MTHR | 26

5.6K 242 10
                                    

ADELIA ligat membelek-belek pakaian yang berada di dalam almari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ADELIA ligat membelek-belek pakaian yang berada di dalam almari. Mata melilau melihat di sekeliling seperti mencari-cari sesuatu. Entah apa yang dicarinya...

"Mana ya?" soalnya dengan perlahan. Kerusi rodanya sudah berkeliling di dalam ruangan itu. Namun apa yang dicari langsung tidak dijumpai.

"Mbak lagi cariin apa?" soal Dewi, kebetulan saat mahu mengambil bakul pakaian kotor. Aksi Adelia yang agak mencurigakan menarik perhatiannya untuk menegur. Macam benda penting aje nak mencari itu ini.

"Erm, saya tengah cari beg kecil saya. Dewi ada nampak tak?" tanya Adelia. Wajah pembantu rumah keluarga suaminya dipandang bersama wajah polos itu. Patutlah dua tiga hari ni dia tak nampak langsung beg kecil dihadiahkan oleh Amalina sebelum kahwin lagi.

"Oh, itu ya.. Kayaknya di dalam laci itu, lagian dalam laci itu semua isi beg aja, mungkin aja mas Haziq taruhnya disana," ujar Dewi.

Walaupun Dewi menggunakan bahasa Indonesia, Adelia masih boleh memahaminya dengan baik. Lagipun Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia bukannya jauh beza, hampir sama.

"Terima kasih, Dewi," ucap Adelia lembut sekali dengan senyuman manis.

"Sama-sama kok, mbak.." Dewi membalas sebelum kaki dihayun melangkah keluar dari bilik majikannya. Adelia kembali ditinggalkan berseorangan. Laci yang ditunjukkan oleh Dewi segera dibuka. Serta-merta tangan meraih beg tangan kecil. Namun pergerakan sempat terhenti sejenak tatkala anak mat aitu menangkap seutas rantai yang berukiran namanya.

Adelia Amanda.

Pandang rantai itu, dahi itu kemudiannya berkerut. Macam pernah nampak.

"Adel?" Laungan Tengku Nina membuat Adelia tersentak. Laju tangannya kembali meletakkan rantai tadi ke dalam laci. Tak semena-ena dia yang terkial-kial keluar dari ruangan kecil itu bersama dengan kerusi rodanya. Takut terkantoi.

"Ya, umi?" Adelia menyahut laungan Tengku Nina sambil gagap dek terkejut dengan kemunculan Tengku Nina. Manakan tidak, tiba-tiba saja wanita itu hadir di depan mata dengan memanggil namanya.

Nasib je tak terjatuh.

"Ni umi nak kongsi berita baik kat Adel," ucap wanita paruh usia tersebut sekali dengan senyuman penuh lebar. Kata-kata itu justeru membuatkan Adelia tertanya-tanya. Berita baik pasal apa?

"Umi nak tanya, Adel nak jalan macam dulu?" soal Tengku Nina, teruja.

"Kenapa umi tanya?" Kepala yang langsung tidak gatal digaru perlahan. Tidak memahami apa yang ingin disampaikan oleh Tengku Nina. Kalau bertanya mengenai dia mahu berjalan semula atau tidak. Rasanya tak perlu bertanya pun, jawapan sudah ada.

"Abi ada beritahu umi tadi, abi ada kenal seorang pakar ni, dia doktor dari luar negara dan baru je pindah ke Malaysia.. Lagi pun doktor tu memang terbaik, mana lah tahu dia boleh tolong Adelia sekarang ni," tutur Tengku Nina. Kala mendengar berita ini, Adelia tersenyum penuh lebar. Perasaan gembira tidak terkira membuatkan gadis itu ternanti-nanti saat ini akan tiba.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 Where stories live. Discover now