MTHR |14

6.4K 304 12
                                    

"BOLEH tak jangan pandang saya macam tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BOLEH tak jangan pandang saya macam tu." Sedari tadi, Haziq hanya merenung sisi wajahnya dengan keadaan tubuh menyiring menghadap Adelia. Sesekali Haziq tongkat kepala menggunakan tangan. Tak senang nak tidur.

"Tidur aje lah, abang tak kacau. I just looking at you." kata lelaki itu sambil pamerkan senyuman. Entah kali ke berapa sudah Haziq nak tersenyum di depannya. Dia pula sudah jenuh melihat senyuman tampan yang lagikan menawan itu.

"Tak ada benda pelik pun kat muka saya." Mata dipejam. Tak mahu membuka mata, takut-takut tergoda lagi.

"Nope, there's something weird on your face. Something that drew me to approach you and stare at you. It only happens to you and only you can make me fall in love." lelaki itu berbisik halus dengan ayat manisnya. Adelia yang mendengar berusaha untuk menahan bibir daripada mengukirkan senyuman.

Cair? Perempuan mana aje tak cair dengan ayat manis. Lebih-lebih lagi lelaki yang pandai mengayat seperti Haziq.

"Kalau nak senyum tu, senyum aje la. Tak payah nak tahan-tahan."

Mana ada saya senyum," nafi Adelia. Mata masih dipejam, kedua-dua tangannya diletakkan di atas perut. Otot-otot wajah ditahan daripada bergerak-gerak. Dalam masa itu juga, Haziq sengaja mendekatkan tubuhnya dengan Adelia. Masih berusaha ingin meruntuhkan tembok ego isterinya, biar gadis itu jatuh hati dengannya. Yes, senang cerita. Misi pikat isteri.

"Sayang..." tiba-tiba satu bisikan menerpa di telinga. Pingganya Adelia dirangkul begitu erat.

"A-Apa ni?" Adelia panik. Mata yang terpejam tadi, terbuka luas. Dada bidang suaminya mulai ditolak menjauh. Naik merenag bulu roma bila Haziq mula berperangai seperti kucing manja.

"Sayang..."

"Saya bukan sayang nak dipanggil macam tu," marah Adelia. Tajam sungguh mata gadis itu. Geli? Gedik? Ya, semuanya ada pada suaminya, Tengku Haziq Rafael.

"Habistu nak abang panggil apa? Sweetie? Darling? Honey? Hm? Bagitahu abang, abang okey aje kalau Adel nak abang panggil mana-mana panggilan. Lagi abang suka." Katanya dengan senyuman.

Lagi! Senyuman. Dia tahu ke dia tu handsome, perempuan mana aje tak cair tengok senyuman itu.

"Tak payah panggil apa-apa. 'Saya' 'awak' selesai."

"Mana boleh, abang tak nak macam tu. Okey, macam ni. Abang nak Adel panggil abang dengan panggilan 'abang'. Then, abang pula panggil Adel dengan panggilan 'sayang'. Boleh kan?"

Adelia sudah pamer wajah penuh menyampah. Bila masa lagi dia panggil mesra macam itu. Kalau orang lain yang mendengar, mungkin sudah tergelak sampai ke negara orang.

"Okey sayang. Panggil abang sekarang," arah Haziq.

"Taknak." Kepalanya digeleng berulang-ulang kali. Jangan harap!

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 Where stories live. Discover now