Bab 12

407 25 2
                                    

Notifikasi dari instagram menandakan bunyi mesej masuk.

Zafri Shah: Riana nak jumpa engkau

Zafri Shah: Pukul 8malam di Kafe Nusantara

Aku hanya memandang mesej tersebut. Tiada balasan buat Zafri.Dia tahu aku akan kesana juga. Aku rindu Riana.Itu anak aku.

Aku berpusing hampir tiga kali.Tiada parking dari tadi.Jam menunjukkan 7.55 malam. Ya Allah,nasiblah ada kereta keluar.Aku segera masuk ke dalam parking tersebut.Tidak sabar untuk menemui Riana, budak perempuan yang tidak mendapat kasih sayang seorang ibu.

Setibanya di kafe, aku lihat Riana sedang bermain dengan ipadnya. Zafri pula sedang memesan makanan pada buku menu.Aku menghampiri mereka berdua.

"Baru sampai.Kau dating ke tadi"

Aku menggeleng gelengkan kepala.

"Saya cari parking tadi"

"Riana"

Riana tidak mempedulikan aku. Aku mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Kau nak makan apa?"

"Mana mana"

Zafri menggelengkan kepala.Aku sebenarnya malas untuk bertekak lidah dengan Zafri.Kata katanya kerap menghiris hatiku.

Makanan sampai. Zafri memesan ayam goreng dan nasi buat Riana. Kami berdua makan set tomyam dan ikan bakar. 

"Riana,makcik suap Riana boleh"

Riana memandangku.

Dia menganggukkan kepala sambil bermain ipadnya.

Aku senyum sendirian. Kenapa aku bodoh untuk tidak menerima hubungan ini.Kenapa aku tinggalkan anak aku sendiri.

"Riana tengok apa tu sayang"

"Riana tengok macam mana nak melukis anime ni"

"Riana pandai melukis betul betul tak?"

"Pandai"

"Wah,pandainya Riana"

Serta merta aku mengucup dahi Riana.

Zafri juga terkejut dengan tindakan aku.Riana tiada respon.masih dengan ipadnya.

"Assalammualaikum Diana"

Aku berpusing ke belakang.

Razif yang memberi salam itu.

Aku tidak mampu menyahut.

"Waalaikumsalam" balas Zafri.

"Diana.Siapa ni?"

Kata kata mati dari bibirku.Aku hanya mampu terdiam membisu.Riana memandang aku. Nampak wajahnya kehairanan.

"Ini anak kami bro"

Serentak dengan itu wajah Razif  berubah serta merta.Aku hanya tunduk membisu.

"Baiklah,saya pergi dulu.Assalammualaikum"

Razif berlalu pergi meninggalkan aku.Kaki aku masih kaku disini.Tidak mampu aku untuk bangun mengejar lelaki itu. Hati Riana perlu aku jaga.Ya, aku memilih Riana daripada Razif.

Aku pandang wajah Riana.Aku lakarkan senyuman padanya.

"Riana nak makan lagi"

Riana hanya menggelengkan kepala.

"Saya dah kenyang"

Zafri tersenyum padaku.Aku lihat senyuman itu.Itu senyuman puas dari seorang lelaki . Dia mungkin menyangka aku akan mengejar Razif.Tapi aku tidak mampu.Biarlah.

***

Aku tiba di rumah apabila jam menginjak ke pukul 10.30 malam.Penat aku rasa kerana petang tadi ada Perjumpaan Kelab dan Persatuan.Aku sebagai Guru Penasihat bagi Kelab Catur tengah mencari bakat baru dan hanya menemui seorang calon sesuai untuk dibawa bertanding.Aku sudah mengajar di sekolah baruku ini hampir lima tahun.Urusan perpindahan itu tidak mengambil masa lama, kerana abangku,Alang  seorang Pegawai Tinggi di Kementerian Pendidikan mahu aku dekat dengan ibu dan abah. Berat hatiku ingin meninggalkan sekolah lamaku yang indah, tapi ini keputusan terbaik buat kami semua. Abah makin tua, kerap kurang sihat. MakNgah pula sudah lama tiada. PakNgah pun sekarang sudah berkahwin baru dan menetap di Singapura.Rumah lama yang menjadi bukti perkenalan kami berdua sudah disewakan pada orang lain.

Telefon berdering dari tadi.Pemanggilnya dia.ya itu Razif.

"Hello"

"Diana,keluar sekarang"

Aku melihat keluar.Ya,itu Razif di depan pagar menunggu aku.Setelah mengenakan shawl hitam,aku keluar dari rumah.Ya ,aku sudah berhijab sejak aku lahirkan Rania.Aku malu dengan diri aku. Aku tidak layak digelar manusia. Biar aku tutup diri aku dengan sedikit harga diri. 

Aku berdiri di depan pagar.

Razif kelihatan sangat tidak terurus. Matanya merah. Wajahnya tidak berpuas hati .

"Explain Diana"

"Ya,memang itu anak saya,dan lelaki tadi adalah ayahnya"

Laju air mata Razif keluar.Aku tidak mampu berkata apa apa lagi.

"Kenapa buat saya begini"

"Maafkan saya Razif.Awak tak bersalah.Saya yang bersalah"

"13 tahun kita bercinta, awak ada lelaki lain dan anak dengan lelaki tu. Sampai hati awak Diana.Saya doakan awak takkan capai kebahagiaan.Awak terlalu kejam pada saya"

"Maafkan saya Razif. Kita putuskan hubungan ini."

"Fine,jika ini yang awak mahukan.Kita tamat sampai sini"

Tangisan aku tidak mampu aku hentikan. Aku mengunci pagar dan menutup pintu rumah. Ini yang terbaik buat Razif.Aku memang tidak layak buat dia. Maafkan aku Razif, kau layak bahagia dengan wanita yang jauh lebih sempurna.

Dear,YouWhere stories live. Discover now