Bab 26

456 38 8
                                    

Kami sampai di George Town ketika jam 3 petang. Kami mendaftar masuk ke sebuah hotel 4 bintang.Perut aku benar benar lapar.Zafri boleh buat muka tidak tahu,padahal perut aku berbunyi bunyi dari tadi. 

"Jom"

Aku mengikutinya dari belakang.Mengheret bagasi hitam yang membawa barang barang keperluanku.Zafri hanya membawa bagpack . Dia menekan lif menuju ke Tingkat 12. Aku berdiri di belakangnya .Perut aku berbunyi lagi.Kedengaran seluruh lif.

"Kau lapar sangat ke"

"Yalah. "

"Lepas ni kita pergi makan.Aku nak mandi,badan aku melekit sangat"

"Okey"

Sesampainya di bilik Zafri meletakkan beg di atas katil. Aku masih berdiri di depan pintu.

"Kau kenapa Diana?"

Aku masih berdiri tegak.

"Boleh tak kau jangan naif sangat. Kau nak malu apa dengan aku. Kau ada anak dengan aku .Semua tubuh badan kau,aku dah nampak.Aku dah rasa.Dah dah la tu Diana.Buat macam biasa.Kau akan hidup dengan aku sampai bila bila."

Aku melangkah ke arah Zafri. 

"Awak cakap tak payah malu malu dengan awak kan"

"Yalah"

"Tepi, saya nak mandi dulu. Awak tunggu luar. "

Zafri terpinga pinga.

"Tuala saya ,bawa sini"

Zafri masih kaku.

"Mintak "

Dia menyerahkan tuala yang tersedia di atas katil padaku. 

"Lepas ni, lepas solat, awak jangan tak bawa saya makan.Kalau awak taknak,saya pergi sendiri makan sorang sorang"

Aku menutup bilik mandi selepas itu.Puas hatiku. Dia cakap aku naif.Kalau naif,mana nak dapatnya Riana tu.Aku cuma kekok.Dah dia nakkan aku supaya jadi aku,baik,aku boleh lakukan.Siapa dulu yang terkejut nanti.

Selepas mandi, aku terasa sangat segar.Namun baju yang aku pakai tadi basah sudah.Ya Allah. Macam mana aku nak keluar ni?

Aku hela nafas dalam dalam. Dia suka sangat lihat aku tak segan dengannya kan. Kalau tak dicop sebagai naif sebab segan dan kekok.Biarlah. 

Aku tutup rambut dengan gulungan tuala. Tuala di badan pun sudah aku ikat.Aku melangkah keluar dari bilik mandi. Biar, kita lihat siapa dulu terkejut ni.

Zafri terkejut dengan aku. Tiada kata kata yang keluar dari mulut berbisanya.Aku membuka bagasi yang telah aku letak di atas meja.  Aku tahu dia sedang memerhatikan aku.

"Awak tak mandi ke ?"

"Tak,ke...kejap. Ya..lepas ni saya mandi"

Ha.Tahu tergagap gagap.Nak sangat aku tak segan padanya kan.

"Mandilah sekarang" sambil aku mencari baju untuk dipakai.

Kedengaran dia menutup bilik mandi. Namun tidak lama selepas itu,dia keluar semula .

"Diana, kau milik aku"

***

Solat Zuhur yang sudah terbabas, Asar yang menunggu penghujungnya menyebabkan aku bingkas bangun.Zafri masih tidur .Puas aku bangunkan dia,namun dia masih tidur.

Ya,Zafri memang tidak mampu mengawal diri apabila bersendirian dengan aku. Tidak mampu aku kawal betapa Zafri mengingini aku.  Tipu aku cakap, aku tidak mahu. Tipu. Ya, dia lelaki yang mampu menakluki aku. Dia. Tapi kali ini,sah. Aku serahkan diri aku penuh kerelaan tanpa rasa bersalah lagi.Ya, itu suami aku dan lelaki yang sangat aku rindukan.

Aku solat sendirian .Aku minta room servis. Aku memesan fish and chips. Bolehlah buat menggalas perut aku yang baru terisi. Zafri pula aku pesan Nasi Arab buatnya. Dia memang jenis yang makan berat .

Jam menunjukkan pukul 6.15 petang.

"Awak,bangunlah."

Zafri sudah membuka matanya.

"Awak nak meeting lepas ni kan?"

Dia tidak menjawab pertanyaanku .Dia bangun dan menuju ke bilik air. Tidak lama kemudian dia mengambil tempat duduk di depanku. Seakan akan tiada apa apa berlaku, dia makan Nasi Arab yang aku pesan tadi.

Aku baru selesai makan.Mencuba menekan remote Tv.Aku mencari saluran tv yang sesuai. 

"Diana, channel sukan Diana"

"Ala"

Aku meletakkan remote tv selepas Zafri mulai leka menonton televisyen.

Aku menuju ke tepi katil mengambil handphoneku.

Cuba untuk membuka instagram.Mana tahu ada berita baru dikongsikan.

"Diana,mintak air"

Air ada di belakang tempat Zafri duduk,masih juga nak memanggil aku.

Aku bangun dan membuka tudung botol.

"Nah"

Aku duduk semula di tepi katil.Jam menunjukkan 6.45 petang.Zafri masih leka menonton tv.

"Awak, tak lama lagi Pukul 7"

"Ala,biarlah. "

"Tak,sekarang betul awak ada meeting ni Zaf"

"Ada,meeting dengan kau lah"

"Apa awak cakap?"

"Meeting dengan kau"

"Zaf,awak tipu saya?"

"Tak, saya tak tipu.Memang kita berdua tengah meeting sekarang ni"

"Ya Allah. Zaf. Ish"

Zafri ketawa terbahak bahak.

Senangnya kau menipu aku Zafri Shah.Zafri bangun dan menuju ke tandas.Dia kembali selepas itu sambil memerhatikan aku yang berbaju kelawar di atas katil.

"Malam ni, aku janjikan malam yang indah untuk kau"

"No, taknak.No way"

Dia menghampiriku.

"Kau cakap apa tadi?"

"No way Zaf"

Dia memeluk aku .

"Taknak.Awak busuk"

"Okey,fine.Aku mandi dulu. Tunggu kau Diana"

Aku menutup wajahku dengan bantal. 

"No way Zafri" jeritku.

"Apa kau cakap?"


*Bagaimana guys.Sudah 26 bab.Komen kalian.Please.*

*Jangan lupa komen dan vote*


Dear,YouWhere stories live. Discover now