Bab 50

373 35 0
                                    

"Abang nak apa apa lagi.Saya nak masuk tidur"

Zafri memandangku. Dia sedang menonton televisyen.Kembar tiga sudah tidur di depan tv . Aku tidak mahu membangunkan mereka kerana kata mereka tadi mereka nak tidur disini bersama sama kakak Riana. Esok hari Sabtu , mereka akan bangun lewat sedikit.

(TAK)

Papan putih buat kembar tiga belajar digunakan untuk menjawab pertanyaanku. Seakan akan memberi tanda Zafri sudah mempunyai petanda positif kami sudah boleh berkomunikasi, aku sangat gembira.

"Saya masuk dulu .Nanti abang tutup tv ya"

Dia tidak menjawab pertanyaanku kali ini. Aku biarkan sahaja. Aku benar benar penat seharian di ladang tadi. Setiap malam Zafri yang akan memastikan pintu dan pagar ditutup. Suis pun dia yang akan tutup sebelum tidur. Zafri akan tidur di bilik tetamu. Aku beri ruang dan masa padanya. Setelah bertahun tahun tidak bersama, agak kekok untuk kami berdua sebilik. Aku hormat keputusannya. Walau dia tidak bercakap,kelakuannya mampu aku baca sejak hari pertama. Riana sudah aku terangkan padanya kenapa kami tidak sebilik. Riana faham. Kembalinya papanya di hadapan mata Riana, dia menjadi remaja yang sangat menerima apa apa keadaan. Dia sangat gembira akan kenyataan Zafri sudah kembali walau tidak mampu bercakap pun. Kami belajar bersama sama menerima keadaan ini. Redha dengan ujian Allah.

***

Penghawa dingin yang dipasang benar benar membuatkan aku kesejukan. Aku benar benar mengantuk untuk menukar suhu penghawa dingin tersebut.  Namun kesejukan yang membuatkan kakiku menggigil dari tadi  . Aku cuba bangun.Namun aku terkejut dengan pelukan dari seseorang yang sekian lama aku tidak rasa. 

Zafri di sebelahku sedang memeluk aku. Ya Allah, perasaan apa ini?

Dia tidur dengan dengkuran halus . Aku pandang wajahnya. Ini kali pertama aku sedekat ini dengan dia. Ya, rasa janggal. Sudah terlalu lama aku tidak disentuh sebegini oleh insan bernama suami. Rasa malu ada, rasa janggal ada.Macam macam rasa ada. Aku keliru. 

Aku sentuh wajah Zafri.Aku rindukan dia. Terlalu rindu. Aku pegang pipinya. Aku pegang telinganya. Aku belai rambutnya. Lama aku begitu. Ya Allah, perlahan perlahan Ya Allah. Aku rasa hanya perlu terus menunggu sedikit masa untuk Zafri kembali.Tiada apa yang hendak dikejarkan, Zafri memang ada di sisiku.

***

Subuh itu Zafri sudah tiada di sisiku. Aku berniat untuk menunaikan solat subuh.Kedengaran bunyi motosikal abah berlalu pergi.Pasti Zafri sudah bersama abah seperti selalu. 

Pagi itu kami anak beranak bersarapan di rumah ibu dan abah. Ibu menyediakan nasi dagang pada kami. Riana dan Zafri makan dengan berseleranya. Sama sahaja selera anak beranak. Aku pula menyuapkan kembar tiga  makan. Bila makan ikan sahaja mereka minta aku suapkan. Jika bukan ikan pasti mereka akan makan sendiri. 

"Papa, nah papa,air untuk papa"

Rafi menghulurkan segelas air pada Zafri. Zafri menerima huluran tersebut dengan segaris senyum. Astaga,lamanya aku sudah tidak melihat senyuman itu. Zafri senyum . Ya Allah.Jika tika dan saat ini hanya ada kami berdua di meja ini, pasti aku akan minta Zafri senyum semula. Tapi aku juga malu untuk menunjukkan keterujaanku sebentar tadi. Ambil masa Diana.Sabar Diana, sabar.

***

"Mama, jom kita pergi mall mama. Lama dah tak tengok wayang mama.Boleh tak?"

"Malam nanti boleh tak?Mama nak ke ladang dulu ni. "

" Ala mama ni. Hari ni kan cuti?"

Pandai Rafi mengenyit ngenyit mata padaku.

"Sekejap je. Mama nak pergi ladang sekejap. Tak lama"

"Kalau macamtu kita merajuk dengan mama"

"Amboi Risha. Bukan main kamu mengusik mama ya"

"Yala mama. Lama dah tak jalan jalan ma.Tolonglah"

Rayuan Rafa membuatkan aku kalah.

"Kalau macamtu, memandangkan semua belum mandi dan dah kenyang.Semua kita pergi ladang. Cepat habis kerja,cepat kita jalan jalan. "

"Yeah,kita main dengan kambing kambing.Yea. "

Terujanya mereka bertiga untuk bersama sama aku ke ladang. Kelihatan Zafri sudah mengambil kunci kenderaan utiliti tiga roda. Mereka bertiga mengikut Zafri dan duduk di belakang. Riana hanya duduk di rumah menemani ibu mengemas rumahnya. Aku pula duduk di belakang Zafri . Riuh rendah suara kembar tiga teruja dibawa ke ladang. Zafri mengemudi kenderaan dengan berhati hati.

Siapa sangka papa mereka akan kembali. Alhamdulilah Allah atas kurniaanMu.Tidak mampu aku untuk menzahirkan apa apa lagi. Hanya ucapan Alhamdulilah tanda syukur atas peluang ini.



Dear,YouWhere stories live. Discover now