Bab 17

407 31 2
                                    


"Kau masih menawan Diana"

Aku abaikan kenyataan yang hadir di bibir Zafri sebentar tadi.

"Mana Riana Zaf"

"Tidur dalam bilik aku"

"Saya masuk dulu"

Aku cepat cepat masuk ke dalam. Zafri segera memeluk pinggangku.

"Aku pernah cakap kan, kalau kau dengan aku,kau milik aku"

Aku melepaskan pelukan itu.

"Jangan buat gila.Riana nampak dia tak dapat bezakan halal dan haram"

Zafri mengangkat tangan tanda mengalah.

"Saya masuk dulu.Jangan cuba goda saya lagi. "

Zafri ketawa selepas itu. Zafri memang tak pernah serik .Aku benci kau setan.

***

Pagi itu awal aku bersiap. Selepas mengenakan blouse nude dan tudung bewarna krim, aku menghampiri Rania yang sedang menonton televisyen.

"Mama nak balik sayang.Grab dah tunggu dekat bawah,Riana jaga diri baik baik sayang.Nanti kita jumpa lagi"

"Okey mama. take care."

"Nanti makan sarapan yang mama sediakan okey. Ada dekat atas meja.Mama dah masak untuk kamu dan papa ."

"Bye mama"

"Bye sayang.Kunci pintu tau"

Aku segera turun ke tingkat bawah. Banyak yang perlu aku lakukan bila sampai di rumah nanti.Banyak baju yang nak dicuci. Bahan mengajar esok pun belum tersedia. 

***

Selama seminggu sejak percutian aku dan Riana, setiap malam Riana akan menghubungiku melalui panggilan video. Sambil dia bertanyakan beberapa soalan matematik padaku, aku berusaha menerangkannya. 

"Kalau mama di sisi Riana kan best"

"Ya sayang"

"Mama kesinilah"

"Tak boleh sayang. Papa bukan suami mama"

"Mama kahwinlah dengan papa"

"Tak semudah itu sayang"

"Ma..."

"Okey sayang, kita teruskan dengan soalan mana yang Riana kurang faham ya"

"Baiklah mama"

Selesai panggilan video, aku menarik nafas panjang. Sesak dengan soalan itu. Riana tak faham situasi kami berdua. Sukarnya untuk aku berterus terang . Aku bukan sesiapa pada Zafri.

***

Dua bulan berlalu.Riana sudah menerima aku seadanya. Hujung minggu itu aku ambil peluang untuk berjoging.

Ting!

Aku berhenti seketika untuk memeriksa telefonku.

Zafri Shah: Kenapa tak angkat call aku?

Zafri Shah: Call aku sekarang

Aku menerima mesej di instagram aku. Bila masa dia call?

Aku memeriksa telefonku.Tiada sebarang panggilan masuk.

Aku mencuba mendail nombor Zafri.

Tut..tut..

"Hello"

"Ya Zaf,kenapa?"

"Aku try je. Kalau aku tak suruh,kau memang takkan call aku kan?"

"Awak kata saya tak angkat call awak.Bila masa?"

"Aku tahu.Aku memang sengaja"

"Awak memang sengaja kan,usik saya"

"Tak, aku memang ada benda nak beritahu ni"

"Apa?"

"Kejap lagi aku sampai depan rumah kau"

"Saya tengah di taman ni. Joging"

"Taman dekat rumah kau tu ke?"

"Ya."

"Aku jumpa kau disitu lah"

"Okey"

Panggilan dimatikan.Dalam tiga puluh minit kemudian Zafri sampai. Aku pula baru selesai membuat dua pusingan taman. Termengah mengah aku rasa ,aku mengambil tempat duduk di sebelah Zafri. Dia memandang jauh ke tasik.Aku pula sedang mengelap peluhku.

"Aku ada benda nak cakap"

" Apa Zaf"

"Aku dah mohon perpindahan Riana ke sekolah kau"

"Yakah? Ya Allah,bestnya"

" Ya,bulan depan dia boleh masuk sekolah kau dah"

"Wah,seronoknya"

"Lepas tu, aku harap kau boleh jaga dia macam aku jaga dia"

"Awak nak kemana Zaf?"

"Aku akan kahwin Diana"

Serta merta dunia aku rasa gelap gelita.Sepi.Tiada apa apa yang mampu aku perkatakan. Aku hanya mampu terdiam.

Kecewa,sakit hati atau dilukai?

Hanya Allah yang tahu.

Dear,YouWhere stories live. Discover now