BERTAMBAH segan bila dilayan seperti ini. Melihat tangan suaminya mengusap perut kempis itu, Adelia mulai tidak merasa selesa. Manakan tidak, lelaki saja menyentuhnya. Walaupun sakit, tetap saja dia berasa segan, apatah lagi pertama kali menunjukkan bahagian perut itu.
Kalau boleh dalam hati terus-menerus menjerit. Kenapalah sekarang juga nak sakit perut?
"Masih sakit?" Laju Haziq menyoal buatkan Adelia tertunduk malu.
"Erm, t-tak..." kepala digeleng lebih laju. Terdiam.
"Betul ni?" Kali ini giliran sebelah kening lelaki itu terangkat sedikit.
Laju Adelia menganggukkan kepala. Melihat saja anggukan kepala itu, Haziq terus melarikan tangannya daripada menyentuh perut si isteri. Tipulah jika dia tidak tergoda melihat kulit putih melepak dan mulus itu. Namun, sebagai seorang lelaki seharusnya dia menghormati seorang perempuan walaupun itu adalah haknya. Selagi Adelia belum bersedia, selagi itu Haziq tidak akan menyentuh Adelia.
"Pergilah makan, mesti awak lapar..."
"Abang dah kenyang." Datar wajahnya menjawab. Adelia mengetap bibir itu dengan rapat.
"Kenyang? Awak makan apa je sampai kenyang ni?" soal si isteri. Matanya sejak tadi langsung tidak melihat Haziq menyantap apa-apa makanan. Tidak lapar ke?
"Dah biasa, sekali sekala diet... Lagipun abang dah lama tak diet," jawab Haziq. Selamba.
Adelia tergelak kecil.
"Badan macam ni pun, nak diet?" Sepasang anak mata berwarna hitam pekat menatap wajah tampan suaminya.
"Tak semestinya diet untuk kurus je..."
Lambat-lambat Adelia anggukkan kepala, malas hendak membalas. Tiba - tiba tangan mula naik memicit semula pelipis kepalanya.
"Kenapa? Sakit lagi?" riak wajah yang biasa tadi kini berubah. Haziq menunjukkan kerisauannya tika melihat Adelia mula memicit-micit pelipis kepala itu.
"Tak ada, saya okey je."
"Jangan tipu abang, kalau sakit bagitahu abang." Suaranya mula kedengaran agak serius. Dia merenung anak mata isterinya dengan begitu dalam. Sungguh Haziq tidak suka bila Adelia sengaja memendam rasa sakit sendirian. Sejak daripada dulu, itulah yang Adelia lakukan, memendam sendiri dan membiarkan diri terseksa.
"Sikit je, tak payah la marah-marah saya." Adelia mencebik. Orang cakap sikit aje, dah kena marah. Siapa aje tak rasa kecewa macam ni.
Pada masa yang sama, Haziq hela nafas lega. Tangan tak lama kemudian naik mengusap rambut lurus Adelia dengan begitu lembut.
"Nak abang jampi - jampi sikit?"
"Jampi? Awak ingat awak bomoh ke?" Adelia kerut dahi, apa pula main jampi-jampi ini. Setahunya, bomoh sahaja suka main jampi-jampi.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Known as His Perfect Wife Tengku Haziq Rafael | Adelia Amanda "Dia gadis sempurna untuk Tengku Haziq Rafael." Start : 2022 End : 2022 ➾ Cringe storyline ➾ Mental Health ➾ Mature ⚠️ No Plagiarism Allowed