Bab 6

724 21 0
                                    

Malam itu aku tidur di sofa. Zafri sudah tidur sejak pukul 2 pagi selepas dia neb pada tengah malam.Selesai neb,dia terus merebahkan diri.Aku pura pura tidur padahal aku sedang berusaha mengelak diri dari bertemu mata dengan Zafri sejak kucupan di dahi tadi.Aku benar benar keliru. Hati aku tidak keruan. Aku malu.

"Diana, awak bangun ke"

Suara itu mengejutkan pejaman mataku.Serta merta aku memandang dirinya dalam samar samar gelap.

"Ya.Kenapa?"

"Saya sedar kita berdua dikuasai godaan syaitan. Mulut kata sahabat . Tapi hati kata lain.Awak akuinya Diana?"

Aku terdiam membisu.

"Saya tahu saya buat silap"

Dia mengakui apa yang terjadi antara kami adalah satu kesilapan.

"Saya tak menyesal Diana"

Aku masih kaku membisu.

"Awak nak teruskan hubungan sebegini Diana?"

Aku dihantui rasa bersalah.

Aku menggelengkan kepalaku.

Dia menarik nafas panjang.

"Pandang wajah saya Diana"

Aku kekal tertunduk membisu.

Dia mengangkat wajahku.Aku mengelak pandangan matanya.Aku tahu aku pasti akan kalah.

"Tengok saya Diana"

Aku masih menutup mataku. 

"Cakap pada saya,awak taknak hubungan ini"

Aku masih membisu.

Aku bina kekuatan.

"Maaf Zafri. Awak milik orang lain"

"Awak milik saya sekarang Diana"

"Siapa cakap?"

Awak tengah memegang erat tangan saya sekarang.Bukan dia"

"Awak goda saya Zaf"

"Awak nak saya goda awak betul betul ke Diana?"

Aku menggelengkan kepala.Mencuba melepaskan pegangan tangan itu.Namun tangan aku dan dia masih utuh dalam genggaman.

"Stop it Zaf"

"No, saya tak mampu kawal diri apabila bersama awak Diana"

"Stop it"

Zaf benar benar tidak terkawal. Aku sudah berada dalam dakapannya dalam bilik kelas dua di hospital itu. Aku tewas  dalam godaan syaitan. Aku akhinya menyerahkan diri aku pada seorang lelaki yang baru aku kenali . Maafkan aku Razif,aku tidak suci lagi. Aku wanita murah yang kalah pada lelaki ini. Aku lupa asal usul aku, ada agama.Masih ada ibu dan abah. 

Zafri, aku tewas padamu.

***

"Jangan cari saya lagi. Saya harus pergi"

Aku tinggalkan nota awal pagi itu.Zafri sedang tidur keletihan . Aku tidak sanggup berhadapan dengan Zafri sejak peristiwa malam tadi. Aku sudah ditakluki olehnya ,dan aku menyedari kesalahan aku. Bukan paksaan,tapi aku yang kalah menyerah diri padanya. Aku sangat malu pada diri aku sendiri. 

Maaf Zafri, aku tidak mahu menemui dirimu lagi.

***

Panggilan telefon Razif menghentikan lamunan aku. Aku sudah ada di rumah ibu dan abah balik menggunakan teksi. Semua barang Zafri sudah aku kemas buat dirinya.

Dear,YouWhere stories live. Discover now