akan familiar dengan lelaki itu juga.
Puas dia menilik. Adelia juga tidak meragui lelaki itu memiliki tubuh yang tinggi dan sasa. Bentuk mukanya begitu menawan hingga menampakkan garisan rahang. Bibir merah menandakan lelaki itu sama tidak merokok.
Hidung mancung, kulit wajah cerah tanpa ada sebarang kesan. Keningnya tebal dan yang pastinya anak mata berwarna coklat tua.
Sempurna? Ya! Sempurna.
"Dah lama tak jumpa Ziq. Tak sangka dah handsome macam ni," kata Puan Zarina sambil mengusap-usap belakang tubuh bakal menantunya itu.
Tanpa sedar, ayat itu memberi tanda tanya kepada Adelia.
"Ibu pernah jumpa Tengku?" soal Adelia tiba-tiba.
"Oh iya, tapi Adel tak pernah jumpa." kali ini si ibu membalas begitu pantas. Bibir menarik senyuman tipis.
"Oh..."
Pada masa yang sama, anak matanya beralih ke arah wajah lelaki itu. Mereka saling bertatapan mata. Lama...
"Ehem..." tiba-tiba Amalina berdehem menyebabkan tatapan itu mati. Masing-masing menatap wajah Amalina.
"Dah alang-alang abang Ziq datang sini. Lebih baik akak berborak santai dengan abang, kan? Yelah, kesian abang Ziq dah datang jauh-jauh dari KL semata-mata nak jumpa bakal isteri dia," seloroh si adik.
Sah! Amalina kalau tak buat hal, memang takkan ada yang lengkap dalam dunia ini. Mulutnya seperti burung murai asyik nak mengeluarkan kata-kata.
"Ya, ibu pun rasa macam tu. Eloklah, lagipun Adel tak tau Haziq orangnya macam mana... Jadi, sambil-sambil borak tu, sambil-sambillah bincang pasal masa depan," Puan Zarina menyokong Amalina.
Terdengar saja kata itu, Adelia cuba tebalkan muka. Rasa malu kian menumpuk di dalam jiwa. Ingin saja dia menjerit dan memberitahu pada dunia bahawa dirinya sekarang dalam keadaan gila.
Lebih parah, bila ibu, ayah dan adiknya mula meninggalkan mereka berdua. Ya Allah berdebar!
"Anything you want to say?" laju soalan meluncur keluar dari mulut si lelaki. Langkah menghampirinya yang masih duduk kaku di atas kerusi.
Kekok.
"Erk... Tak ada," Adelia menggelengkan kepalanya. Senyuman datar sempat dipamerkan.
"Saya tau awak tak selesa dengan saya. It's okay. Ini pertama kali kita berjumpa,"
"Pertama kali?" Adelia kerut dahi.
"Tapi kenapa saya macam pernah nampak Tengku?" kepala mendongak sedikit ke atas. Muka tampan lelaki itu ditatap.