Bab 52

357 40 4
                                    

"Mama,papa ke mana?"

"Bukankah papa di belakang. Petang petang ,macam ni papa kan suka berkebun dekat belakang rumah"

"Tak ma. Papa tak ada"

"Mama tak tahu kakak."

"Okey.Takpe lah. "

Riana pergi meninggalkan aku. Wajahnya tertanya tanya. Zafri tidak juga meninggalkan pesanan di kertas atau di papan putih seperti selalu.Kembar tiga mengikut acik ke homestay sejak tengah hari tadi. Rumah agak sunyi dengan ketiadaan mereka bertiga.

Aku menunggu kedatangan Zafri . Semenjak Zafri sudah berani memandu sendiri , aku tidak berkata apa apa. Segala urusan di barang dapur , dia yang akan uruskan. Setiap hari Sabtu dia akan keluar membeli keperluan dapur. Dia juga yang akan menyediakan sarapan kepada kami setiap pagi .Kerja menghantar anak anak ke sekolah juga diuruskan Zafri. Menjemput anak anak dari sekolah sahaja dibuat oleh ibu dan abah . Itu permintaan mereka berdua. Acik pula semakin free kerana kembar tiga juga dijemput ibu dan abah. Ibu abah sebenarnya sangat bosan selama kerja kerja menjaga ladang dan kebun di ambil alih aku dan acik. Semangat kami berdua tidak pernah menipis sama sekali pun. Perancangan masa hadapan kami berdua sentiasa tercetus.Oleh itu kami berdua minta abah dan ibu berehat sahaja dan membuat apa yang mereka berdua suka. Zafri juga banyak membantu aku di ladang ternakan. Dia yang akan memastikan lembu dan kambing mendapat pemeriksaan . 

Tanpa sedar sudah setahun Zafri bersama kami. Riana akan mengambil SPM dalam beberapa bulan lagi. Kembar tiga pula sudah menginjak ke Darjah 1. Zafri,walau dia masih kekal membisu, aku faham traumanya.

***

"Abang kemana tadi"

Kedatangan Zafri sebentar tadi melegakan kerisauan aku.

Dia menulis sesuatu di atas kertas.

(ABANG BELI HP)

Aku mendekatinya. Aku membelek belek hpnya. 

"Patutlah lama"

Zafri tersenyum padaku.

(MAAF SAYANG)

"Jangan buat lagi saya risau abang"

Dia tersenyum padaku. Dia mengganggukkan kepalanya selepas itu.

"Kalau saya call abang,tetap juga abang diam kan?"

Zafri memandangku.

(AWAK BOLEH MESEJ SAYA)

"Takpe lah . Saya masuk bilik dulu"

Aku tiba tiba merasa pilu. Aku tidak tahu menggambarkan perasaan itu. Rasa pelik. Aku sunyi di kala aku lihat abah dan ibu berbual bual, adik beradikku berbual dengan pasangan mereka , abang Yassin yang tidak berhenti bercakap dengan isterinya jika isterinya mengikutnya ke ladang ternakan. Aku sepi. Seharusnya aku harus cukup bersyukur suamiku melaksanakan tanggungjawabnya sebagai bapa yang baik pada anak anak kami. Sebagai makhluk Allah yang sangat mudah tersentuh hati, aku cemburu melihat kemesraan mereka,bergelak tawa dengan kisah masing masing.

Aku bawa diriku ke dalam bilik. Tidak mampu aku berdepan dengan Zafri. Aku kunci pintu bilikku . Setahun berlalu,kami berdua masih seperti dahulu. Kadang kadang dia akan masuk ke bilikku untuk tidur menemani aku. Aku beri ruang dan masa padanya,tanpa sangka setahun sudah berlalu. Hubungan kami seperti pasangan yang sentiasa ada untuk sesama sendiri, hadnya setakat itu sahaja. Untuk anak anak, kami berdua akan menunjukkan yang terbaik buat anak anak .Untuk hubungan kami berdua, hanya setakat di tahap itu. Sukar untuk aku gambarkan, aku juga manusia biasa .Seorang isteri yang memerlukan belaian kasih sayang zahir dan batin. Mungkin aku yang terlalu terbawa bawa dengan perasaan.  Sabar Diana,sabar.


*Tekan komen dan vote ya*

Dear,YouWhere stories live. Discover now