Kali ini aku benar benar nekad.Keputusan untuk melepaskan tanggungjawab aku sebagai pendidik aku lakukan dengan persetujuan semua adik beradikku dan ibu serta abah,
"Diana dah pasti.Diana akan lepaskan . Diana akan tolong abah uruskan ladang sawit dia"
"Kalau itu yang acu mahukan, terpulang.Acu dah besar. Acu yang memilih.Kami akan sokong setiap keputusan acu jika itu yang acu nakkan"
Riana tiba tiba bersuara.
"Mama jangan risau,Riana doakan yang terbaik buat mama. Adik adik semua dengar cakap Riana"
"Rafi,Rafa dan Risha semua dengar cakap Kakak?"
"Ya, jangan risau.Kalau mama sibuk dekat ladang, Riana boleh tolong tengok tengokkan."
Ketawa terbahak bahak mereka mendengar celoteh Riana yang mencuit hati. Riana kakak yang sangat baik. Pandai menjaga adik adiknya dan bermain dengan mereka.
***
Beberapa tahun kemudian,
"Mama mama,sini"
"Ya Allah,Bila kakak sampai?"
"Baru je. Mak Long yang hantar kakak disini"
"Kenapa tak bagitahu mama, Mama boleh je berhenti sekejap tadi"
"Kakak seronok tengok mama bagi kembing kambing dan lembu mama mandi tadi"
"Itulah, ni yang nama Putih ni,bermain main dekat area sebelah sana tadi. Tempat lopak air besar tu.Main dengan air tanah.Mama panggil tak nak balik.Nasib ada abang Yassin tolong mama masukkan dalam kandang tadi"
Riana ketawa melihat aku yang berbicara mengenai kambing kambingku.Semua ada nama yang diberikan untuk senang mengingat binatang binatang ternakan yang sudah aku mulai empat tahun lepas. Perniagaan ini yang sangat membuka mataku untuk menjadi penternak yang berjaya. Riana sudah berusia 16 tahun.Sudah remaja dan sangat cantik orangnya. Adik adiknya ada di rumah bersama nenek dan atuk mereka.
Perniagaan rumah sewa sentiasa mendapat sambutan .Razeki aku dan acik,hometsay kami mempunyai tempahan penuh sehingga hujung tahun. Pembinaan yang siap beberapa tahun lepas menjadikan kami berdua sangat teruja . Habis simpanan yang dilaburkan ,aku ambil keputusan drastik meminjam seratus ribu dari bank untuk menternak kambing dan lembu pula.Aku beli beberapa pasang kambing dan lembu sebagai permulaan untuk dibiakkan. Kata acik ini risiko berniaga . Kami berdua sepakat untuk menggunakan tanah ibu untuk dijadikan ladang ternakan. Makan masa dua tahun kami berdua berjaya membayar semula nilai tanah ibu. Bukannya apa, kami berdua tidak selesa kerana tidak adil jika kami menggunakan tanah ibu tanpa membayar apa apa.Apa kata adik beradik lain kelak. Nasiblah razeki kami berdua , kami berdua berjaya membiakkan lebih banyak kambing dan lembu selepas itu. Hari raya Aidil adha menjadi kemuncaknya apabila kami berdua berjaya menjual berpuluh kambing dan berbelas lembu.
Acik sudah meninggalkan kerjayanya sebagai anak kapal . Aku pula sangat gembira menjadi penternak dan peladang . Projek dua tahun lepas, aku dan acik telah menanam kelapa sawit di tanah milik Angah. Kami berdua sepakat membelinya dari Angah. Angah senang hati menjualnya pada kami berdua. Hasilnya kami mungkin akan boleh menuai hasilnya dalam setengah tahun lagi. Angah ambil keputusan untuk menjadi ustaz di salah sebuah jabatan kerajaan di tempat kelahiran isterinya .Katanya dia mahu fokus menjaga anak anak dan isterinya. Tidak mahu kejadian sama berulang. Kak Ngah sembuh sepenuhnya dan melahirkan seorang anak lagi selepas itu.
"Kakak,lepas ni kita balik.Kejap lagi abang Yassin akan tutup kandang ni.Mama dah berbau sangat ni sayang."
"Okey mama.Jom kita balik.Guna ni"
"Yalah sayang"
Kenderaan utiliti tiga roda yang kerap aku gunakan untuk mengambil rumput rumput buat makanan haiwan ternakan digunakan oleh aku dan Riana untuk balik ke rumah. Aku masih tinggal bersama ibu dan abah. Rumah yang telah aku bina di belakang tanah ibu dan abah akan siap sedikit masa lagi. Tidak aku sangka aku akan menjadi seorang pemilik homestay, peladang dan penternak akhirnya.Jalan yang aku pilih ini adalah keputusan aku sendiri dan aku tidak pernah menyesalinya. Aku malah lebih gembira dan mampu melupakan kesakitan yang aku alami bertahun tahun. Walau tidak mudah perjalanan aku dan Acik ,kami sama sama membantu sesama sendiri dan menolak sesama diri ke hadapan untuk mencapai tujuan hidup kami. Acik sentiasa bersama dengan aku di jalan penuh liku ini.
***
"Mana 3 R mama?"
Pertanyaan Riana sama dengan persoalanku.Aku mencari cari di sekeliling rumah.Tiada.
"Ibu ,ibu.Mana tiga beradik ni bu?" aku bertanyakan pada ibuku yang sedang memasak di luar.
"Macam biasalah. Ikut acik kamu pergi homestay. Acik pergi cek rumah lepas tetamu cekout tadi"
"Ala, dah makan ke mereka semua"
"Acik cakap nak bawa mereka makan KFC tadi"
"Makan KFC lagi 3 beradik tu"
"Kesukaan mereka sangat"
"Kalau macamtu acu masuk bilik dulu.Acu nak mandi.Lepas zohor acu makan"
"Yalah. Riana jom ikut nenek sediakan makan tengah hari"
"Baiklah nek"
Aku masuk ke bilik dan ingin terus mandi. Nasib ada Riana yang sentiasa menceriakan ibu dan abah jika aku tiada. Riana bersekolah di sekolah menengah yang tidak jauh dari rumah Acik. Abah dan ibu sangat menyayangi Riana. Mereka akan menjemputnya balik dari sekolah. Ketiga tiga kembar aku pula akan dijemput oleh acik. Tugasku adalah menghantar mereka berempat bersekolah setiap pagi. Semua sangat memberikan kerjasama dalam perjalanan hidup aku selama mana kembar aku tidak mendapat kasih sayang seorang ayah sebenar. Menumpang kasih sayang abah dan Acik,sudah cukup bagi aku. Mengingat semula lelaki itu buat aku loya dan benci.
*Tolong komen dan tekan vote ya*
YOU ARE READING
Dear,You
RomanceBacaan dewasa sahaja. Pertemuan mereka tidak disengajakan.Hadir tanpa dipinta, berpisah tanpa disedari.Namun memori satu malam itu mengingatkan mereka sehingga seumur hidup. Zafri dan Diana. Kedua duanya sudah dimiliki orang lain.Insan biasa yang me...