MTHR | 5

31.1K 1.7K 113
                                    

"KAK ADEL

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"KAK ADEL.."

Satu suara mengejutkannya daripada tidur membuatkan mata terbuka dengan perlahan. Sempat dia mengerutkan dahi disebabkan cahaya matahari yang masuk terus ke dalam bilik tidurnya melalui celah tingkap.

"Akak tau tak akak demam?" belakang tangan dilekapkan pada dahi licin si kakak.

"Demam?" Adelia mengangkat kening. Bila masa pula dia demam?

"Haah, baru je. Rehatlah dulu. Sebelum tu, makan dulu bubur ni," ujar Amalina sambil menghulurkan mangkuk yang sudah diisi dengan bubur kepada Adelia.

Laju Adelia mengangguk. Tanpa berlengah, mangkuk itu diambil. Mungkin disebabkan mimpi malam semalam, dia tiba-tiba demam macam ni.

"Abang Ziq ada call tadi."

"Ya?"

"Dia suruh akak call dia semula kalau dah bangun. Dia nak cakap dengan akak."

Sekali lagi Adelia angguk. "Nanti akak call balik."

Pada masa yang sama Amalina kembali bangkit daripada tempat duduk. Namun, langkah berhenti buat seketika sembari memusingkan tubuh memandang wajah Adelia.

"Ke-Kenapa?" Adelia membalas tatapan Amalina. Pelik.

"Panadol ada kat atas meja. Lepas siap makan bubur, akak makan panadol tu."

"Erm okey," sekali lagi dia hanya mengiakan. Walaupun sebenarnya tak suka makan ubat, nak taknak kena angguk juga.

"Kalau ada apa-apa, panggil je okey?"

"Ya... Ya... Akak ni dah besar, tak payah risau,"

"Manalah tau, akak tu kan tak suka makan ubat." Seloroh Amalina menyebabkan Adelia hembus nafas perlahan. Belakang tubuh Amalina cuma diperhatikan sehinggalah gadis itu benar-benar menghilang daripada pandangan matanya.

Malas nak layan.

Tanpa berlengah, Adelia capai telefon bimbit yang terletak rapi di atas meja. Jari jemari mulai menari-nari di atas skrin sambil mencari nombor telefon tunangnya.

'Tengku Haziq'

Sebaik saja mata menangkap sebaris nama itu, Adelia menekan butang panggilan lalu skrin itu dilekapkan pada cuping telinganya. Hanya bunyi berdering kedengaran.

"Adel?" satu suara garau terdengar tepat di dalam sistem pendengarannya.

"Hm, ni saya."

"Are you feeling not well?"

"Hm..." Adelia cuma sekadar menganggukkan kepala.

"Dah makan ubat?"

"Belum."

"Kenapa tak makan ubat. Dah tau diri tu tak sihat, makanlah ubat." nada suara berubah. Adelia sudah agak Haziq pasti mengerut dahinya.

"Kejap. Tak payah nak marah-marah saya."

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang