Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
KELOPAK mata perlahan-lahan dibuka. Dahi berkerut tatkala rasa sakit menusuk-nusuk mulai terasa. Tangan cuba diangkat untuk mengurut pelipis kepala namun hasilnya ralat bila merasakan tangannya seperti ditindih sesuatu. Pantas ekor mata itu beralih memandang ke arah lengan sendiri.
Terdiam.
Sejak bila Haziq tertidur di sini?
Bibir dikemam rapat. Merasakan tangannya digenggam erat, Adelia kembali berdebar. Sebelah tangan yang masih dicucuk dengan air drip mulai diangkat perlahan-lahan. Berusaha untuk membangunkan Haziq dengan menggoyang-goyangkan bahu lelaki itu.
"A-Awak..." Lemah.
"Awak, bangunlah..." Sekali lagi Adelia bersuara. Tapi kali ini lebih kuat berbanding sebelum ini. Haziq pun satu, boleh aje berbaring di atas sofa kalau penat.
Dengar suara isterinya, Haziq terjaga. Lantas, kelopak matanya dibuka lalu menatap wajah jelita Adelia. Sudah dua hari dia berkampung di hospital, dan dua hari itu juga dia terpaksa berulang-alik dari syarikat, villa keluarganya dan hospital.
"Kenapa baring dekat sini, kenapa tak baring aje dekat sofa tu?" soal Adelia. Lemah. Suaranya kedengaran agak serak.
"Dah bangun? Abang panggilkan doktor dulu." Ayat Adelia langsung tidak dipedulikan. Haziq bangkit daripada tempat duduknya dan cuba melangkah. Tapi baru setapak dia ingin melangkah, Adelia terlebih dulu menyambar pergelangan tangan suaminya.
"Saya okey. Tak payah panggil doktor."
"Apa yang okey? Abang tak nampak apa yang okey. Isteri abang pengsan, tak sedarkan diri dua hari. Apa yang okey? Kejap, abang panggilkan doktor." Haziq masih berdegil. Adelia semakin mengeratkan lagi pegangannya.
"Please, saya mohon..."
Haziq diam. Menatap wajah isterinya dengan penuh perhatian dan teliti.
"Betul okey ni?" soalnya. Ragu-ragu.
Adelia angguk kepala. Mata dipejam lalu dibuka perlahan-lahan. Masih mamai, masih dalam keadaan separuh sedar. Lihat riak wajah isterinya, Haziq terpaksa akur. Punggung kembali berlabuh di atas kerusi. Kembali diam.
"Dah lama ke awak ada dekat sini?"
"Dua hari."
Bibir dikemam rapat. Dua hari kira lama juga, tapi dia yang tak sedarkan diri baru rasa berjam-jam.
"Apa yang jadi sebenarnya?" Belum apa-apa lagi. Haziq sudah menanyakan soalan, tak semena-mena Adelia terus terkelu. Orang baru aje sedar, takkan terus nak tanyakan soalan?
"Boleh tak bagi saya berehat dulu, saya baru je sedar. Takkan tiba-tiba nak soal siasat saya bagai," marah Adelia. Dahinya dikerutkan.
"Abang tanya sebab abang risau."
"Benda biasa aje..." Adelia selamba membalas.
"Benda macam ni bukan benda biasa, umi kata Adel tiba-tiba pengsan lepas dengar bunyi hon kereta. Betul, kan?" Keras sungguh nada suara Haziq. Anak mata mencerlung tajam ke arah anak mata isterinya. Nak ajak gaduh ke apa ani?