Bab 21

425 33 3
                                    


Awal pagi Ahad itu, kami berdua sudah berangkat balik selepas Subuh. Tidak keruan aku dan Riana untuk keluar lagi selepas berjumpa Alang dan keluarganya semalam.Mati aku kalau Alang tahu rahsia aku selama ini.

Aku dan Riana sampai ke rumah dalam tengah hari. Sempat aku singgah untuk membeli makanan tadi . Riana menyambung tidur di bilik semula.Aku sibuk mencuci baju .

Kring kring

Aku mengambil telefon di atas meja. Along yang menelefonku.Hatiku rasa sangat tidak enak.Aku biarkan panggilan itu tidak berjawab.

Tidak lama selepas itu , dia menghubungiku semula.Aku matikan telefon selepas itu. Aku tak sedia.

Esoknya kami berdua turun awal ke sekolah.Riana sangat gembira dengan percutian hujung minggu itu.Aku pula sedikit keletihan ,namun apabila melihat senyuman dan ketawa Riana ia hilang.

***

Ketika aku keluar dari sekolah tengah hari tadi,aku rasa ada sebuah Bezza Biru mengikut kereta aku dan Riana. Puas aku cuba berfikiran positif,seakan akan ada orang mengekori kami berdua. Aku pujuk hatiku,mungkin kebetulan.

Esoknya,masih juga aku lihat Bezza itu mengekori kami berdua semasa aku keluar dari taman perumahan.Aku takut.Aku cuba sembunyikan ketakutan aku. Risau keselamatan kami berdua.

Balik itu, apabila aku lihat Bezza itu masih mengekori aku,aku masuk ke Balai Polis Selayang. Biar dia tahu aku tidak main main.Aku tahu dia akan berhenti mengekori kami berdua. Riana hairan,namun aku katakan ,aku sengaja mahu melihat bangunan balai polis. Riana hanya ketawa dengan aku.

"Riana fikir, mama nak jumpa polis"

"Tak sayang,mama nak tengok bangunan balai polis je"

Sesudahnya aku dapati, beberapa hari kemudian,tiada lagi Bezza Biru itu mengekori kami berdua.

***

Selepas 2 bulan perkahwinan Zafri dan isterinya, aku masih tiada berita darinya.Mungkin tengah gembira.Pengantin barulah katakan. Aku dan Riana gembira menjalani hidup berdua. Tiada apa yang hendak difikirkan,fokus menjaga anak sahaja. 

Riana pun tidak bertanya keberadaan papanya.Mungkin dia mengerti papanya sudah ada keluarga baru.

Kami berdua dalam perjalanan balik ke rumah setelah singgah di pasaraya membeli barang keperluan tadi. Ada tiga buah kereta parkir di hadapan rumahku.Siapa ni?.Mungkin jiran sebelah ada kenduri.

Aku minta Riana supaya kekal di tempat duduknya.Aku mengambil gugusan kunci untuk membuka pagar rumah. Setelah pagar dibuka,aku terkejut melihat Along,Alang, Acik, Andak dan sudah tentu ibu dan abah ada sekali.

"Acu,apa ni?" 

Kelihatan Riana dipegang erat oleh Andak.

"Kita masuk dulu" pinta Alang.

Kami semua masuk ke dalam rumahku.Masing masing mengambil tempat duduk masing masing.

Aku menuju ke dapur.Berniat untuk menyediakan minuman buat mereka.

Along menghampiriku.

"Kau duduk sana.Nanti Along buat"

Perlahan lahan aku  mengambil tempat duduk di sebelah Acik. Riana sudah dalam dakapanku. Aku tahu Riana pasti ingin tahu siapa mereka semua ini. 

Abah memandangku.

"Anak siapa ni Diana?"

Aku masih diam membisu.

"Anak siapa ni Diana?"

Suara abah keras sedikit kali ini.

"Saya anak mama" jawab Riana.

Dear,YouWhere stories live. Discover now