Bab 9

420 19 2
                                    

"Rani, ada benda aku mahu cakap"

"Ya Diana"

"Aku hamil Rani"

"Wah,tahniah Diana.Macam mana kau nak beritahu suami kau Diana.Tiada line sejak kita sampai sini"

"Aku tiada suami Rani"

"Huh"

"Aku belum kahwin Rani"

Rani mati kata kata.

"Aku akan jaga kandungan ini. Aku akan beritahu lelaki yang mengandungkan aku bila sampai masa.Sekarang aku tidak tahu nak beritahu Guru Besar"

Rani menghampiriku.

"Kita diam sahaja .Biar orang anggap suami kau jauh.Kau islam Diana.Aku tidak mahu anak ini dipandang rendah"

"Macam mana kalau diaorang cek status aku"

"Boleh cakap kau nikah di sempadan"

Aku kehilangan kata kata.

"Kita kena sembunyikan status budak ni.Kasihan dia Diana"

"Banyak dosa aku Rani.Pada mak bapak aku.Pada anak ni"

"Aku orang india, kalau mengandungkan anak tak bernikah masih dipandang serong.Apatah lagi kau muslim.Aku akan tolong kau sembunyikan perkara ini. Biar mereka tahu kau ada suami tapi suami kau di luar negara."

"Baiklah Rani.Terima kasih Rani"

Rani hanya menganggukan kepala.Seakan akan dia sedang berfikir .Aku hanya mendiamkan diri selepas itu.

***

"Diana,sini"

"Apa"

"Ini buah diaorang jadikan sebagai asam dalam masakan mereka.Tapi dah dijeruk dan dibagi gula,rasa dia masam masam manis.Kau rasalah"

Aku merasai buah asam tersebut.

"Ya Allah,sedap Rani"

"Nah"

Rani menyerahkan aku sebungkus besar buah tersebut.Katanya dia memperoleh hasil kiriman seorang makcik yang ke bandar. Katanya buah ini dapat menghilangkan mual ibu mengandung.Ternyata berkesan juga pada aku.

Aku semakin baik dari hari ke hari.Semua guru disini sangat prihatin padaku. Jika ke bandar mereka akan bertanyakan ada apa apa kiriman mahu disampaikan.Aku begitu rasa dihargai oleh mereka.Ini jasa baik Rani yang sanggup menjaga aib aku. Setiap dua minggu aku akan hadir pemeriksaan ibu mengandung.Rani yang bersemangat menemaniku. 

Aku rindu keluargaku. Atas pelbagai alasan aku minta Cikgu Izz menyampaikan sepucuk surat untuk dihantar ke pejabat pos buat keluarga aku. 

"Assalam ibu dan abah. Lama sudah tidak mendengar berita.Diana alhamdulilah baik baik sahaja disini.Maafkan Diana tidak dapat balik sekarang.Jalan raya sangat mencabar dan Diana tidak berani untuk balik kesana dulu. Maafkan Diana. Wang hasil Diana bekerja Diana sudah minta kerani disini bankin untuk ibu dan abah. Jangan risaukan Diana.Diana sayang kamu berdua dunia akhirat.Diana akan kembali,tapi bukan sekarang.Diana rindu ibu dan abah.Jaga diri baik baik. Semoga ibu dan abah dalam lindungan Allah SWT."

***

Kandungan aku sudah mencecah usia 35 minggu.Aku minta cuti tanpa gaji mengenangkan aku tidak layak mendapat cuti melahirkan anak.Aku tiada sijil nikah.Alasan aku nyatakan pada kerani,kami nikah di sempadan.Katanya boleh cuba mohon.Aku tidak mahu menimbulkan isu besar.

"Takpe kak Yat. Diana okey je.Suami Diana dapat cover keperluan Diana"

"Kalau macamtu ,akak submit cuti tak bergaji nilah ya"

"Terima kasih kak.Saya mohon untuk dua bulan je"

"Okey Diana"

Guru besar minta aku dibawa menggunakan van Kementerian Kesihatan. Aku mengemas barang barangku.Aku minta Rani untuk percaya pada segala keputusan yang aku buat selama ini.Sebagai sahabat yang sangat baik Rani mendoakan semoga aku selamat melahirkan anak.Dalam tangisan aku berlalu pergi.

"Jaga diri kau dan bayi kau baik baik Diana.Aku sayang kau"

"Terima kasih Rani.Aku sayang kau juga"

Perjalanan keluar dari perkampungan orang asli ini sangat lancar.Mungkin ini adalah salah satu Allah tunjukkan pada aku .Aku tahu aku bakal melahirkan anak perempuan. Kali ini aku akan berhadapan dengan Zafri Shah.Aku tidak sanggup untuk merahsiakan lagi.Ini anak kami.

Setelah sampai di bandar dengan perjalanan lima jam, aku minta untuk pemandu tersebut menghantar aku ke sebuah Hotel.

"Abang,depan ni je bang.Terima kasih tau"

"Sama sama.Suami dah tunggu ke? Kalau tak,saya tunggu sekali"

"Sekejap lagi sampai"

Aku membohongi abang pemandu itu.Aku mahu mengelak untuk bertemu sesiapa .Biarlah hanya Zafri tahu aku di bandar ini.Aku beli simkad baru di kedai sebelah. Aku tidak mahu telefon lama aku dibuka,kerana pasti mereka tahu aku ada di bandar jika mesej mereka berjaya masuk ke dalam handphoneku.

Aku daftar masuk ke dalam hotel.Sudah aku nyatakan jika aku memerlukan bantuan mereka untuk menghubungi ambulans jika apa appa berlaku padaku.Mereka ternyata okey sahaja dengan permintaan aku.

Aku merebahkan diriku.Perutku semakin besar.Tunggu masa lagi mahu melahirkan anak.Cuti aku baru bermula hari ini.Aku pasrah tidak bergaji. Biarlah. Hasil aku tidak berbelanja besar selama berbulan bulan cukup untuk menyara aku kelak.

Lama aku perhatikan telefon seratus ringgit yang aku beli tadi.Sudah dipasang simkad baru oleh amoi cina tadi. Aku lihat kepingan kertas di tangan kananku.Dalam berdebar debar aku cuba menghubungi nombor itu.

Tut..tut..

Tut..tut..

Tiada orang mengangkat panggilan itu.

Sekali lagi aku cuba menghubungi.

"Hello"

Dear,YouWhere stories live. Discover now