MTHR | 29

4.9K 212 9
                                    

LENGAN kekar itu menjadi tempatnya berpegang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LENGAN kekar itu menjadi tempatnya berpegang. Empat minggu berlalu, kini Adelia sudah boleh berjalan dengan baik walaupun masih seperti budak kecil belajar. Namun usahanya sampai sekarang belum terhenti. Setiap hari, setiap detik, langkahnya dibuka.

"Perlahan-lahan. Tak payah laju-laju sangat. Bukannya abang kejar," tegur Haziq apabila menyedari langkah isterinya main laju. Tak pasal-pasal dia yang kena kejar.

"Mana ada laju, saya perlahan kut..."

"Perlahan tu macam kura - kura, tau tak? Awak berjalan sekarang macam orang kena kejar hantu."

Adelia terdiam, langkah gadis itu serta-merta terhenti. Kepala terus mendongak sambil memandang lelaki itu. Riak wajahnya berubah serius tanpa secalit senyuman.

"Kalau saya kena kejar hantu, saya tak payah nak pegang-pegang lengan awak macam ni. Mungkin saya dah berlari sampai ke London," ujar gadis muda itu. Tak mahu kalah.

Dalam masa itu juga, terburai tawa Haziq mendengar.

"Sayang, London tu jauh sangat. Kenapa tak berlari masuk ke hati abang?" Pickupline selamat diberikan. Bibir merah jejaka tampan itu lantas menarik senyuman senget. Ternanti-nanti reaksi isterinya.

"Tak blushing pun," jawab Adelia selamba sambil kepala digeleng berulang-ulang kali. Dia langsung tidak makan kata-kata manis suaminya. Haziq yang tidak berpuas hati mengeluh perlahan. Sisi wajah isterinya dipandang dengan tatapan lembut.

Pada masa yang sama, Adelia dapat merasakan bagaimana anak mata itu menikam wajahnya. Tajam. Bahkan terasa bagaimana hangatnya ketajaman mata lelaki itu.

"Kenapa keras sangat badan awak ni?" Tegur Haziq.

"Mana ada keras."

"Keras. Macam robot." Perli lelaki itu menyebabkan Adelia mengigit bahagian bawah bibirnya dengan rapat. Senang aje mulut Haziq nak cakap dia robot.

"Yang robot tu awak. Bukan saya."

"Yeke? Habistu advance betul robot ni ada perasaan?" Haziq angkat sebelah keningnya. Setiap perkataan yang keluar daripada mulut isterinya memancing kata-kata yang ada di dalam benak kepalanya sekarang. Ingat dia nak kalah ke? Tak mungkin.

"Kalau betullah abang ni robot. Robot mana ada perasaan. Ini siap panggil sayang, itu bukan robot dah namanya."

"Eh, sshh!" Tangannya naik menekup mulut Haziq. Bertambah-tambah dia malu bila Haziq seolah-olah mengusiknya. Bukan setakat geram, sakit hati pun ada.

Nasiblah dapat suami kaki usik. Setiap hari sakit hati!

 Setiap hari sakit hati!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 Where stories live. Discover now