HAZIQ menatap tubuh Adelia yang terbaring kaku di atas katil. Muka pucat lesi tidak ubah seperti mayat hidup dipandang. Hampir saja nyawa Adelia melayang, nasib baik Amalina yang kebetulan melawat Adelia datang. Kalau tidak, dia tidak hanya kehilangan sahabat tapi juga gadis yang berharga untuknya.
"Ya Allah, kenapa macam ni, Adel. Ibu tak suka Adel macam ni." Puan Zarina menghamburkan tangisan sambil mengenggam kedua-dua tangan Adelia yang sejuk. Jujur, hati ibu mana yang tidak sedih melihat keadaan Adelia seperti ini.
Hatinya sudah cukup sakit. Sakit bila kehilangan satu-satunya anak lelakinya. Takkan dia juga perlu kehilangan lagi anak perempuannya?
Amalina kebam bibir dengan rapat. Sungguh air mata yang ditahan sejak tadi mulai mengalir. Dia tidak mahu menimbulkan lagi kesedihan. Cukup keluarganya sudah bersedih atas kematian Azriel dan juga keadaan Adelia saat ini tidak lagi seperti biasa.
Lumpuh dan bertarung dengan penyakit mentalnya.
Tanpa sepatah perkataan, Amalina meluru keluar dari bilik wad. Dinding menjadi tempat sandaran Amalina, serta-merta tubuh itu jatuh melorot ke bawah bersama wajah disembakan pada kedua-dua lutut.
Tidak tertahan lagi. Tangisannya pecah. Suara esakan mulai kedengaran diikuti kedua-dua bahu terhinjut serentak. Dadanya dutepuk perlahan. Sakit, sedih, pedih, hanya Tuhan yang tahu betapa sedihnya mereka.
"Lina..." suara garau kedengaran menyeru namanya membuatkan Amalina berusaha untuk menghentikan tangisan. Sisa air mata segera dikesat menggunakan belakang tangan. Daripada duduk bercangkung, dia berdiri semula dengan senyuman di wajah. Berpura-pura seperti tidak terjadi apa-apa.
"Bagitahu je dengan abang, Lina. Abang tahu Lina menangis tadi," kata Haziq. Bohonglah dia tidak mendengar dengan jelas suara tangisan dan esakan daripada Amalina.
Mendengar kata lelaki itu, Amalina segera mengemam bibir merahnya dengan rapat. Kepala tertunduk membisu bersama senyuman yang tadi terukir langsung pudar. Bukan setakat memudar, tapi terus lenyap.
Yang hanya seraut wajah penuh dengan kesedihan dan kelelahan. Sedih kerana semua yang berlaku dan lelah kerana terpaksa menghadapi semua ni.
"Kenapa semua ni berlaku kat keluarga kami?" tiba-tiba satu persoalan keluar dengan jelas dari bibir itu.
"Kenapa Kak Adel nak menyalahkan diri sendiri, sedangkan semuanya kehendak Tuhan?" ujarnya lagi. Tidak faham mengapa Adelia tergamak ingin menyakiti diri sendiri.
"Setiap orang ada penerimaan masing-masing. Mungkin Kak Adel tak dapat terima kenyataan, sebab itu dia masih meletakkan semua kesalahan terhadap diri sendiri," balas Haziq. Lembut. Sebenarnya dia cukup terluka melihat semua ini, mahukan Adelia tersenyum kembali seperti biasa.
"Tapi kenapa sampai macam ni? Tak perlu pun sampai nak hilangkan nyawa sendiri," marah Amalina. Masakan tidak, dia melihat jelas dengan mata kepalanya sendiri Adelia terbaring dengan keadaan kau. Tubuh sejuk seperti baru saja keluar dari peti ais.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Known as His Perfect Wife Tengku Haziq Rafael | Adelia Amanda "Dia gadis sempurna untuk Tengku Haziq Rafael." Start : 2022 End : 2022 ➾ Cringe storyline ➾ Mental Health ➾ Mature ⚠️ No Plagiarism Allowed