MTHR | 36

5K 208 5
                                    

EMPAT bulan berlalu, Adelia akhirnya mampu menerima dan menjalani kehidupannya seperti biasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EMPAT bulan berlalu, Adelia akhirnya mampu menerima dan menjalani kehidupannya seperti biasa. Lebih bertambah gembiranya lagi, kini dia tidak perlu menggunakan alat bantuan untuk berjalan. Kakinya sudah mampu menampung berat tubuhnya manakala otot kaki pun sudah dapat berfungsi seperti biasa.

Macam rasa dilahirkan semula. Bebas melakukan apa saja, bahkan hidup juga terasa lebih tenang.

"Adel..." Suara yang dikenali. Cukup dikenali buat gadis itu. Satu figura tubuh menutup pandangan Adelia.

"Haza..." Nama gadis yang pernah digelar sebagai musuh ketat. Langsung Adelia mempamerkan senyuman nipis sambil memandang wajah Haza di hadapannya. Siapa sangka Haza yang sekarang bukan lagi seperti Haza yang pernah dikenalinya dulu. Cukup empat bulan, Haza sudah berubah sejak dipertemukan dengan seorang lelaki.

Lelaki yang memiliki ilmu keagamaan yang lebih mendalam.

"Sorry sebab pernah sakitkan hati kau, Adel," luah Haza. Lembut. Kedua-dua tangan Adelia digenggam dengan erat. Manis sungguh Haza bila bertudung. Kalau dah bertudung, bukan alang-alang. Terus nampak berseri.

Masha Allah...

Hebatnya kuasa Allah SWT jika sudah menentukan kehidupan manusia. Perubahan itu boleh mengejutkan semua orang, orang jahat boleh jadi baik. Orang baik boleh jadi jahat. Orang sihat boleh jadi sakit. Orang sakit boleh jadi sihat. Itulah kebesaran Allah, kuasa Allah. Tidak ada makhluk mana pun boleh mengatasi kekuasaan Allah SWT.

"Alah, tak apalah. Biasalah tu, kita suka gaduh-gaduh. Bila dah dewasa ni, manja-manjalah sikit."

Haza tertawa kecil.

"Mulut ni memang tak boleh bertapis langsung," ujar Adelia dengan perasaan rasa bersalah. Kadang mulut main cakap lepas aje.

"Biasalah manusia tak lari daripada buat kesilapan. Nobody is perfect. Sebab hanya Tuhan yang sempurna, kita masih ada kekurangan, terutamanya daripada segi keimanan kita kepada Allah."

Tersenyum gadis itu kala mendengar, Haza makin lama makin pandai bermain dengan kata-kata. Jodoh Haza memang orang yang baik, tidak disangka lelaki itu dapat mengubah Haza menjadi lebih baik berbanding sebelum ini.

"Dah ada isi ke?" Adelia mula mengubah topik. Anak mata yang indah dan bersinar-sinar itu kini menatap perut Haza yang kini sudah menampakkan bentuk.

"Oh, ha'ah." Haza angguk kepala mengiakan.

"Syukurlah, boleh pegang tak?" Terlebih dahulu Adelia meminta izin. Begitu sahaja Haza mengangguk, barulah gadis itu bangkit daripada tempat duduknya kemudian menyentuh perut Haza dengan lembut. Diusap sambil tersenyum. Teringin sungguh dia merasakan detik menjadi seorang ibu. Namun, rezeki belum memihak kepada mereka.

"Banyakkan doa, Adel. Insha Allah nanti adalah untuk kau dengan Haziq."

"Insha Allah, doakan aku."

Haza menganggukkan kepala. Dia akan sentiasa berdoa untuk sepupunya. Tangan Adelia yang menyentuh perutnya itu digenggam erat. Tanpa disedari, Haza sudah merasakan sesuatu pada diri Adelia. Perubahan dalam diri sepupunya. Dia jelas meliha. Tapi sayangnya, Adelia tidak menyedari itu sama sekali.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 Where stories live. Discover now