Bab 3

870 33 0
                                    

Aku sudah kembali bertugas hari ini.Panggilan telefon dari Razif membuatkan aku rasa bersalah.

"Ya Razif"

"Hello sayang"

"Ya,"

"Awak okey ke"

"Saya okey Razif"

"Lain nya suara awak."

"Saya demam semalam. Hari ini dah okey"

"Kenapa awak tak call saya sejak hari itu?"

"Saya kurang sihat"

Sebenarnya aku dihantui rasa bersalah.Jika Razif tahu aku sebenarnya ada anak lain,bagaimana perasaan Razif. Kenapa aku bodoh selama ini? Dia nakkan aku lagi ke jika dia tahu aku sudah tidak suci lagi?Kenapa aku masih menunggu ? Kenapa aku tak sedar sedar lagi Razif layak dapat wanita yang jauh lebih baik dari aku.Aku terang terangan sedar aku melahirkan anak dari lelaki lain,kenapa aku masih menunggu lelaki baik ini?

"Awak makan ubat okey.Apa apa awak call saya sayang"

"Baiklah.Bye "

Serta merta panggilan aku matikan. Ini bukan salah sesiapa.Ini salah aku yang tidak adil pada orang lain.Aku tidak layak dipanggil ibu. Aku lahirkan anak Zafri dan aku tinggalkan dia kepada Zafri.Zafri mengharapkan aku untuk kekal bersamanya,namun aku tetap pergi membawa diri. Apa sudah aku lakukan.Aku malu pada diri sendiri.

Sukarnya untuk aku berterus terang mengenai hal ini pada Razif.Aku tidak pernah bercerita pada sesiapa apa yang terjadi masa itu. Kenangan itu menyesakkan aku ,jiwa aku dan jantungku.Jikalah aku tidak segila itu.Aku pasti sudah bekeluarga sekarang.Tapi aku memilih untuk pergi.Meninggalkan Zafri Shah dan Rania.

***

10 tahun lepas

Aku seorang anak gadis kesayangan abah yang sentiasa patuh pada arahan abah. Setiap hari aku akan menghantar lauk masakan ibu pada mak Ngah, adik abah.Mak Ngah diserang strok waktu itu dan hanya ada Pak Ngah menemani Mak Ngah.Pak Ngah tabah menjaga MakNgah.Sebagai abang yang prihatin pada adiknya, abah minta tiga kali sehari aku akan menghantar makanan pada mereka berdua. Aku okey sahaja memandangkan aku tengah menunggu surat untuk posting mengajar sahaja waktu itu. Sambil aku tiada apa yang dilakukan, aku kerap membantu apa yang perlu di rumah.

"Assalamualaikum Pakngah, Diana datang ni"

Tiada sahutan seperti selalu. Aku masuk ke dalam rumah.Sepi tanpa sesiapa pun. Mana Mak Ngah?

"Assalammualaikum"

Sekali lagi aku memberi salam.

"Waalaikumsalam"

Suara seorang lelaki.

"Pak Ngah,Diana datang ni"

Seorang lelaki keluar.Siapa ini?

"Pak Ngah awak takde.Pagi tadi ambulans ambil Mak Ngah awak.Dia sekarang dekat hospital?

Aku pelik kerana tiada sesiapa memberitahuku.

Aku mengambil telefon dan segera menelefon abah.

"Assalam Bah.MakNgah kat hospital .Abah tahu tak?"

"Wasalam Diana.Ya,abah tahu.Abah lupa nak beritahu.

"La, okeylah macamtu.Diana balik sekarang"

"Jangan dulu nak. Abah dan ibu sekarang di hospital.Kunci rumah kami bawa.Kalau kamu nak ke hospital ambil kunci dari kami"

"Ala bah.Baiklah.Nanti Diana call balik.Diana letak dulu"

"Ok Diana.Assalammualaikum"

"Waalaikumsalam"

Dear,YouWhere stories live. Discover now