Bab 19

411 33 5
                                    

Aku lepaskan gengaman tangan itu.

"Awak memang suka ambil kesempatan dekat saya"

"Aku dah cakap,bila kau dengan aku,kau milik aku"

"No Zaf,jangan nak perasan"

"Diana,jangan uji aku Diana"

"Saya tak uji awak.Itu kenyataan. Saya milik Riana, milik ibu dan abah saya. Milik Allah.Milik awak, takkan"

Zafri ketawa terbahak bahak selepas itu.Sakit hati pula aku melihatnya.

"Kau dah berubah ya Diana"

" Ya,saya dah berubah.Dah,saya nak keluar. Saya nak jemput Riana. Hantar dia balik ke rumah saya lepas awak bawa dia "

"Sekejap,kau nak kemana?"

"Keluar"

"Ya,memang kau keluar. Tapi bukan terus keluar.Kau ambil Riana, ambil barang barang kau sekali,masuk semula dalam kereta aku.Aku tunggu kamu berdua"

"Saya boleh balik sendiri"

"Kau nak aku beritahu satu sekolah, kita berdua ni pasangan kekasih ke?"

"Awak sengaja ya. Dahlah,saya keluar dulu"

Aku menghempaskan pintu kereta. Sakitnya hati aku .Zafri memang suka menduga aku. 

Selesai sahaja aku mengemas barang barangku,aku duduk di depan tempat menunggu.Tidak lama kemudian, Riana datang menghampiriku.Gembira sungguh wajahnya. Katanya dia sangat seronok berjumpa kawan kawan baru hari ini.

Kami berdua menuju ke kereta Zafri .

"Ma,itu kereta papa kan?"

"Ya sayang"

"Papa jemput Riana ke"

"Ya sayang"

"Yeah"

Aku bahagia dapat melihat senyuman Riana.Dia sangat gembira akan berjumpa papanya.Masuk sahaja di dalam kereta macam macam dibualkan mereka berdua. Walau aku duduk di sebelah Zafri,aku seperti orang asing di dalam kereta ini.Riana sekejap sekejap akan minta aku untuk menjawab persoalannya.

Zafri membawa kami berdua makan tengah hari di sebuah kafe tidak jauh dari taman perumahanku. Sambil menunggu makanan,dia minta kami bertiga bergambar bersama. Ya Allah,ini kali pertama kami bergambar bersama. Aku baru menyedarinya. Selesai makan dia menghantar kami berdua ke rumah.Riana keluar selepas bersalam dengan Zafri.Aku baru selesai mengangkat segala barang barang dari tempat duduk belakang.

"Diana, Jumaat ni aku kahwin"

"Tahniah,selamat pengantin baru"

"Kau tak cemburu ke?"

"Saya doakan kebahagiaan awak"

"Diana"

"Saya masuk dulu. Esok pagi saya dan Riana naik grab je pergi sekolah"

Aku tergesa gesa masuk ke dalam rumah .Zafri aku tinggalkan terpinga pinga.Pedih aku rasakan perasaan aku.Namun aku harus menyembunyikan rasa ini.Aku tak layak buat Zafri. Zafri layak mendapat wanita yang jauh lebih baik dari aku.

***

Minggu itu terasa sangat panjang buat aku. Esok adalah hari perkahwinan Zafri. Riana sudah aku beritahu semalam.Dia menangis dalam pangkuan aku.

"Papa kahwin juga mama"

"Ya sayang,kita doakan kebahagiaan papa ya"

Riana menganggukan kepala.Sudah suratan takdir ini semua berlaku.Mari kita bina hidup kita berdua Riana. Mama akan selalu ada buat awak sayang.Jangan bimbang.

***

Semalaman aku tidak dapat melelapkan mataku. Badanku penat ,hatiku gusar.Aku bangun perlahan lahan mengambil air wudhuk.Aku mahu tahajud malam itu. Aku benar benar kecewa.

Selesai solat sunat,lama aku duduk mengenang nasib diri.Jam menunjukkan 3.30 pagi. Beransur ansur rasa kekusutan itu pergi.Aku harus redha. Jangan mencuba di air keruh Diana. Zafri memang bukan untuk aku.Hanya Riana yang menghubungkan kami berdua. Bukan cinta atau kasih sayang.

Awal sudah aku mandi pagi itu.Selesai subuh aku menerima satu notifikasi wassap yang mengejutkan aku.Seakan akan menjawab soalan aku selama ini.

Zaf: Kau taknak halang Diana. Kalau nak halang ,sempat lagi ni.Aku tunggu jawapan engkau.

Lama aku tenung skrin telefonku.

Diana: Semoga berbahagia hingga jannah.

Zafri layak untuk bahagia dengan wanita lain.Walau berat ,aku pasti dengan keputusan ini. Aku mahukan kebahagiaan Zafri. Jika itu jodoh terbaik dia, aku doakan yang baik baik untuk dia.Selamat tinggal Zafri.

Dear,YouWhere stories live. Discover now