TUBUH berbaring kaku di atas katil bersaiz queen itu. Bola mata miliknya mulai menatap siling bilik, berkali-kali nafas ditarik kemudian dihembus seolah-olah ada beban yang tersisa di dalam dada. Tak lama itu, tubuhnya mengiring menghadap Adelia di samping. Sisi wajah si isteri ditenung dengan tatapan lembut.
Perlahan-lahan, tangan naik mengusap rambut lurus isterinya. Hati mulai merasa serba salah, bukan dia yang mahu merahsiakan semuanya tapi ini untuk kebaikan Adelia.
"Abang minta maaf..." tiba-tiba satu ucapan maaf terkeluar dari bibir itu. Sementara, Adelia sudah terlena dalam mimpi.
"Abang harap apa yang abang buat untuk Adel. Adel dapat bahagia dan senyum di depan abang." Renungan penuh kehangatan dan usapan penuh kasih sayang itu membuatkan lagi Adelia nyenyak tanpa gangguan mimpi buruk yang selalu menyinggah.
Sekali sekala, Haziq labuhkan ciuman di atas ubun-ubun kepala isterinya.
Sungguh memori lima tahun yang lepas sudah cukup meninggalkan luka buat Adelia. Memang sepatutnya, memori itu menghilang. Lenyap untuk selama-lamanya kerana disebabkan itu, ramai yang menderita.
Bukan Adelia seorang tapi orang sekelilingnya.
"Tolong jaga dia baik-baik. Jaga dia untuk aku, Ziq."
Ayat yang jelas, terang dan yang pasti diketahui maksudnya. Ayat itu tidak pernah hilang daripada ingatan Haziq. Meski sudah lima tahun berlalu, ayat itu pasti terngiang-ngiang dalam fikiran.
"Aku janji sebab aku sayang dia, aku janji sebab aku cintakan dia dan sekarang dia jadi milik aku. Takkan pernah sedetik pun aku cuba lepaskan dia selagi jantung aku masih berdetak, Rael..." bisik Haziq lembut.
Serentak itu, setiap inci bahagian wajah Adelia dikucup penuh sayang buat kali pertama. Bagaikan menyalur kasih sayang yang mendalam terhadap gadis yang digelar sebagai isteri. Tidak hanya bidadari di dunia tapi juga di akhirat. Sejujurnya saat dia bernafas dan menapakkan kaki di atas muka bumi ini, tak pernah ada wanita seperti Adelia Amanda.
Walaupun sudah berbelas-belas wanita dijadikan sebagai kekasih. Tapi tidak pada Adelia Amanda.
Adelia Amanda adalah wanita yang didambakan Tengku Haziq Rafael. Dan saat ini, wanita itu sah, rasmi dan halal menjadi isteri di sisi agama. Wanita itu kini menjadi hak dia sepenuhnya.
Takkan ada sesiapa yang boleh memiliki Adelia selain dia.
Jika pun, Adelia mengetahui kebenaran sebenar. Takkan sesekali dia lepaskan wanita itu. Sekalipun tidak kerana menjadi hak miliknya dan dia saja yang berhak terhadap gadis bernama Adelia Amanda.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Known as His Perfect Wife Tengku Haziq Rafael | Adelia Amanda "Dia gadis sempurna untuk Tengku Haziq Rafael." Start : 2022 End : 2022 ➾ Cringe storyline ➾ Mental Health ➾ Mature ⚠️ No Plagiarism Allowed