Bab 32

395 36 6
                                    

"Abang,abang ada nak makan apa pa lagi tak?"

Zafri menggelengkan kepalanya.

"Abang nak tidur ke?"

"Ya."

"Kalau macamtu Diana tutup lampu.Diana turun ke bawah dulu ya.Kemas apa yang patut"

"Sekejap, jangalah Diana. Aku cuma nak tidur peluk kau"

Aku senyum padanya. Zafri mahukan belaian aku. 

"Baiklah abang"

Zafri masih lemah selepas discaj lewat senja tadi. Riana pun baru sampai selepas balik dari rumah Along. Acik sudah balik selepas menghantar Riana tadi. Awal awal lagi Riana masuk ke dalam bilik selepas makan.Dia sangat penat.

Kedengaran telefon Zafri berdering berkali kali .Aku lihat siapa pemanggilnya.

"Baby"

Itu nama disimpan Zafri dalam telefonnya. Air mata laju mengalir tiba tiba.Cepat cepat aku lap.

Aku menghampiri Zafri.Ingin aku rampas sepenuhnya dari Misha.Pasti gagal. Aku tetap yang kedua.Pedih hatiku.Namun Allah beri aku peluang untuk tebus kesilapan aku dahulu.Aku akan bertahan menjadi isteri yang terbaik buat Zafri.Aku akan berjuang habis habisan untuknya.

***

Awal pagi itu Zafri sudah boleh bangun.Kelihatan wajahnya lebih segar .Dia minta diri untuk balik kerana dia ada meeting yang perlu dihadiri. Zafri merupakan seorang pereka dalaman dan menjadi penasihat untuk sebuah syarikat pembinaan yang terkenal.Oleh itu masa bekerja Zafri sangat fleksible. 

"Aku jalan dulu.Apa apa call aku."

"Hati hati abang"

"Jaga kandungan baik baik. "

"Yalah,abang pun jaga diri baik baik ya"

Aku mengenyitkan mataku padanya.

"Aku okey,jangan risau"

"Abang,abang boleh tak tunjukkan jalan nak ke tempat kerja abang pada saya?"

"Eh,kenapa pula Diana.Diana lupa ke?"

"Sebab dalam kepala Diana ada abang sahaja"

Serentak dengan itu Zafri meraih dagu aku.

"Kau memang nak kena makan aku ni Diana"

Aku hanya senyum padanya.

"Abang jalan hati hati.Saya sayang abang dunia akhirat" 

Aku memeluk erat Zafri.Dia mengucup dahiku seperti selalu .

Tiada kata kata balasan yang hadir .Aku pasrah.

***

Beberapa minggu berlalu, perutku sudah mulai menunjukkan rupa bentuk. Zafri akan ada setiap minggu bersama aku dan Riana.Riana sangat teruja dengan kandungan aku ini.Zafri ada harinya akan baik baik sahaja.Ada hari akan lembik juga.Dia pasrah .

Hari Jumaat itu , Alang datang ke rumah melawat aku. Dia juga membawa bubur jagung kiriman ibu padaku. 

"Acu, nak ikut pergi PD tak esok?"

"Alang, acu tak berani nak lasak sangat sekarang ni.Acu hamil"

"Ye ke?Alhamdulilah. Kalau macamtu takpe la,nanti Alang beritahu yang lain Acu tak ikut"

Riana keluar dari bilik dan bersalam dengan Alang.

"Pak Lang,atuk dan nenek ikut tak?"

"Ikut,Pak Andak yang bawa mereka berdua"

"Ma, Riana nak ikut la.Boleh tak?"

Aku memandang wajah Alang.Alang seakan akan faham maksudku.

"Acu,aku bawa Riana ikut aku sekali boleh tak.Esok dia dapat join sekali kami"

"Bolehlah mama"

Aku berat melepaskan Riana.Namun keterujaannya aku tidak mampu halang.

"Jaga diri baik baik dekat rumah Pak Lang.Jangan susahkan Pak Lang.Ikut cakap Pak Lang dan MakLang .Boleh?"

'Ya mama. Pak Lang,Riana kemas barang kejap"

"Pergilah.PakLang tunggu"

Sementara menunggu Riana mengemas barangnya ,aku hidangkan air pada Alang.

"Acu,berapa minggu dah?"

"16 minggu lang"

"Kalau macamtu ,alang rasa tak jauhlah kamu lahirkan anak dengan isteri angah nanti"

"Serius ke Kak Ngah berisi juga"

"Ya, aku ni juga yang menghantar karipap buatan mak pada Angah tempoh hari.Katanya dia mengidam"

"Alhamdulilah razeki angah sekeluarga kan"

"Itulah. Katanya hamil kembar. "

"Ya Allah,bestnya.Mesti ibu dan abah seronok"

"Sebab terlalu seronok la buat event pegi PD ni"

"Itulah, rasa hati nak ikut.Abang Zafri pula takda. Tambahan dia kena alahan mengandung"

Ketawa terbahak bahak Alang mendengarnya.

"Alang rasa macam dejavu.Kau tahu Angah pun begitu juga.Dia yang alahan teruk.Bini dia selamba je ,macam tak ada apa apa.Dia yang mengidam karipap tu.Aku fikir bini dia.Tup tup kembar"

"Razeki Angah . Acu doakan baik baik dekat dia orang"

"Ha,acu dah scan ke?"

Aku menggelengkan kepala.

"Kalau cukup minggu,better acu scan.Keluarga kita ni dari Along , Andak,Angah dan aku ni sekali mesti ada anak kembar.Kita beradik ni je tak ada kembar.Acik tu je macamtu je.Bujang terang terangan.Kalau kahwin nak juga melekatnya kembar nanti"

Aku terfikir kedudukan anak anak buahku.Semuanya ada kembar. Cucu abah dan ibu ada 18 orang cucu. Ramai sebab semua ada sepasang kembar .Yang lain semua lahir normal seorang diri.

"Acu takut la lang"

"Ala,cek saja.Tak rugi pun.Kalau ada satu dah alhamdulilah.Kalau ada dua pun Alhamdulilah.

"Baiklah lang.Nanti acu pergi scan"

Alang berangkat pergi selepas itu membawa Riana.Sunyi aku malam itu.Esok hari aku akan ke klinik memeriksa kandungan aku.Aku sungguh teruja.Selalunya aku buat pemeriksaan biasa sahaja setiap bulan dimana mana klinik swasta.Kali ini aku ingin buat detail scan.

***

Pagi pagi lagi setelah menyidai barang aku terus ke klinik ibu mengandung.Selesai mendaftar aku menunggu giliranku dipanggil. 

Tidak lama selepas itu ,Doktor Intan memanggilku,

"Puan ,masuk"

Aku masuk dan menerangkan aku mahu membuat detail scan .Dia meminta aku untuk baring di atas katil. Aku hanya mengikut arahannya.

"Puan, air cukup, besar bayi lain sikit.Tapi ini bukan kembar dua"

Aku rasa risau mendengarkan kandungan aku .Ada masalahkah?

"Apa doktor?"


*Jangan lupa komen tau.Tekan vote juga.Sayang semua*


Dear,YouWhere stories live. Discover now