MTHR | EPILOG

12.5K 358 34
                                    

"BETUL LAH?!" Terbeliak mata Amalina ketika mendengar berita kehamilan kakaknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BETUL LAH?!" Terbeliak mata Amalina ketika mendengar berita kehamilan kakaknya. Tapak tangan itu pantas menekup mulut. Terkejut.

"Yelah, betul. Mana ada akak tipu," ujar Adelia dengan sengihan di wajah. Sudah diagak Amalina pasti akan menunjukkan riak wajah seperti itu. Kebelakangan ini, Amalina makin sibuk dengan pengajiannya.

Selama lima tahun Amalina terpaksa berkorban waktu. Tapi sekarang, semuanya kembali seperti biasa. Adelia kembali seperti sediakala, sedangkan Amalina pun boleh melakukan apa yang dia inginkan.

"Jadi tak lama lagi Lina nak jadi mak su lah ni?" Tanyanya.

Soalan Amalina dibalas dengan anggukan.

"Alhamdulilah, dah berapa bulan?"

"Baru tiga minggu macam tu, baru je."

"Ti-Tiga minggu?! What? Jadi masa akak hiking tu, akak tengah mengandung lah, kan?" Nada suaranya naik seoktaf. Dengan usia kandungan yang masih muda dan mentah. Adelia sempat lagi melakukan aktiviti lasak.

"Masa tu akak tak tahu," beritahu Adelia.

"Hesy, nasib baik tak ada apa-apa. Ibu dan ayah dah tau tak pasal ni?"

"Dah..."

Amalina angguk kepala.

"Akak rasa anak akak ikut muka siapa? Mak dia ke atau ayah dia. Kalau Lina lah kan, Lina nak anak akak tu ikut muka abang Ziq."

Mendengarkan kata-kata itu, Adelia mengerutkan dahi.

"Kenapa nak ikut muka ayah dia, akak yang susah payah mengandungkan anak dia sembilan bulan. Takkan senang-senang nak bagi dia ikut muka ayah dia pula."

"Alah, kakak ni. Itupun marah," bisik gadis itu sambil menjulingkan anak matanya ke atas. Minuman jus di hadapannya dicicip sedikit, lalu jari jemarinya bermain-main dengan straw itu.

"Kamu dengan Irwan macam mana?"

Uhuk! Hampir dia tersedak. Lantas, dadanya ditepuk lembut.

"Soalan apakah?"

"Kenapa batuk-batuk? Ah, takut kantoi ke sebab keluar dengan Irwan dua hari yang lepas?"

Tadi terbatuk, sekarang nak termuntah pun ada. Amalina telan air liurnya berkali-kali. Macam mana Adelia boleh tahu?

"Alah, kebetulan waktu tu abang Ziq nak bawa akak keluar sama-sama. Tapi tak sangka pula terserempak dengan korang berdua. Sweet pula tu, Irwan bawakan beg untuk Lina." Tersengih-sengih Adelia saat itu. Sempat lagi dia mengimbas semula memori melihat kemesraan adiknya dengan anak Mak Diah.

Kulit wajah cerah Amalina kini berubah kemerah-merahan. Pandangan dilontarkan ke tempat lain, bibir merahnya dikemam dengan begitu rapat.

"Baik terus-terang dengan akak. Apa hubungan Lina dengan Irwan? Bercinta?"

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 Where stories live. Discover now