Bab 56

353 35 2
                                    

Zafri Shah

Aku ialah seorang lelaki biasa yang mempunyai kelemahan. Ingin dicintai dan mencintai.Ditinggalkan seorang wanita yang aku fikir boleh menerima diri aku seadanya membuatkan aku sangat berhati hati dalam mencari pasangan.Aku hidup berdua sahaja dengan anakku,Riana selama bertahun tahun.Mana mungkin aku mahu wanita sebarangan yang menjaga anak kesayanganku. Dikala aku ditolak oleh adik beradikku kerana mempunyai anak luar nikah, senyuman Riana benar benar menguatkan aku. Aku jatuh cinta pada renungan mata Riana semasa aku dakap dia dalam pelukanku buat kali pertama. Tidak aku sangka , aku mempunyai zuriat walaupun anak luar nikah. Aku tetap menyayanginya sepenuh hatiku.

Siapa sangka , aku menemui jodoh dengan seorang wanita cantik yang bernama Misha. Wajah ayu dan bersih, aku putuskan untuk menikahinya sebagai suri hatiku. Perkahwinan yang dijangka akan berlangsung setahun lagi ,namun kuasa Allah aku menemui Diana semula. Diana wanita yang telah menghancurkan kepercayaan aku pada wanita selama bertahun tahun. Aku tidak tahu mengapa aku sentiasa akan kalah pada pandangan Diana. Dia wanita pertama yang aku cintai sepenuh hati, namun dia memilih lelaki lain tika itu. Hancurnya hatiku ditolak mentah mentah. Sudahlah Diana lepaskan tanggungjawab menjadi ibu pada Riana, aku sangat benci pada Diana bertahun tahun. 

Aku tanamkan kepercayaan pada puteriku Riana, ibunya memang ada selama ini. Aku tidak pernah membunuh watak ibu itu, walaupun ibunya meninggalkannya . Walau hatiku sakit pada ibunya, aku tetap memberi kepercayaan bahawa ibunya akan kembali pada Riana suatu hari kelak. Pertemuan dengan Diana setelah bertahun tahun tidak berjumpa, Diana kalah . Dia melutut di kakiku memohon kemaafan. Aku tegas dan nekad untuk dia bertanggungjawab pada kehilanganya suatu masa dahulu. Aku mahu dia tahu, Riana menunggu dia selama ini. Aku mahu mendengar permohonan maaf itu, aku dengar juga akhirnya. 

Aku lelaki, aku ego. Aku mahu dia sendiri yang berdepan dengan Riana. Aku tahu Diana taat orangnya. Sekali sudah kau kuasai Diana, dia sanggup lakukan apa sahaja. Itulah Diana. Aku mampu mengawal Diana apabila Diana bersama aku. Dia pasti mendengar setiap yang aku mahukan. Sudah aku jangkakan. Diana berhadapan dengan Riana akhirnya.

Puas hatiku melihat Diana merayu memohon maaf pada Riana. Riana seperti aku, mahukan ibunya mengakui kesalahannya. Permohonan maaf dari ibunya membuatkan Riana membuka hatinya sedikit demi sedikit.Penantian yang berakhir dengan Riana tulus memaafkan Diana setulus hatinya. Aku redha.

Aku beri peluang supaya Riana dijaga oleh Diana selama aku mengambil keputusan untuk menjadi suami pada Misha. Misha agak sukar dengan status anak luar nikah  . Aku minta Riana dalam jagaan Diana. Diana sangat menyayangi Riana .Mungkin kekhilafannya meninggalkan Riana sejak bayi lagi. Aku mula memaafkan Diana perlahan lahan. Tipulah jika aku katakan aku benci pada Diana sepenuh hati. Dia wanita yang menakluki hatiku selama ini. Aku kalah dengan senyuman Diana. 

Semasa dia ambil keputusan memilih Riana dari teman lelakinya waktu itu, aku sudah yakin sepenuhnya dia akan melenyapkan kewujudan lelaki itu jika Riana ada. Memang itu yang terjadi. Dia tinggalkan lelaki itu selama mana aku berfikiran dia lebih memilh lelaki itu. Dia memlih Riana dan meninggalkan lelaki itu. Aku tersenyum puas tanda kemenangan.

Aku tidak mampu membaca riak wajah Riana. Dia selamba orangnya. Apa bila aku nyatakan aku akan menikahi Misha, dia biasa sahaja. Aku tunggu juga dia merayu agar aku batalkan perkahwinan.tapi tidak. Aku teruskan perkahwinan dengan wanita yang aku pilih. Dengan sekali lafaz, aku menjadi suami sah pada Misha.

Berbulan bulan juga selepas pernikahan kami berdua, aku didatangi oleh rombongan keluarga aku dan satu keluarga yang sangat asing padaku. Keluarga Diana mahu penjelasan dariku.

"Zafri, pakcik ada permintaan"

"Apa pakcik?"

"Kahwini anak pak cik , Diana."

Permintaan itu buat aku rasa seperti ini adalah perbuatan atas penolakan Diana pada aku suatu masa dahulu. Karma buat Diana yang sentiasa menolak aku.Kini abahnya datang minta aku mengahwininya.

"Saya akan kahwini Diana, tapi dengan satu syarat"

"Apa nak?"

"Saya mahu Diana terima seadanya siapa saya"

Kenyataan itu membuatkan abah Diana terdiam seketika. Mungkin dia sedang menghadam kata kataku. Dalam maksudku. Orang lama seperti abah Diana mungkin faham maksudku sebenar. Aku suami orang dan aku mahu dicintai oleh Diana tanpa penolakan lagi.

***

Perkahwinan kami berdua berjalan lancar. Aku tersenyum puas dapat melihat Diana menjadi milik aku yang sah. Seakan akan terasa menjadi pemenang besar , aku puas hati atas penantian aku selama bertahun tahun.Tunggu kau Diana, kau akan aku tundukkan.


*Bagaimana semua. Jangan lupa komen dan tekan vote*

Dear,YouWhere stories live. Discover now