Bab 22

423 32 2
                                    

"Assalammualaikum Abang "

"Waalaikumsalam"

"Apa kabar kamu Basri?"

"Alhamdulilah.Baik Bang.Abang dengan kakak apa khabar?"

"Sihat ni. Kamu masih di Singapore ke?"

"Masih bang,cumanya nak ke JB esok pagi, ada kerja sedikit bang"

"Baguslah macamtu.Ni,aku nak bertanyakan kamu, Kau punya adik tiri mana yang berkawan dengan Diana anak aku dulu?"

"Lama sangat dah cerita ni bang.Waktu Wati masih hidup dulu,kisah ni bang. Kejap,aku cuba mengingatnya dulu. Adik tiri aku banyak bang.Aku cuba ingat balik dulu bang"

"Ya,kamu ingatlah dulu."

"Tapi kenapa bang?"

"Nanti kita jumpa ,aku bagitahu kau. "

"Oh.macamtu.Aku rasa aku ingat bang. Adik bongsu aku bang.Nama dia Zafri. Diana yang jaga dia masa dia sakit dulu"

"Oh,yeke"

Renungan tajam Andak dari tadi mematikan lamunan aku.

"Macamnilah Basri.Abang merayu sangat dekat kau. Esok kau Ke JB kan.Lepas selesai urusan kau di JB,aku merayu kau untuk ke KL.Ada benda aku nak bagitahu ni Basri"

"Kalau macamtu, dalam malam aku ambil flight ke KL.Mintak abang bolehlah jemput aku ya"

"Boleh sangat Basri"

"Iyalah."

"Aku letak telefon dulu Basri.Jaga diri kamu"

"Ya bang.Terima kasih"

"Assalammualaikum"

"Waalaikumsalam"

Semua terdiam seketika.

"Oh, lepas kau jaga dia,kau serahkan diri pada dia la cu" 

Pedas kata kata Andak.

Itu memang kenyataannya.Sedar Diana.

"Kau ada benda nak cakap lagi ke Diana" tanya Along.

Aku menggeleng gelengkan kepala.

"Esok semua berkumpul disini semula lepas kita jemput PakNgah" abah mengeluarkan kata katanya.

"Kalau macamtu, Andak,Alang dan Acik gerak dulu" kata Alang.

"Along kejap lagi."

"Kamu semua baliklah dulu.Ibu dan abah masih nak stay disini" pinta ibu.

Setelah semuanya bersalaman, mereka minta diri untuk balik. Andak memang tidak mahu memandang aku. Benci sungguh dia padaku.

Aku mengambil tempat duduk di bawah. Along sedang mengalihkan Riana di dalam bilik.

"Abah,ibu maafkan Diana kerana dah memalukan kamu berdua.Diana memang salah"

"Abah masih tak sangka Diana,kau tikam taik dimuka kami"

"Abah,ibu.Ampuni dosa Diana. Diana banyak buat salah. Diana tak sanggup gugurkan kandungan Diana. "

"Dahlah nak,benda dah lepas. Cukuplah. Asal cucu ibu sihat walafiat,alhamdulilah"

Abah masih tidak berpuas hatiku. Aku tidak tahu mahu menjelaskan apa lagi pada abah. 

"Maafkan Diana"

***

Abah dan ibu serta along sudah balik selepas Asar tadi. Abah masih dingin padaku. Along minta aku sabar .Riana sudah aku terangkan siapa mereka tadi.Riana terkejut betapa banyak adik beradik aku. Jikalah mereka dapat menerima Riana.

Dear,YouWhere stories live. Discover now