Bab 13

393 26 2
                                    

Dua minggu sejak kejadian itu, aku dikhabari oleh alumni UPSI batch 2010/2011 berita perkahwinan Razif dan salah seorang doktor . Aku hanya kaku membaca undangan perkahwinan itu. Razif ,aku doakan kebahagiaan kau. Engkau terlalu baik buat aku. Sepantas itu jodoh Razif bersama doktor itu.Aku menunggu berbelas tahun T.iada jodoh.Razif hanya perlukan dua minggu untuk ambil keputusan menikahi doktor itu. Aku pasrah.

Kring kring.

Kedengaran telefon berbunyi dari tadi. Nombor siapa ni?

"Hello"

"Diana, awak memang tak berniat memperjuangkan cinta awak terhadap saya ke?

"Razif"

"Saya doakan awak bahagia Razif"

"Bukan ini yang saya nak dengar"

"Saya undur diri Razif.Saya takkan perjuangkan cinta kita"

"Kenapa Diana"

"Saya ada alasan kukuh Razif.Saya ada anak"

"Saya boleh terima kamu berdua"

"Maaf,ini bukan yang saya mahukan.Bertahun saya tipu awak Razif.Awak layak dapat yang lebih baik"

"Saya nak awak Diana"

"Jodoh awak dengan dia.Bukan saya"

"Itu pilihan ibu saya"

"Siapa pun dipilih ibu awak, saya percaya dia nakkan yang terbaik buat awak. Saya undur diri.Jangan hubungi saya lagi. Saya doakan kebahagiaan awak. Saya minta maaf selama ini kita berdua membuang masa yang cukup banyak .Antara kita jodoh sudah tiada.Assalammualaikum Razif"

Segera aku matikan panggilan itu.

***

Perkahwinan Razif dan doktor tersebut sudah dilangsungkan selepas Asar tadi.Aku hanya memerap di dalam bilik dan tidak mahu berjumpa sesiapa. Aku perlu masa sendirian.

Ting!

Rani Herman: Diana, apa kabar kau? Ini insta aku. Kau jangan lupa follow back aku ya.

Ya Allah,rindunya aku pada Rani.Sahabat lama.Teman seperjuangan di sekolah pedalaman.

Aku segera menekan butang follow back. Aku lihat gambar gambar Rani.Dia sudah menikah.Ada ada kecil lagi.

Diana_88: Hp no aku 012-3458976

Kring kring

Aku lihat nombor baru

"Hello"

"Diana.Rani ni.Kau apa khabar"

"Aku di KL. "

"Aku tengah bercuti sekarang. Malam nanti jumpa boleh ke?"

"Okey,kau mesej tempat dan masa,aku pergi sana"

"Okey"

"Bye Diana"

"Bye"
***

Malam itu aku sangat teruja untuk bertemu sahabat lama.Rani yang banyak membantuku selama ini. 

"Hai Rani"

"Diana, rindunya aku pada kau"

Kami berpelukan sebelum masuk ke Nandos.

"Kenapa makin cantik ni Diana?"

"Kau apa kurangnya"

"Aku rindu tempat lama kita tu Diana"

"Kan.Aku pun rindu juga"

"Nak kembali memang tak lah. Aku sekarang dah ada anak tau Diana"

"Ya, aku nampak dekat insta kau. Berapa umur dia sekarang?"

"Setahun lima bulan"

"Kalau ada masa,aku nak jumpa dia boleh tak.Mesti comel macam kau"

"Iyalah.Kau macam mana?"

"Aku dah jumpa anak kandung aku semula Rani"

"Apa?"

"Ya,aku jumpa dia.Dia tak nak panggil aku ibu dia.Dia panggil aku makcik"

"Diana"

"Memang salah aku .Aku kena terima balasan selepas apa aku buat"

"Kesian kau Diana"

"Takpe"

Lama kami berdua berbual bual sebelum Rani minta izin untuk balik. Anaknya sudah menangis mencarinya  .Suaminya video call dan aku sempat melihat anak kesayangan Rani yang sudah pandai berjalan.

Aku duduk seketika sebelum ambil keputusan untuk balik.Dari jauh aku nampak Zafri sedang memegang erat tangan seseorang. Mungkin itu isterinya. Kenapa isterinya tidak ada semasa aku ke rumahnya tempoh hari?

Entahlah. Perasaan aku. Hancur berderai.

"Ya Allah ,kuatkan aku"

Aku bingkas bangun sejurus pasangan itu masuk ke Nandos juga. 

Dear,YouWhere stories live. Discover now