Bab 48

363 49 5
                                    

Aku buntu.Zafri hilang di lapangan terbang. Ya Allah, mana Zafri? Aku sudah tidak mampu untuk menyembunyikan perasaanku lagi. Tangisan aku sudah tidak mampu aku hentikan.

Aku terduduk tertunduk di tengah tengah lapangan Senai. Tiada apa apa mampu aku ungkapkan.Tiba tiba rasa putus asa itu muncul lagi. Ya Allah,kuatkan aku.

Lama aku begitu. Aku bangun perlahan lahan. Walau aku masih lemah. Penerbangan sejam lagi. Aku mahu ke tandas dahulu.Berniat ingin membasuh wajahku.

Kelihatan seseorang berdiri tegak membawa sebuah beg berdiri tidak jauh dari situ. Dia kaku disitu memandangku. Ya Allah, alhamdulilah .Zafri disitu.Aku berlari mendapatkannya.

"Abang pergi mana? Saya cari abang, abang tak ada. Saya benar benar risau. Ya Allah ,abang jangan buat saya macam ni lagi. Saya risau abang"

Dia hanya melihatku. Aku tersenyum padanya. Dia mengalihkan pandangannya selepas itu. Biarlah Zafri. Ambillah selama mana kau mahu.Asalkan kau ada di depan mataku.

***

"Abang, kita akan balik ke rumah kita. Anak anak kita sedang tunggu abang"

Dia hanya kaku. Tiada riak muka. Hanya pandangan mata kosong . Dia memandangku kadang kadang.Namun dia tidak menunjukkan apa apa perasaan. Apa yang dia fikirkan hanya Allah yang tahu.

Dalam penerbangan menuju ke Kuala Lumpur , Aku melentokkan kepalaku di bahunya sambil aku genggam erat tangannya. Dia tidak melawan dan tidak membalas. Hanya membiarkan aku dengan segala tindakan aku. Hanya Allah yang tahu perasaanya tika ini.

***

Kami berdua dijemput oleh Along dan suaminya. Di kala Along mencuba bercakap dengan Zafri, aku gelengkan kepalaku. Minta along memberi ruang pada Zafri.Beri Zafri peluang untuk
biasakan diri.Kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku pada Zafri. 

***

Kedatangan Zafri benar benar membuatkan Riana nangis teresak esak.Puas aku pujuk ,dia peluk erat Zafri. Zafri seperti selalu.Kaku. Tiada respon .Semua ahli keluargaku tidak sanggup melihat keperitan Riana yang menunggu papanya sekian lama. Lama dia menangis. Aku peluk erat dirinya. Minta dia bersabar dan beri papanya ruang dan masa.

"Sayang mama, beri papa masa.Papa perlu ruang. Alhamdulilah papa kembali pada kita semula sayang"

"Papa tak ingat Riana ke pa?"

Zafri tidak memandang Riana. Pandangan hanya lurus. Ya Allah,kuatkan hati puteriku. Aku tahu dia kuat .

***

"Abang, ini rumah kita. Saya dah tinggalkan kerjaya sebagai cikgu . Sekarang saya hanya peladang dan penternak bang. Saya harap abang faham. Rumah ini saya bina untuk anak anak kita selesa dan keluarga kita. Abang, saya harap abang selesa disini.Ini bilik kita. Abang baringlah dulu .Mungkin abang penat"

Dia berjalan menuju ke rak buku yang menempatkan beberapa foto album. Dibukanya dan aku hanya melihat dari jauh. Dia sedang melihat gambar anak anak kembar kami semasa di usia setahun. Dia membelek satu lagi album gambar iaitu gambar gambar Riana menginjak usia remaja. Aku beri dia ruang. Aku hanya memandang dari tepi . Selepas itu dia membelek gambar gambar perkahwinan kami berdua. Sejurus selepas itu dia memandang tepat wajahku. Ya, pandangan itu mendalam.Tidak seperti semalam. 

"Abang, abang okey tak?"

Dia berlalu dan menuju ke bilik tetamu meninggalkan aku.

Zafri!

***

"Okey kesayangan mama semua, Rafi, Rafa dan Risha . Ini papa kamu semua. Papa selama ini ada kerja yang perlu dia uruskan. Jadi papa dah free sekarang dan kembali dengan kita dan akan tinggal dengan kita"

"Oh,inilah yang Kakak cakap selama ini"

"Ya, jadi mama mahu kamu semua salam dengan papa .Cium tangan sekali okey"

"Tapi mama, Risha tak kenal ni siapa"

"Risha,ni papa kita lah. Kenapa tanya lagi?"

Jawapan Rafi mendiamkan aku .

"Betullah kakak cakap selama ni.Cuma kita je tak pernah jumpa papa" kata Rafa.

"Kita ada papalah , kita je yang tak tahu kan?".

Kenyataan Rafi juga tidak mampu aku jawab.

Aku pandang Zafri yang sedang memerhatikan kembar tiga .Ada yang memeluk dari belakang. Ada yang menyentuh wajahnya, ada juga yang sedang menarik telinga Zafri.

"Kamu bertiga ni, salam tangan papa.Bukan kacau papa"

"Ala mama ni, kita buat dekat acik macamni,acik okey je.Siap ketawa lagi"

"Amboi kamu Rafi. Acik tu lain,ni papa kamu."

"Papa tak nak cakap dengan kami,jadi kami bercakap dengan papa dengan cara macamnilah mama"

Aku hanya menggeleng gelengkan kepala. Aku menghampiri Zafri. 

"Abang, ini anak anak kembar kita. Ini Rafi,Risha dan Rafa"

Zafri hanya kaku di situ. Mereka bertiga tetap teruja bermain dengan Zafri walau Zafri tidak menunjukkan apa apa respon.

***

Setiap apa yang aku minta, Zafri akan menurut . Tidak pernah sama sekali dia melakukan perkara yang bertentangan dengan apa aku mahukan. Disuruh makan, dia makan. Disuruh mandi dia mandi. Disuruh tidur ,dia tidur. Aku tidak tahu lagi bagaimana mahu berkomunikasi dengannya. Kadang kadang aku minta dia menidurkan mereka bertiga. Dia lakukan juga dengan menepuk nepuk belakang mereka. Yang pasti dia diam. Kadang kadang Riana pun kecil hati apabila Riana minta dia menjawab pertanyaan Riana. dia diam. Aku pujuk Riana. Biarlah papa begitu, asalkan papa ada di depan mata kita. Riana angguk kepala, Seakan akan cuba memujuk dirinya sendiri. Kami berdua harus pasrah.

***

 Dua minggu berlalu , kembar tiga sudah boleh membiasakan diri dengan kehadiran Zafri di rumah itu. Nasib juga abah ada di sebelah meninjau keadaan Zafri yang berseorangan di rumah jika aku ke ladang. Dalam tengah hari, aku akan balik. Kata abah ,Zafri akan bercucuk tanam di belakang rumah setiap pagi selepas rumah sunyi. Mungkin untuk menghabiskan masa kerana bosan. Aku sediakan peralatan bercucuk tanam untuknya. Sudah nampak tunas pada hasil tanaman Zafri . Petang pula Zafri akan ikut abah ke masjid. Selepas itu dia akan melihat kembar tiga itu bermain main di perkarangan rumah. Maghrib dan Isyak Zafri akan ikut abah semula ke masjid. Dia sudah tercegat menunggu di depan pintu rumah abah dan ibu. Rutin yang sama. Dia diam ,mengunci bicara. Abah sudah lali. Aku pula sama sahaja seperti abah. Tidak tahu bagaimana lagi, aku pasrah dengan keadaan ini. Zafri di depan mata kami sudah cukup untuk menggembirakan aku dan anak anak ku.


*Tolong tekan komen dan vote ya *



Dear,YouWhere stories live. Discover now