Diana
Hujan diluar membangunkan aku .Aku tidur nyenyak dari semalam dan pagi itu kesejukan dialaminya. Aku lambat lambat bangun mengenangkan hari ini aku masih bercuti. Tangan pantas mengambil segelas cawan dan membancuh teh . Sambil itu mataku melilau mencari dimana aku meletakkan telefonku.
Bunyi deringan telefon itu menyedarkanku. Rupa rupanya di bawah bantal. Aku segera mengambilnya.Panggilan daripada Razif.
"Morning bae"
"Morning, kenapa baru ada ni? Saya call awak dari tadi,awak tak jawab.Awak kemana sayang"
"Saya baru bangun.Maaf bae"
"Yalah, jadi tak keluar petang nanti sayang"
"Ya.Nanti bae ambil saya tau"
"Okey,siap cantik cantik.Bae sayang awak"
"Love you"
"Love you too"
Panggilan dimatikan.Telefon aku letakkan di atas tilam.Aku menghirup teh panas sambil ditemani hujan yang makin lebat. Razif ,Razif.
Lelaki yang sangat menyayangiku. Dia sentiasa bersama aku . Aku faham naluri untuk bersatu, namun Razif masih banyak tanggungjawab yang harus dipikul. Razif ada tiga orang adik yang harus disekolahkan lagi. Razif sudah lama tiada ayah. Hanya ada ibu dan 6 anak termasuk Razif. Tiga sudah bekerja dan tiga masih bersekolah. Razif satu satunya anak lelaki dan anak sulung dalam keluarga tersebut. Berkali kali dia memohon maaf kerana terpaksa menunda perkahwinan kami. Aku faham. Keluarganya masih memerlukannya.Aku pasrah.
Percintaan kami sudah menginjak ke 13 tahun. Razif memang baik.Sangat baik padaku. Aku juga sangat mencintainya. Razif juga aku ketahui sangat mencintai keluarganya. Menjadi ketua keluarga sangat berat, aku faham .Oleh itu,aku tidak pernah bertanya lagi padanya bila dia akan masuk meminangku. Pertanyaan itu hanya empat tahun lepas aku suarakan. Selepas itu tidak pernah lagi. Trauma aku bertanyakan itu, apabila di hari ulangtahun percintaan kami , adik bongsunya diserang sawan. Pucat wajah Razif menerima perkhabaran itu tatkala kami berdua masih gembira menyambut ulangtahun kami di Genting Highland. Sepantasnya kami berdua menuju ke hospital. Aisya,adik bongsunya dilaporkan stabil.
Berkali kali Razif meminta maaf padaku, aku sangat redha. Aku faham rasa Razif itu.rasa bersalah itu. Razif bercakap sangat lembut. Adik beradiknya sangat menyayanginya. Aku faham Razif. Jangan risau.
Aku segera menghadap laptop.Ingin memastikan tiada email penting yang belum aku balas. Aku wanita biasa sahaja. Seorang guru yang mengajar anak anak murid di salah sebuah sekolah rendah. Ibu aku juga pesara guru manakala abah pesara polis. Mereka tinggal di kampung setelah bersara. Aku cemburu dengan kehidupan biasa mereka.
Awal awal pagi selepas solat subuh, ibu akan memastikan pokok pokok bunganya disiram dan dibaja. Abah pula akan kembali ke rumah selepas jam 7.Mereka berdua akan sama sama meluangkan masa bersama. Adik beradik aku ramai. Semua sudah bekeluarga. Hanya aku selaku anak bongsu yang masih setia begini. Ada teman lelaki,namun jodoh belum bersatu. Aku sangat redha. Aku tahu tanggungjawab bekeluarga sangat besar. Aku nampak kepayahan kakak kakak aku yang sukar membesarkan anak anak mereka. Ada suami yang memahami, ada yang lepas tangan, ada yang sekejap saja membantu. Namun mereka tetap menerima kelemahan pasangan mereka masing masing. Tanggungjawab dan cinta itu adalah perkataan yang hadir dalam status perkahwinan.
Tidak cukup dengan sekadar cinta. Aku sangat faham. Razif ,aku juga tidak sedia menggalas tanggungjawab itu. Bangun tidur pun selepas pukul 10. Selepas solat Subuh,terus tidur semula. Bagaimana ingin membina keluarga? Menjaga suami pun belum tentu lepas. Biarlah aku menjadi maksu yang kaya raya menurut segala permintaan anak anak buahku.
Petang itu , Razif menjemputku. Dia masih setia menggunakan Myvi yang dia gunakan semasa belajar dulu semasa kami berdua sama sama menuntut di UPSI. Razif seorang guru juga,namun di sekolah menengah. Kami sama sama tamat belajar dan sama sama mendapat pekerjaan . Razif sangat gigih bekerja separuh masa semasa di universiti.Dapat dia membeli Myvi secondhand waktu itu. Macam macam dilakukannya untuk sama sama meringankan beban ibu nya masa itu. Aku sedaya upaya ingin membantu , Razif tolak.Katanya kalau sudah sekali dibantu,pasti akan berkali kali selepas ini. Razif ada ego sebagai lelaki. Dia malu sekiranya dibantu aku. Sudahnya selepas itu, aku hormat permintaanya. Dia akan usaha sebaiknya demi mendapatkan apa yang dia mahukan.
"Sayang nak cari apa?"
"Saya nak cari barang barang mengajar dekat tempat biasa je Bae. "
"Okey,saya pun sama juga nak cari buku latihan sebab dah nak dekat SPM, ada satu kelas tu,memang diaorang target nak skor"
"Untungnya cikgu Razif jumpa kelas yang rajin macamtu"
"Yalah, kalau kelas satu tu, diaorang pasrah je.Saya tak tahu nak pujuk macam mana lagi"
Aku hanya tersenyum.Faham maksud itu.
Kami berdua menuju ke tempat makan selepas itu.Tekak benar benar ingin makan Nasi Arab kegemaran aku. Razif terus bangun untuk memesan makanan.Aku duduk dan menyimpan barang barang belian di tepi kerusiku.
Suara kanak kanak menangis dan ketawa di sekelilingku.Aku pandang sekelilingku. Dunia seakan terhenti apabila aku menyaksikan wajah itu. Ya Allah,dia memandangku.Tepat matanya melihat aku.Kami sama sama bertentangan mata. Tiada senyuman yang hadir di raut wajah. Hanya mata bertemu mata. Astaga. Adakah ini hanya mimpi atau pasti.
"Sayang, sayang, sayang"
Panggilan Razif mematikan lamunanku.
"Huh"
"Sayang,saya panggil awak dari tadi, awak tak sedar.Are you okey"
"Ya, saya okey,sorry Bae"
"Maaf,saya ke tandas dulu"
Aku lantas bangun.Berjalan menuju ke tandas .Aku basuh wajahku . Basah tudungku.Benar aku pasti itu dia. Aku lap wajahku menggunakan tisu. Tidak mungkin itu dia. Aku belek wajahku di cermin. Sudah semakin okey.Ini pasti khayalanku.
Aku berjalan menuju ke meja kami berdua tadi.Dari jauh aku lihat Razif sedang berbicara dengan sekumpulan remaja.Itu pasti anak anak muridnya. Aku mengukir tersenyum. Namun langkahku terhenti.
"Diana ,itu awakkan"
YOU ARE READING
Dear,You
RomanceBacaan dewasa sahaja. Pertemuan mereka tidak disengajakan.Hadir tanpa dipinta, berpisah tanpa disedari.Namun memori satu malam itu mengingatkan mereka sehingga seumur hidup. Zafri dan Diana. Kedua duanya sudah dimiliki orang lain.Insan biasa yang me...