"Riana, Riana tahu tak kenapa kita balik sini?"
"Kenapa mama?"
"Atuk nak mama kahwin?"
"Betulkah mama?"
"Ya sayang.Tadi atuk bagitahu mama"
"Macam mana Riana?"
Riana seakan sedang berfikir.
"Riana tetap mama jaga"
"Mama terpaksa ikut permintaan atuk .Atuk nak buang mama"
"Mama nangis tak?"
Aku mengelap hujung air mata yang mengalir di pipiku.
"Tak sayang"
"Nampak sangat menipu ni ma"
Rania benar benar mencuit hatiku.Dia sangat matang dalam berkata kata.Aku cuba sentiasa jujur pada Riana. Tidak mahu dia mengetahui dari orang lain.
"Riana harap mama takkan abaikan Riana"
"Takkan sayang"
Kami berdua berpelukan selepas itu.Dari jauh ada sepasang mata yang memerhatikan kami berdua.
***
Tidak banyak persiapan dilakukan .Semua sudah diselesaikan Angah.Angah merupakan Pegawai Jais dan dia sudah menyediakan segala dokumen. Dia tiada sewaktu kejadian itu.Kata ibu, Angah masih di Sabah atas urusan tugas. Dia tidak mengatakan apa apa padaku. Namun nampak kekecewaan pada wajahnya. Andak pula masih merenung tajam jika aku bertemu pandangan mata dengannya. Acik sentiasa beri aku sokongan .Along dan alang tetap jadi orang yang paling tidak menunjukkan apa apa riak.Terima seadanya keadaan semasa. Adik beradik aku semuanya berpangkat tinggi . Semua pegawai atasan .Hanya aku sahaja adik bongsu mereka cikgu biasa. Mungkin sebab itu, mereka tidak menyangka apa yang aku buat selama ini,menyembunyikan rahsia besar.
Siapa berkahwin dengan aku? Aku tak tahu.Cuma kasihan pada Riana yang terpaksa menerima keadaan seadanya. Aku pasrah kerana aku tidak berani bangkang kata ibu dan abah. Selama ini aku tidak pernah melawan kata kata mereka. Apa tujuan hidup aku,semua sudah mereka tentukan. Aku redha.
Ibu minta aku mengenakan sepersalinan kurung kuning muda. Riana dia pakaikan gaun kunin cair. Kawan ibu yang menyiapkan mekap dan tudung aku. Kelihatan aku sangat berbeza seperti selalu. Aku jenis orang yang tidak bermekap tebal.Mekap aku hanya tipis sahaja. Wajahku putih ,sebab itu aku tidak berapa gemar mengenakan mekap yang tebal.Bulu kening aku jenis yang lebat juga, Sebab itu jika aku bersiap ke sekolah, aku hanya menggunakan compact powder,blusher dan pewarna bibir. Sudah cukup padaku.Tapi kali ini benar benar berbeza. Tudung putih yang terlilit pada kepalaku menyerlahkan seriku.
Insha Allah,demi abah dan ibu. Aku redha.
***
Majlis dimulakan selepas Asar. Pengantin lelaki akan tiba sekejap lagi. Aku dan Riana masih duduk di dalam bilik.Kedengaran meriah diluar.Aku sudah seram seram sejuk . Aku gementar.
Aku tidak tahu apa diluar.Tidak lama kemudian,ibu menjenguk minta aku keluar bersama Riana. Aku takut.Ibu seakan akan faham. Dia memimpin tanganku.Kami bertiga berjalan seiringan. Aku hanya tertunduk mencuba mengelak mata dari bertemu pandangan dengan sesiapa.Namun ,aku tak menyangka, Riana melepaskan pegangan tanganku.Dia meluru ke arah Pengantin lelaki yang sudah duduk bersimpuh di hadapan abahku.
Dia memeluk erat pengantin lelaki tersebut.Astaghfirullahalazim.Apa Riana lakukan ni?
"Ibu"
"Biarkan dia"
Aku duduk di belakang pengantin lelaki tersebut. Namun aku kaku selepas itu.Zafri?
Kenapa Zafri disini?
Patutlah Riana memeluk erat .Itu papanya. Ya Allah,suami orang yang akan aku nikahi. Apa ni abah? Ya Alllah,bantu aku.
*Sila komen pembaca pembaca saya sekalian.Terima kasih kerana sentiasa menyokong kisah ini.Tolong vote sekali *
YOU ARE READING
Dear,You
RomanceBacaan dewasa sahaja. Pertemuan mereka tidak disengajakan.Hadir tanpa dipinta, berpisah tanpa disedari.Namun memori satu malam itu mengingatkan mereka sehingga seumur hidup. Zafri dan Diana. Kedua duanya sudah dimiliki orang lain.Insan biasa yang me...