MTHR | 4

31.2K 1.7K 50
                                    

BEG bagasi besar dimasukkan ke dalam sebuah kereta Audi R8 milik lelaki itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

BEG bagasi besar dimasukkan ke dalam sebuah kereta Audi R8 milik lelaki itu. Dari kejauhan, mata hanya memerhati pergerakan Haziq. Selepas tiga hari lelaki itu menginap di rumah mereka, cukup masanya Haziq kembali ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan pekerjaan yang sudah lama tertunda. Selepas meletakkan barang-barang di dalam bonet kereta, kaki diatur mendekati figura orang tua yang sedang berdiri tidak jauh daripada tempatnya berdiri.

Perlahan-lahan kekura tangan Encik Tajuddin dan Puan Zarina dikucup lembut.

"Drive tu hati-hati. Tak payah kelam kabut, kalau penat. Berhenti dulu," pesan Encik Tajuddin bersama nda suara yang kedengaran begitu tegas.

"Boleh pakcik," Haziq mengiakan.

"Jangan panggil pakcik, panggil ayah pun boleh. Nak jadi menantu, buat apa nak panggil pakcik lagi." Tegur lelaki itu menyebabkan Haziq terdiam buat seketika. Bibir mengukir senyuman tipis.

"Saya boleh je panggil. Tapi Adelia tu yang tak suka."

Adelia terkedu. Eh? Apasal pula dia?

"Awak panggil je lah apa yang awak nak. Saya tak ada hak nak masuk campur."

"Hesy, kamu ni pun. Tak baik cakap macam tu, Ziq tu tunang kamu. Nanti kahwin, tak hidu syurga baru tau," marah Puan Zarina. Entah kali ke berapa dia memesan benda yang sama.

Adelia pula mula mencebik. Semua pun nak bela bakal menantu, sedangkan anak sendiri tiba-tiba kena anak tirikan. Ya Allah bersabar je lah duhai hati.

"Takpe ma--- Ibu..."

Membulat mata Adelia tatkala mendengar ayat yang baru saja keluar daripada mulut Haziq. Laju anak matanya beralih merenung seraut wajah itu. Boleh-boleh pula, Haziq tersenyum jahat memandang ke arahnya.

Geram!

"Maaf kalau Adelia macam ni, Ziq. Apapun kirimkan salam ibu kat umi ya," pinta Puan Zarina.

Pantas Haziq hanya mengangguk mengiakan. Tak lama itu, langkahnya pula menghampiri si cik tunang kesayangannya.

"Tak ada apa-apa nak cakap ke sebelum saya balik?" keningnya diangkat sambil merenung wajah jelita Adelia.

"Jaga diri."

"Baik, saya jaga diri. Nanti saya datang, saya jaga awak pula."

"Ya?" Adelia tersentak. Dia tak salah dengar, kan?

"Awak pesan dekat saya, jaga diri kan? Jadi, saya jaga diri saya. Lepas ni, saya jaga awak pula."

Lidah Adelia kembali kelu. Tak berkelip matanya bilamana melihat lelaki itu berdiri tepat di hadapannya sambil melorek senyuman tanpa rasa bersalah.

"Pergilah balik," matanya dijegil tajam. Malas nak melayan.

"Bagi tangan awak dulu."

"Buat apa?" dahi mengerut.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang