Bab 69

440 32 2
                                    

Dear ,You....Diana

Abang minta maaf selama ini abang telah menyeksa jiwa ,zahir dan batin awak. Abang rasa bersalah pada awak selama mana abang tidak mampu bercakap dengan awak. Abang takut selama ini kata kata abang akan menghancurkan hati awak. Abang terlalu sayangkan awak sangat sangat.Abang sentiasa nak yang terbaik buat awak. Abang nak awak bahagia, tapi abang tak sedar selama abang lukakan hati awak. Terima kasih kerana bertahan dengan abang. Terima kasih kerana cinta awak untuk abang. Abang sangat bertuah memiliki awak selama ini. Awak terima abang seadanya. Tidak akan ada wanita lain sebaik awak untuk abang. Abang cintakan awak dunia akhirat. Semoga kita berdua melalui perjalanan ini bersama sama hingga akhir hayat kita. Abang cintakan awak setulus hati abang.

Yang benar,

Zafri Shah

***

Surat yang dikepilkan dalam album gambar itu aku letakkan semula ke dalam album. Sungguh hatiku sayu. Aku tidak tahu sejak bila surat itu di situ. Aku sungguh tidak menyangka Zafri boleh menulis surat padaku. Kenapa dia tidak pernah memberitahuku selama ini. Aku tidak pasti. 

"Kenapa sayang nangis ni. Abang tak marah sayang pun?"

Aku menyeka air mataku. 

"Eh,abang. Bila abang datang?"

"Baru je. Kenapa nangis ni?"

Aku perhati wajah Zafri. Aku tersenyum padanya.

"Bila abang tulis surat yang abang letak dalam album gambar tu?"

"Apa sayang cakap?"

"Bila abang tulis surat ,lepas tu abang letak dalam album gambar?"

Zafri tersenyum padaku.

"Adalah.Mana boleh bagitahu"

"Abang cakap cepat"

"Tak nak"

"Abang......."

Zafri ketawa melihat wajahku yang masih berteka teki. Dia menghempaskan diri baring di atas tilam. Aku pula masih di tepi katil menunggu jawapan darinya.

"Abang tulis masa kita balik dari Sabah?"

"Huh,lamanya"

"Ya. Sayang yang tak perasan"

"Abang tak cakap"

Zafri hanya tersenyum padaku.

"Sini,baring sebelah abang"

Zafri menepuk cadar memberi isyarat untuk berbaring di sebelahnya.Aku menuju ke arahnya dan berbaring pada lengannya.

"Abang tahu awak kecewa dengan abang waktu tu. Abang tak tahu nak buat macam mana. Abang pun terkilan sebab tak mampu pujuk awak masa awak pengsan sebab ular tu. Abang rasa bersalah sangat.Maafkan abang ya"

"Tapi saya dengar suara abang.Tu memang abang ke yang jerit nama saya?"

"Ya, memang abang yang jerit"

"Lepastu, kenapa abang diam balik"

"Abang tak mampu nak bercakap lepas tu"

"Habis kenapa masa saya dekat sungai abang boleh bercakap sampai sekarang?"

"Abang dah sedia betul betul sepenuh hati abang. Abang memang nak pujuk awak dan perjuangkan hubungan kita"

"Oh, masa dekat Sabah tak sayang sangatlah.Dekat sungai baru sayang betul betul?"

Pertanyaan aku membuatkan Zafri ketawa terbahak bahak.

"Sayang dah training bagaimana mengusik abang ya?"

"Tak, saya serius ni abang. Abang cakap betul betul"

"Sayang, macam mana situasi,keadaan dan masa abang tetap sayangkan awak sangat sangat. Cumanya waktu tu abang masih tak ready nak bercakap. "

"Seronok ya abang. Ada masa ready tak ready. Saya ni macam mana. Berhabuk tunggu abang"

"Ala,merajuk pula dia. Janganlah buat abang macam ni"

"Saya nak merajuk"

"Serius ke nak merajuk?"

"Ya,saya serius"

"Kenapa makin comel merajuk ni?"

"Abang jangan nak macam macam. Saya marah ni?"

"Ala,marah pulak. Ni abang tengok muka marah. Cantiknya isteri abang"

"Abang jangan nak macam macam"

Zafri menggenggam erat kedua dua tanganku.

"Tengok abang.Tengok sekarang"

Aku elak pandangan mata Zafri.

"Sayang, tengok abang"

Aku kalah dalam pandangan mata terhadap Zafri. Dia memandangku dan tersenyum padaku.

"I love you so much sayang"

"I love you too abang"

Dua hati bersatu . Jiwa yang terpisah selama ini akhirnya bercantum juga. Diana cintakan abang sehingga hujung nyawa Diana.

***

Semenjak beberapa minggu ini Zafri tidak mengikutku ke ladang. Hanya apabila tengah hari ,baru dia datang. Aku nampak perubahan fizikal Zafri. Dia kerap demam. Setiap pagi ,aku yang akan bangun menyediakan sarapan buat anak anak. Kalau dahulu Zafri yang akan menyiapkan segala keperluan mereka. Zafri akan berlingkar di atas katil selepas solat subuh. 

"Abang okey ke ni?"

"Abang tak larat la. Tengah hari nanti abang pergi ladang boleh tak?"

"Yala. Abang hati hati tau. Nanti saya kunci rumah. Anak anak semua acik hantar dan jemput hari ni"

"Yala.Hati hati sayang"

"Baiklah. Jaga diri abang"

Aku berlalu pergi. Wajah Zafri benar benar pucat. Sudah aku maklumkan pada ibu dan abah tentang keadaan Zafri.Minta mereka tengok tengokkan Zafri .

***

"Diana, boleh balik sekarang tak?"

Panggilan telefon dari abah mengejutkan aku .

"Kenapa bah?"

"Abah di hospital ni .Zafri kena demam panas sampai muntah muntah ni"

"Yala. Dalam sejam Diana sampai"

"Yala.Hati hati"

Panggilan dimatikan .Aku benar benar risau. 

"Abang Yassin. Saya jalan dulu. Apa apa call saya ya"

"Baiklah puan"

Aku meninggalkan ladang dan terus balik ke rumah.Berniat untuk mandi setelah seharian di ladang.

***

Setibanya aku di hospital  Zafri sedang makan bubur jagung dan disuap oleh ibu.

"Abang okey ke ni?"

Zafri menganggukan kepala.

"Ibu , ibu duduklah. Nanti acu suapkan"

"Yalah. Yalah"

Aku mengambil sudu dan semangkuk bubur dan menyuapkan pada Zafri.

"Ibu, kalau ibu buat rendang daging nanti.Boleh tak.Zaf nak makan dengan ketupat sekali"

"Kalau boleh buat menu nasi minyak .Zafri punya tekak nak sangat makan macam ibu masak raya haji hari tu"

Serta merta pandangan aku, ibu dan abah bersatu.

Serius ke Zafri?


*Jangan lupa tekan komen dan vote.  Sayang korang semua*


Dear,YouWhere stories live. Discover now