Bab 35

389 38 5
                                    

"Acu,kau bagitahu acik sekarang, kau memang bunting triplet ke?"

"Acik fikir acu tipu ke?"

"Ya ,Allah.Kau punya razeki acu. Aku tak sangka betul.Patutlah kau macam beluncas sekarang acu"

Aku mencubit pinggang Acik.Dia suka kenakan aku sejak datang tadi.

"Kau macam panda dah acu. Lamak tak jumpa sejak Zafri dan acu ke klinik haritu,tup tup aku jumpa acu hari ini macam panda cu"

"Acik, acu tak ada mood ni.Acu lapar ni.Lepas ni acu makan acik padan muka"

"Lima bulan acik naik ke laut, Acu berubah giler la. "

"Acik ,dah dah la tu. Acik tu kalau kahwin dah boleh ada anak lima. Ni tak, sayang sangat kerja di pelantar minyak .Nak cari bini pun   tak ada masa"

"Siapa cakap aku tak ada masa. Ni lah nak kongsi ni, acik nak hantar pinangan dengan bakal tunang acik minggu depan"

"Seronoknya acik.Tahniah tau.Akhirnya jumpa juga Kak Chik.Siapa orangnya chik?"

"Nanti kau tengoklah. Acik minta famili kita datang merisik Sabtu depan"

"Kat mana chik?"

"Dekat Johor. "

"Kalau jauhnya sebegitu, acu tak dapat pergi .Acu ni nak sampai sini pun rasa sikit lagi tinggal tenaga ni.Nak trip jauh, acu tak larat"

"Okeylah.Acu stay je KL.Kahwin nanti acu mesti ada.Masa tu acu dah beranak la.Bagi masa dulu lepas tunang.Acik nak hiking dengan member acik dulu.Lepas geram sebelum jadi laki orang"

"Acu doakan yang terbaik buat Acik"

"Yala,amin"

"Acu nak ke bilik dulu.Nak solat asar "

Aku bangun perlahan lahan dari sofa.Tidak berjaya.Acik bangkit dan membantu aku.

"Kan acik dah cakap,serupa macam Panda"

Aku jelingkan mataku pada Acik.

"Acik tahu apa perbezaan Acik dan kambing?"

Acik terkejut dengan soalanku.

"Dua duanya tak ada beza. Berbau dan bising"

Sempat aku usik Acik.

"Acu, tunggu kau bila kau dah beranak.Acik namakan mereka dengan nama nama anime naruto"

***

Balik dari Seremban ,keadaan aku semakin teruk. Belakang aku sangat sakit. Aku minta supaya ibu datang menjaga aku. Abah tidak dapat ikut sekali sementara waktu kerana menguruskan tanah kebun miliknya .Katanya ada jiran tanah sebelah ingin menjual tanahnya. Abah berminat membeli.Katanya untuk meluaskan tanah kebunnya.

Zafri terpaksa balik ke rumah Misha.Lama dia bersama kami berdua Riana.Aku dihinggapi rasa bersalah.Risau Misha sudah mengetahuinya.Aku tak sedia lagi.Nasib ada ibu bersama aku dan Riana. Zafri juga tidaklah terlalu risau jika apa apa berlaku pada aku.Ada ibu boleh memantau.

***

Malam itu aku rasa sangat tidak selesa.

"Ibu,ibu"

Ibu datang ke arahku. 

"Diana, kenapa ni?"

"Rasa sakit bu. Dari lepas isyak tadi"

"Air ketuban ada keluar tak?"

"Tak ada ibu.Belakang Diana sakit bu"

"Kalau macamtu kita pergi hospital .Ibu risau la.Kamu punya perut besar sangat Diana dah. Ibu tak tahu kalau beranak kembar tiga macam mana. Tak sama dengan beranak seorang. Timing tak sama dengan beranak biasa. Kita ke hospital ya"

Dear,YouWhere stories live. Discover now