"Hello"
"Hello"
Aku masih diam membisu.
"Hello,siapa ni?"
"Zaf"
"Diana ,Diana"
"Ya Zaf"
"Awak kemana Diana?"
"Kita perlu berjumpa Zaf"
"Okey,mesej dengan saya mana kita nak jumpa.Saya datang sekarang"
Aku mematikan panggilan itu. Jantungku rasa berdebar debar. Aku takut.Namun aku harus berdepan dengan semua ini.
Tiga puluh minit berlalu, ketukan di pintu hotel mematikan lamunan aku.Aku tahu Zaf benar benar terkejut dengan panggilan aku tadi sekian lama menghilang.Dalam secepat mungkin dia sudah disini,di depan pintu ini,menunggu aku membuka pintu ini.Aku hela nafas dalam dalam.Aku sedia sekarang.
Pintu dibuka. Serta merta Zaf menerpa ke arahku .Memeluk erat diriku.Namun tidak lama.Dia mengamati diriku dari atas ke bawah.
"Diana"
Aku mengambil tempat duduk di atas tilam. Zaf masih berdiri kaku disitu.
"Saya hamil dan tunggu masa nak lahirkan anak ini"
"Diana"
"Awak hilang selama ini dan awak hamil"
"Saya dah beritahu awak Zaf, saya mengajar .Saya dah posting. Saya dapat sekolah pedalaman"
"Awak ada beritahu saya,tapi saya tak sangka awak mengandung"
"Ini hasil zina kita Zaf"
"Ya Allah,apa aku dah buat ni"
Zaf jalan mundar mandir. Rambutnya sudah tidak terurus.Terkejut ini adalah kenyataan yang harus didepani.
"Kita kahwin Diana"
"Saya taknak Zaf"
"Habis,awak nak buat apa?"
"Biar anak ini lahir dulu.Baru kita buat keputusan"
"Diana, perkara ini bukan main main"
"Dan saya tak main main juga mengatakan saya taknak mengahwini awak"
"Habis,macam mana anak kita?"
"Biar masa menentukan segala. "
***
Aku minta Zaf untuk beredar.Tidak manis untuk dilihat berdua duaan di dalam hotel. Zaf berat untuk pergi. Aku nyatakan padanya,cukuplah dengan dosa kita buat selama ini.Zaf berlalu pergi.Aku ambil keputusan untu melahirkan anak ini di salah sebuah hospital swasta. Aku tidak mahu bertemu dengan orang orang yang akan mengenali aku. Sudah aku maklumkan pada Zaf. Zaf setuju dan akan menemani aku dalam proses tersebut.
Zaf minta untuk aku ke kondonya.Aku terus terusan menolak.Aku nyatakan aku tidak mahu berdua duaan lagi dengannya.Dia terpaksa menurut kemahuan aku.Aku nyatakan padanya aku akan bawa lari anak ini jika dia tidak hormat permintaanku.
Seminggu aku di hotel,Zaf melawat aku setiap hari.Tengah hari dia akan menghantarkan makanan padaku dan petang dia akan menggunakan khidmat penghantaran sahaja. Aku minta dia jauh dariku, dia teruja melihat perut aku membesar.
"Diana, boleh saya pegang perut awak"
Aku anggukkan kepala.
Dia mengusap usap perutku.Jatuh airmataku, ku cuba bertahan. Pedih aku rasa. Inilah pemilik bersama bayi yang tidak berdosa yang sedang aku kandungkan ini.
"Kalau perempuan saya namakan dia Riana.Nama macam awak.Diana"
"Kalau lelaki saya namakan dia Zikri,sama macam saya,boleh Diana?"
Aku menganggukkan kepala. Ini berat bagi aku. Ini adalah kenangan yang akan aku ingat sampai mati.Lelaki ini menerima seadaanya aku dikala aku tidak mampu menerimanya sedikit pun.Maafkan aku.
***
Malam itu aku rasa perut aku memulas mulas.Aku minta Zafri datang. Kurang lima minit dia sudah sampai. Aku hairan kenapa dia sepantas itu.
"Bukan awak balik rumah ke?"
"Ya,tadi.Saya daftar bilik sebelah seminggu lepas Diana"
Aku hanya menggeleng gelengkan kepala.Patutlah bila aku menghubunginya,dia akan sampai sekejap sahaja.
Zafri menghantar aku ke sebuah pusat perubatan swasta.Bukaan sudah 5cm. Aku rasa sangat sakit. Zafri minta untuk masuk ke dalam bilik bersalin juga. Aku setuju . Proses bersalin aku ambil masa sejam setengah selepas aku dimasukkan ke ruangan itu. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Puas aku memicit tangan Zafri kerana kesakitan .Zafri redha sahaja.
"Okey Puan,Bukaan Puan dah 10 cm.Kalau saya cakap teran,baru Puan teran .Kita taknak Puan punya koyakan besar.Boleh Puan"
Aku menganggukan kepala.
"Push Puan"
Aku menarik nafas sedalam dalamnya. Aku cuba teran.
"Okey Puan.Sekali lagi.Kuat sedikit ya. Jangan angkat punggung. "
"Arghhhhhhh"
Bunyi tangisan kedengaran. Okey ,ini bayi kamu berdua.
"Rania ,Ya Allah"
Kedengaran Zafri mengucapkan kata kata itu.
"Anak aku"
"Encik boleh potong tali pusat"
Zafri teragak agak ,namun setelah diajarkan Zafri berjaya juga memotongnya.
"Anak kita Diana,Ya Allah, comelnya"
Aku hanya menangis pilu menyaksikan semua itu.
Anak kita.
***
Aku berehat selepas bertarung nyawa melahirkan anak perempuan comel hasil zina aku dan Zafri.Zafri tidak melepaskan Riana dari tadi.Dia menggendong Riana sejak Riana diserahkan nurse . Aku hanya memandang sepi dari katil.
"Diana, nah"
Zafri menyerahkan aku bayi comel Riana.
"Maafkan mama Riana"
Aku mengucup berkali kali dahi bayi comel ini. Aku pasti dengan keputusan aku ini. Maafkan mama Riana.
***
Pagi itu aku lihat Zafri sedang menidurkan Riana.Sejak semalam lepas aku menyusukan Riana, Zafri memeluk erat Riana. Aku pasti dengan apa yang aku buat.Keputusan besar yang akan mengubah masa depan kami bertiga. Hanya tunggu masa untuk disampaikan.
Lewat petang , doktor mendiscaj aku dan Riana.Katanya semua normal dan boleh datang untuk pemeriksaan kuning dalam dua hari lagi. Zafri sudah menyelesaikan semua bayaran dan kami bertiga berangkat pulang ke kondominium Zafri. Barang barang di hotel Zafri akan ambil kemudian. Dia minta aku untuk berehat dan menyusukan Riana sahaja setibanya di rumah.Aku iyakan sahaja.
Malam itu selesai Riana tidur selepas disusukan,aku minta Zafri berbicara denganku.
"Zaf"
Dia menghampiriku.
"Ada sesuatu saya nak bincangkan"
"Awak dah setuju untuk kita berkahwin ke?"
YOU ARE READING
Dear,You
RomanceBacaan dewasa sahaja. Pertemuan mereka tidak disengajakan.Hadir tanpa dipinta, berpisah tanpa disedari.Namun memori satu malam itu mengingatkan mereka sehingga seumur hidup. Zafri dan Diana. Kedua duanya sudah dimiliki orang lain.Insan biasa yang me...