Bab 25

437 36 3
                                    

Lafaz akad dan nikah sudah dilafazkan sebentar tadi. Zafri datang ke arahku. Dia minta aku menghulurkan tangan. Aku lihat sekeliling sebelum menghulurkan tanganku. Semua orang menyaksikan detik itu.Aku benar benar malu.Dia memasukkan cincin ke jari manisku. Riana tersenyum dari tadi. Zafri mengucup dahiku dan Riana. Tiada kata kata yang terucap. Hanya diam seribu bahasa.

Aku kekal duduk di sebelah acik. Acik minta aku bersama Zafri.Hati aku kosong. Riana yang bersama Zafri dari tadi .Aku nampak betapa gembiranya Riana.Selepas makan, keluarga Zafri berangkat pulang. Wajah mereka kurang gembira.Namun aku hulurkan juga tanda salam menyantuni mereka. Zafri kekal disini. Aku takut dengan kenyataan yang akan aku hadapi. Aku menikahi suami orang. Selalu kita dengar orang seperti aku digelar penyondol .Aku tiada niat pun. Ya Allah.

Angah menghampiriku sambil membawa beberapa dokumen.

"Sijil nikah kamu nanti, siap dalam minggu depan.Angah dah call Guru Besar kamu.Sebab kamu tak submit dokumen menyatakan kamu nak berkahwin.Dia cakap lepas cuti sekolah dia sahkan.Alang yang minta tolong dia supaya diamkan perkara ni dulu.Lepas tu yang lain lain kami berdua dah selesaikan"

Angah ingin berlalu pergi.Aku tahan Angah.

"Angah,maafkan Diana"

"Acu,jangan minta maaf pada Angah.Acu kena minta ampun pada Allah. Angah doakan kebahagiaan kamu.Lain kali jangan sembunyikan apa apa dari kami semua acu. Kami keluarga kamu "

Airmataku mengalir lagi. Angah tepuk bahuku.

"Jangan nangis. Angah nak jumpa abah . Angah doakan kebahagiaan kamu"

Aku hanya mampu melihat pemergiaan Angah.Angah tak pernah memarahi aku sejak kecil.Dia rajin beri teguran jika lihat sesuatu yang salah.Beruntung Kak Ngah dapat angah. Anak anak mereka semua bercakap lemah lembut. Aku sangat kagum dengan keluarga mereka. Bagaimana aku nak sebegitu, jika sudah takdirnya menjadi isteri kedua. Ya Allah,bantu aku.

***

Rumah sunyi apabila semua sudah balik ke tempat masing masing. Esok Isnin. Semua orang harus bekerja.Hanya aku dan Riana di dalam rumah ini. Cuti sekolah masih berbaki seminggu. Riana sedang menonton televisyen. Ibu dana abah sudah ke masjid. Zafri,aku tidak tahu. Maghrib tadi dia sudah keluar.Tak kembali lagi .Mungkin sudah balik ke rumah isterinya.

"Riana,mama nak baring sekejap,mama pening sayang"

"Okey mama."

"Apa apa mama dalam bilik ya"

"Okey"

Aku menutup mataku. Kepalaku menyengut dari tadi.Selepas isyak tadi aku rasa sangat tidak selesa.Aku pejam mataku. Aku perlu rehat sebentar.

***

Terasa seseorang mengejutkan aku. Ya Allah,apa ni?

"Diana, subuh Diana.Bangun sekarang"

Aku bingkas bangun.

"Zaf,apa awak buat disini?"

"Kau tanya apa aku buat disini?"

"Aku bangunkan kau solat Subuh"

"Tak,awak tak boleh disini"

"Diana.Kau lupa ke, aku suami kau sekarang"

"Astaghfirullahalzim"

"Kau kenapa mengucap.Aku setan ke?"

"Tak Zaf,kejap.kejap"

Aku mencuba mengingati semula kejadian semalam.Ya,semalam hari pernikahan kami berdua. Ya Allah. Kenapa aku boleh lupa.

Aku bingkas bangun .Mencari Riana.

Dear,YouWhere stories live. Discover now