MTHR | 31

5.2K 239 10
                                    

"HAZIQ, dah lama tak jumpa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HAZIQ, dah lama tak jumpa. Makin handsome kau ni. Kenapa? Dah bahagia sangat dengan bini ke?" Tegur seorang lelaki sambil menepuk bahu bidang Haziq dengan perlahan. Lantas, dia melabuhkan punggung di atas bangku restoran itu.

"Tak payah sibuk pasal rumah tangga orang," balas Haziq dengan wajah tegang. Ipad di tangan dipandang begitu teliti. Langsung tidak menghiraukan keberadaan Jefri di depannya.

"Muka ketat semacam ni apahal?" Sekali lagi Jefri tegur. Muka macam nak baham orang, tak cukup makan ke? Tak cukup makan yang bini masak dekat rumah?

"Kerja banyak, macamlah kau takt ahu." Ipad ditangan tadi kini diletakkan di atas meja. Lelaki itu merenung tajam ke arah anak mata Jefri.

"Alah, tenang ajelah. Slow-slow buat kerja tu. Takkan lari pun, spend time banyak-banyak dengan bini, manja-manja dengan bini. Insha Allah, boleh hilang lah stres kau tu."

"Eh, kau cakap ni macam kau dah berpengalaman, dah ada bini senyap-senyap ke?" kata Haziq. Sempat dia pamer sengih pada Jefri. Malah tahu dah ada buah hati dalam senyap.

Dan saat mendengarkan itu, Jefri gelak besar.

"Bini angan-angan..."

"Tak sangka pula wujud bini angan-angan kau."

Jefri angkat kedua dua bahunya. Bibir menarik senyuman senget.

"Kalau dah berangan, benda yang tak wujud pun boleh wujud."

Sekali lagi, Haziq hanya mampu tertawa. Sudah lama tidak berlepak bersama Jefri. Terutamanya lagi selepas kejadian lima tahun yang lepas. Semuanya jadi senyap.

"Bini kau dah tau pasal Riel?"

Tatkala soalan itu sampai kepadanya, Haziq hanya tersenyum hambar. Perlahan-lahan lelaki itu menggelengkan kepala, menidakkan soalan Jefri.

"Sampai bila kau nak tipu, kau nak bohong si Adelia tu. Tak kesian kat Azriel? Tak kesian ke kat keluarga Azriel? Terpaksa berlakon macam Azriel tu tak wujud?" ujar Jefri bersama nada suara yang kedengaran agak kasar. Bertahun-tahun mereka sembunyikan kewujudan Azriel, dan sampai bila mereka harus berlakon seperti ini?

"Bukan macam tu, Jef... Kau takt ahu semua ni kehendak keluarga Riel, dorang sendiri nak Adelia lupa pasal Riel, nak taknak aku kena buat. Lagipun aku takut benda sama jadi," luah Haziq. Dia takut benda sama berulang. Dia takut bagaimana penerimaan Adelia nanti bila mengetahui kehadiran Azriel yang sudah dianggap sebagai orang yang berharga buat gadis itu.

"Haziq, dengar cakap aku. Aku tau susah, tapi benda macam ni tak baik nak dirahsiakan. Aku tau dia bagi impak besar kat Adelia, tapi kau kena fikir balik. Kalau Adelia tau sendiri, kalau Adelia tau korang tipu dia, bukan ke lebih teruk jadinya? Korang perbodoh-bodohkan dia macam patung, ubah ingatan dia macam tak ada apa - apa yang terjadi. Memang betul tak salah kalua itu kehendak keluarga dia, tapi takkan sampai lima tahun?"

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 Where stories live. Discover now